Cadangan Gamepad Terbaik Untuk Mobile Gaming Bawah RM300 Tahun 2023
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Produk dan Gajet Cadangan Gamepad Terbaik Untuk Mobile Gaming Bawah RM300 Tahun 2023

Cadangan Gamepad Terbaik Untuk Mobile Gaming Bawah RM300 Tahun 2023

0
Mobile Ads

Permainan video mudah alih kini semakin rancak pada tahun 2023. Sejak kebelakangan ini, industri permainan video dilihat semakin fokus kepada peranti telefon bimbit terutama sekali peranti Android. Banyak nama-nama besar permainan video mula mengeluarkan permainan video mereka di platform Android. Tak kurang juga permainan video popular di PC kini tersedia dalam platform Android seperti COD: Mobile dan Need For Speed. Permainan video khas untuk telefon bimbit juga tak kurang hebatnya dengan seperti Genshin Impact dan Asphalt yang boleh dikatakan bertaraf AA dengan saiz permainan video hampir menyamai permainan video PC. Mana tidaknya, sekali kemaskini keluar, fail yang perlu dimuat turun sehingga lebih 10GB besarnya!

Untuk itu, ramai mencari gamepad untuk digunakan bersama telefon pintar mereka untuk lebih keselesaan dan kejituan kawalan dalam bermain. Ada juga yang mencari gamepad yang sesuai untuk telefon pintar mereka sebagai alat kawalan permainan video retro mereka yang kini boleh dimainkan di telefon pintar menggunakan emulator seperti RetroArch. Berikut adalah beberapa gamepad telefon cadangan saya lengkap dengan pautan untuk membelinya di Shopee. Pautan ini saya akan kemaskini setiap masa dengan penjual yang menjual paling murah di Shopee dengan reputasi tinggi supaya anda tidak tertipu di Shopee. Local seller diutamakan bagi memudahkan urusan waranti.

Razer Kishi V1

Razer Kishi V1 (RM229.00)

Razer Kishi V1 adalah pilihan selamat untuk telefon anda. Ia tak sempurna namun hadir dengan beberapa ciri utama seperti sokongan rasmi Xbox Xinput dan butang L2 dan R2 analog dengan suis tekanan. Harganya kini sudah berkurang dengan kehadiran Razer Kishi V2. Buat masa ini terdapat potongan harga di kedai rasmi Razer.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/20NcDZRGbO

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdaau

Gamesir X2 Pro

Gamesir X2 Pro (RM259.50)

Satu lagi gamepad yang boleh saya katakan mudah untuk dicadangkan. X2 Pro adalah versi naik taraf daripada X2. Kini dengan butang Dpad sebenar dan butang trigger dengan suis hall sensor yang sensitif dengan tekanan. Ia juga sudah mendapat pengiktirafan rasmi dari Xbox dan tersedia dalam 2 warna, putih dan hitam. Butang ABXY nya adalah jenis ‘clicky’ yang mungkin tidak digemari penggemar gamepad retro yang bergetah. X2 Pro juga hadir dengan dua butang tambahan di belakang yang boleh digunakan sebagai hotkey. Setelah versi baru X3 Pro, harganya menurun sedikit.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/6ADBBsPhWU

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdach

Gamesir X2 Type C

Gamesir X2 New 2021 Version (RM220)

Versi abang kepada X2 Pro. X2 berharga lebih murah tetapi ada beberapa kekurangan bagi saya. Port USB-C nya berada di sebelah kanan dan ia menjadikan penggunaannya agak kekok berbanding port di sebelah kiri. Butang trigger L2 dan R2 tiada suis tekanan. Tiada butang tambahan di belakang untuk digunakan sebagai hotkey seperti pada X2 Pro. Untuk beza harga hanya RM50 berbanding X2 Pro, saya cadangkan anda bersabar dan cuba dapatkan X2 Pro.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/6f9RnNHzCU

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdad1

Gamesir X3

Gamesir X3 (RM315 tanpa diskaun)

Gamepad paling inovasi tahun ini. Hadir dengan kipas penyejuk terbina bersama, ia memfokuskan kepada penggunaan gaming berspesifikasi tinggi dan untuk masa yang lama. Banyak aksesori disediakan dengan pilihan butang magnet yang boleh ditukar. Butang trigger L2 dan R2 menggunakan suiz Kailh dan tiada sensor tekanan. Boleh dapatkan di bawah RM300 dengan baucer dan ketika diskaun.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/2Ah2RLP0Bl

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdaf6

BSP-D3 Mobile Gamepad (RM46.00)

Raja gamepad bajet! Dengan sokongan Xbox Xinput, anda boleh menggunakan gamepad ini terus secara plug&play. Boleh digunakan terus dalam permainan yang menyokong controler seperti COD Mobile dan Asphalt. Deadzone joystick dan latency yang mengagumkan untuk harganya malah lebih baik berbanding pesaing gamepad bajet seperti iPega. Jika anda baru ingin mencuba gamepad atau hanya mahukan controler bajet untuk emulator retro anda, BSP-D3 dengan sokongan Xinput pastinya tidak akan merugikan anda. Dua butang di belakang M1 dan M2 juga boleh disetkan sebagai hotkey. Sangat berguna untuk emulator seperti RetroArch dan PPSSPP.

Ia juga menyokong input D3 untuk digunakan dengan aplikasi key mapping di Android. Tambahan lagi, anda boleh memilih mod sambungan 2.4Ghz untuk digunakan dengan PC dalam mod Xinput ataupun PS4 input. Kekurangannya, ia hanya menyokong sambugan tanpa wayar. Bawah RM50 di Shopee dan hadir dalam 6 skim warna. L2 dan R2 tiada suis tekanan tetapi ada klik yang tepat dan selesa ditekan. Sangat laku dan selalu kehabisan stok kerana banyak disyorkan di Reddit dan YouTube.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/408gdMamtE

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdah2

Mocute 060/M060/M6 (RM69.90)

Satu lagi gamepad OEM dari China. Bersaiz lebih besar dengan binaan plastik yang lebih kukuh berbanding BSP-D3. Harganya juga lebih mahal sedikit berbanding BSP-D3. Cabaran utama bagi Mocute 060 adalah kawalan kualiti. Lebih selesa berbanding BSP-D3 dan hanya menyokong sambungan tanpa wayar. Sekiranya anda bertuah, anda akan mendapat model yang menggunakan komponen analog joystick dan mungkin butang yang sama dengan Nintendo Switch. Sekiranya tidak bernasib baik, anda mungkin akan mendapat joystick yang melekat, butang trigger yang terlalu keras atau terlalu lembik, butang yang tidak sensitif dan sebagainya. Membeli Mocute 060 adalah satu perjudian dan permainan risiko. Butang L2 dan R2 juga tiada sensor tekanan. Untuk lebih ketenangan, saya cadangkan baik beli BSP-D3 sahaja. Sekiranya ingin mencuba nasib, boleh dapatkan dari local seller untuk memudahkan proses tukar ganti sekiranya gamepad ini tidak berfungsi dengan baik.

Dapatkan di Shopee: https://shope.ee/30G9Ri4wu8

Dapatkan di Lazada: https://invol.co/clgdaji

Itu sahaja cadangan saya buat masa ini. Boleh cadangkan gamepad yang lain untuk digunakan bersama smartphone anda. Saya secara peribadi lebih sukakan gamepad dengan sistem teleskopik dan butang trigger yang dilengkapi suis hall sensor seperti pada Razer Kishi dan Gamesir X2 Pro.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version