Cadangan Penyelesaian Masalah Komputer Usang di Jabatan Kerajaan
AMP Ads
Mobile Ads
Home Editorial Cadangan Penyelesaian Masalah Komputer Usang di Jabatan Kerajaan

Cadangan Penyelesaian Masalah Komputer Usang di Jabatan Kerajaan

0
Mobile Ads

Berita sebegini selalu keluar di dada akhbar. Ini satu kejayaan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan judi haram dan pusat hiburan tidak berlesen. Pusat sebegini banyak menggunakan komputer sebagai bahan perjudian dan hiburan. Apabila kes mahkamah telah selesai dan pesalah telah sah disabitkan kesalahan, maka segala barangan yang dirampas tadi akan disita dan dilupuskan.

Persoalannya, kenapa mesti dilupuskan? Kenapa tidak diambil dan diberi kepada jabatan kerajaan yang memerlukan?

Jawapan yang selalu diterima pastinya “untuk mengelakkan salah laku dan dakwaan masyarakat kerajaan menyalahgunakan kuasa”. Dulu-dulu saya pun setuju juga. Yalah, kalau komputer ini boleh diubah guna, pasti ada pegawai yang akan mengambil kesempatan seperti menjual dan mencuri perkakasan dalaman komputer. Jadi, lebih baik lupuskan saja. Rugi-rugi.

Namun, semakin lama saya bekerja dalam jabatan, saya lihat pelupusan ini tidak menyelesaikan sebarang masalah yang ingin dielakkan tadi pun. Salah laku masih lagi berlaku, orang awam tetap juga marah kepada pihak berkuasa apabila komputer mereka disita. Kalau tiada salah laku, tak kan wujudlah pusat-pusat haram ini.

Sampai bila kita ingin mengambil langkah regsesif dan terkebelakang? Mengapa kita perlu menanggung biawak hidup yang tidak amanah? Sampai bila SOP perlu diwujudkan dengan mengambil kira pegawai yang tidak amanah? Jika ada pegawai tidak amanah, walau dengan SOP pun mereka akan tetap cari jalan untuk tidak amanah.

Jadi saya fikir, kerajaan patut mula mewujudkan SOP baru dengan harta sita komputer ini. Ya, komputer yang disita kebanyakannya sudah usang dan lama kerana kes mahkamah selalunya mengambil masa yang lama. Namun begitu, boleh dikatakan komputer yang sedang digunakan di sekolah dan jabatan kerajaan ada lagi yang lebih usang dari komputer sita ini!

Kalau JPJ boleh lelong kereta sita kepada orang awam dengan mendaftar semula kereta sita dengan geran kenderaan baru, apa halangan untuk kita daftarkan komputer sita sebagai aset untuk digunakan kerajaan? Langkah ini boleh menjimatkan banyak perbelanjaan negara.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version