Brave Bakal Menawarkan ‘Brave Search’

Privasi sedang menjadi arus perdana. Itulah yang diungkapkan oleh Brave dalam satu hantaran blog mereka. Brave mengumumkan tentang satu perkhidmatan terbaru yang akan ditawarkan kepada semua pengguna iaitu Brave Search, satu enjin carian yang lebih privasi (fikirkan, DuckDuckGo, Qwant, atau Mojeek).

Iklan Google

Mereka mengambil alih Tailcat, enjin carian dibangunkan oleh Cliqz, iatu pelayar web dan carian privasi yang telah ditamatkan pembangunannya tahun lepas. Hasratnya, selepas pengambil alihan ini berlaku, Brave dapat menawarkan alternatif kepada carian Google dan Google Chrome dengan menjadikan Tailcat sebagai tapak kepada Brave Search.

Enjin carian Tailcat dibina di atas indeks bebas sepenuhnya, dan ia mampu memberikan kualiti yang diharapkan pengguna tanpa menjejaskan privasi. Tailcat tidak mengumpulkan alamat IP atau menggunakan maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi untuk meningkatkan hasil carian.

Syarikat itu menegaskan akan menghormati privasi dengan tidak menjejaki atau membina profil individu yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Brave juga menawarkan cara untuk mengakhiri bias enjin carian dengan mengubah output hasil carian ke sistem penyaringan yang dikendalikan oleh komuniti, dinamakan sebagai Goggles.

Iklan Google

Anda boleh baca kertas kajian Goggles di sini: https://brave.com/wp-content/uploads/2021/03/goggles.pdf

Buat masa ini, Brave Search belum dilancarkan. Anda yang ingin mengetahui bilakah masanya ia dilepaskan kepada semua pengguna, bolehlah daftarkan ‘minat’ anda itu di: https://brave.com/search/

Muat turun pelayar web Brave: https://brave.com/omg420

Sumber: https://brave.com/brave-search/

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img