Cara Memasang Dan Menggunakan Surfshark VPN Pada Ubuntu/Linux Mint

Antara sebab hadirnya artikel ini ialah ‘tutorial’ yang diberikan oleh Surfshark untuk Linux (Ubuntu) pada pautan ini: Download Linux VPN client Surfshark – adalah agak memeningkan, disamping saya sendiri mencubanya dan tidak berhasil. Juga tutorial pada pautan How to set up Linux OpenVPN using Netwok Manager, nampaknya telah ‘tiada’.

Oleh itu saya tergerak hati untuk menulis akan bagaimana caranya untuk kita menggunakan VPN Surfshark ini pada Ubuntu (atau Linux Mint semestinya).

*Anda boleh langgan Surfshark beserta diskaun melalui pautan ini: Surfshark VPN.

Ada dua cara. Pertama, menggunakan aplikasi Terminal yang sedia dimuat turun melalui pautan di atas itu tadi. Kedua, menggunakan Network Manager. Untuk Ubuntu versi terbaru (18.04 dan 18.10), tidak perlu lagi bersusah payah nak memasang utiliti OpenVPN bagi Network Manager, kerana ia sudah pun tersedia.

Jadi, mari kita ke cara yang pertama, iaitu kaedah pemasangan dan penggunaan melalui aplikasi Terminal.

1. Muat turun fail pemasang Surfshark untuk Ubuntu di pautan ini: Surfshark VPN Client

Anda boleh sentiasa semak versi terbarunya di pautan rasmi laman mereka di sini.

Setelah itu, anda boleh buka direktori tempat fail pemasang dimuat turun. Kebiasaannya di folder Downloads.

2. Untuk memudahkan anda yang baru belajar Linux khususnya Ubuntu ini, setelah anda buka folder Downloads, klik kanan dan pilih ‘Open In Terminal’.

3. Seterusnya taipkan perintah sudo dpkg -i surf, dan tekan butang Tab untuk membuat ia menyempurnakan nama fail. Kemudian, klik Enter, masukkan kata laluan anda dan tunggu sehingga ia siap dipasang.

4. Setelah itu jalankan pula perintah:

sudo apt update

sudo apt install surfshark-vpn

5. Apabila telah siap, anda bolehlah jalankan Surfshark dengan perintah:

sudo surfshark-vpn

Anda akan nampak paparan pada Terminal yang lebih kurang begini:

6. Anda perlu klik butang ENTER, dan kemudian anda masukkanlah alamat emel serta kata laluan untuk akaun Surfshark anda.

7. Anda akan diberikan dengan senarai pelayan-pelayan Surfshark.

8. Masukkan nombor untuk pelayan yang anda suka, tekan Enter, dan tekan Enter sekali lagi untuk memilih UDP. Tunggu hingga ia dapat bersambung kepada pelayan tersebut.

Cara ini mungkin disukai oleh sesetengah pengguna Linux yang sudah terbiasa menggunakan Terminal. Tetapi, saya sendiri lebih gemar menggunakan Network Manager kerana ia lebih mudah.

Untuk menggunakan Surfshark melalui Network Manager (OpenVPN), ikut cara ini:

1. Pertama sekali, log masuk ke laman Surfshark menggunakan akaun anda. Lalu buka pautan untuk konfigurasi manual di sini: Manual config.

2. Dapatkan maklumat kata nama pengguna dan kata laluan untuk konfigurasi manual pada ‘Get service credentials’. Catat dan simpan.

3. Muat turun fail .ovpn. Pilihlah mana-mana pelayan yang anda suka. Dalam tutorial ini saya gunakan pelayan dari US. Seterusnya, ekstrak fail tersebut. Anda akan mendapati dua fail .ovpn di dalam folder yang telah diekstrak. Satu untuk tetapan TCP, dan satu lagi untuk UDP.

4. Klik pada ‘Wired Settings’. Rujuk tangkap layar di bawah untuk mengetahui apa yang saya mahu sampaikan.

5. Anda akan lihat paparan tetapan seperti di bawah.

 

6. Kemudian, klik pada butang tambah di sebelah pilihan VPN, dan pilih Import from file.

7. Lalukan navigasi ke folder tempat pengekstrakan fail .ovpn itu tadi dan pilihlah mana-mana yang anda mahu. Saya memilih yang menggunakan tetapan UDP.

Di bahagian User name dan Password, masukkan kata nama pengguna dan kata laluan yang telah anda catatkan tadi, lalu klik butang Add.

8. Sekarang, anda sudah boleh guna Surfshark melalui Network Manager. Rujuk gambar di bawah bagaimana hendak bersambung kepada Surfshark. Klik butang Connect.

Selesai!

Anda sudah tahu dua cara untuk menggunakan Surfshark VPN pada Ubuntu. Diharap anda akan dapat memanfaatkan artikel ini apabila anda sudah pakai kedua-duanya serentak.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x