Microsoft Kini Mengimbas Segala Apa Yang Anda Taip di Microsoft Word
Bagi pengguna Microsoft Word, Microsoft Word kini menambahkan fungsi AI dalam perisian mereka. AI ini akan mengimbas dan menyemak semua kandungan dan aktiviti anda dalam Word untuk memberikan anda “pengalaman dan cadangan” yang bertepatan dengan anda.
Dalam bahasa mudah, Microsoft kini boleh melihat dan menyalin segala apa yang anda tulis di Microsoft Word dan kemudiannya menghantarnya ke server Microsoft sendiri untuk melatih AI mereka. Berkemungkinan besar, data ini akan digunakan untuk melatih AI LLM (Large Language Model) mereka sendiri. Microsoft mula membangunkan LLM mereka dengan lebih agresif bermula Mei 2024 setelah beberapa perselisihan faham dengan rakan kongsi dan pesaing mereka.
Untuk pengguna Office 365 dan Office 2021, anda boleh mematikan fungsi dan memilih untuk tidak terlibat dalam melatih AI Microsoft. Untuk pengguna Office versi lain, anda boleh mencuba sendiri dan lihat jika tetapan sama boleh digunakan. Sungguh ironi apabila dalam tetingkap tetapan AI ini sudah terpampang notis “Privasi Anda Dipedulikan” sedangkan perbuatan Microsoft ini jelas-jelas telah menceroboh privasi pengguna.
Selain daripada masalah privasi, fungsi yang sentiasa aktif dan memantau setiap aktiviti anda dalam sistem operasi dan perisian ini pastinya akan memberi kesan buruk terhadap sistem dan sumber komputer anda seperti halaju internet dan penggunaan memori dan CPU. Bagi mereka yang menggunakan laptop atau desktop dengan kemampuan minima, kesan kepada sistem ini pastinya akan menyukarkan dan merugikan anda. Untuk itu, di sini kami sediakan tutorial mudah cara matikan AI Microsoft Word ini.
Untuk mematikan fungsi AI ini:
- Pergi ke File > Option > Trust Center > Trust Center Settings > Privacy Options > Privacy Settings > Connected Experiences
- Pada kotak Connected Experiences, buang tanda pada kotak pilihan “Turn on experiences that analyze your content”
- Tekan OK dan simpan tetapan anda. Tutup dan buka semula perisian Microsoft Word untuk menggunakan Microsoft Word anda tanpa diintai AI.
Klise betul guna ayat sopan dan canggih. Experience lah, connected lah. Padahal, hakikatnya, mengintai dan melombong maklumat kita secara terang-terangan. Ambil free pula tu!