Wednesday, 14 January 2026
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 4

Berita Baik, BHPetrol Juga Bakal Mengimplementasikan Subsidi BUDI ke Sistem Mereka: Tak Perlu Beratur!

0

Kiriman pembaca ini mengesahkan yang BHPetrol, sebuah syarikat minyak milik LTAT di bawah Boustead Holdings Berhad juga akan mengambil langkah memudahkan tuntutan subsidi bahan api tanpa perlu beratur di kaunter.

LTAT adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang memiliki sepenuhnya Boustead Holdings Berhad. Jadi, BHPetrol juga merupakan syarikat tempatan Malaysia.

Dengan BHPetrol, anda cuma perlu tap MyKad di terminal pam untuk mengesahkan identiti, dan gunakan kad untuk bayar. Ada langkah tambahan sedikit berbanding PETRONAS yang hanya menggunakan aplikasi Setel, tapi setidaknya anda tidak perlu beratur di kaunter.

Pastikan MyKad anda tidak rosak, dan lesen memandu anda tidak tamat tempoh untuk menikmati subsidi bahan api BUDI MADANI.

Views: 46

Iklan Newspaper Inline

Daftar Setel Sekarang Untuk Persediaan Subsidi Bahan Api

0

Saya telah mendapat makluman dari beberapa sumber yang mengatakan PETRONAS sebenarnya sudah bersedia dengan integrasi sistem mereka dalam platform Setel untuk penebusan subsidi bahan api tanpa perlu beratur ke kaunter. Untuk pengguna Setel, cuma perlu pilih jumlah dan jenis bahan api yang ingin dibeli lalu pilih nombor pam yang anda ingin guna. Penebusan akan dibuat secara automatik dalam Setel. Jadi, tak perlu susah payah beratur

Buat yang tidak tahu, Setel adalah aplikasi untuk pengisian bahan api di PETRONAS yang dibina oleh anak tempatan. Dengan kestabilan dan kualitinya yang tinggi, ia telah berevolusi menjadi sebuah e-Dompet yang menyokong DuitNow di bawah seliaan BNM.

Ia juga menggunakan sistem pengesahan eKYC untuk pautan dengan MyKad dan pengesahan identiti. Boleh pautkan kad debit anda juga untuk pembayaran terus secara potongan debit.

Antara kelebihan aplikasi Setel:

  1. Isi minyak secara layan diri, terus dari telefon pintar anda. Tanpa perlu beratur di kaunter.
  2. Pengumpulan mata ganjaran MyMesra dan kelebihan 3X mata ganjaran jika pembelian dibuat melalui Setel. Mata ganjaran boleh ditukar menjadi wang tunai dalam e-Dompet atau baucer. Saya biasanya guna untuk tebus petrol semula.
  3. Pembayaran tanpa tunai melalui QR dan DuitNow.
  4. Pembayaran parking di lokasi dan pasaraya terpilih.
  5. Tak pandai guna? Jangan risau, dalam Setel sudah ada banyak video ringkas dan mudah untuk mengajar anda di mana nak tekan dan cara gunakan Setel di telefon anda.
  6. Dan yang paling penting sekali, kemungkinan besar untuk penebusan subsidi BUDI secara automatik tanpa perlu beratur untuk tap MyKad di mesin EDC.

Telefon anda tak mahal? Jangan risau, Setel ada juga menyediakan versi aplikasi yang lebih mesra telefon bajet, iaitu Setel Lite. Khas untuk pembelian minyak di pam PETRONAS saja.

Jadi, buat mereka yang masih lagi belum mendaftar dengan aplikasi Setel, daftarlah segera. Jika anda menggunakan petrol dan diesel jenama lain selama ini, beralihlah ke PETRONAS. Lebih mudah, lebih pantas, lebih lokal.

Untuk masa terhad, anda akan menerima RM5 kredit sekiranya mendaftar dengan kod rujukan. Anda boleh gunakan kod rujukan saya untuk dapatkan RM5 bila mendaftar.

Kod untuk kredit RM5: 5vps4

Setel boleh dipasang untuk Android dan juga Apple.

Boleh juga gunakan link ini untuk menebus RM5 percuma anda: https://www.setel.com/ref/5vps4

Daftar Setel anda segera di sini:

https://www.setel.com/ref/5vps4

https://www.setel.com/ref/5vps4

https://www.setel.com/ref/5vps4

Views: 31

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini Terbaru Windows 10 Sebabkan Dongle Wifi+BT COMFAST tak Berfungsi

0

COMFAST CF-727B ni saya guna lama dah. Bestnya dia, ada 2 fungsi. Untuk Wifi 2.4G dan 5G, dan juga Bluetooth 4.2 sekaligus.

Tapi semalam saya tersalah tekan Windows 10 update. Maka tamatlah riwayat USB dongle ini. Dah tak boleh pakai. Cuba install semula driver yang dalam CD dia pun tak jadi apa juga.

Dah dekat 4 tahun guna, tak ada masalah. Tiba-tiba hari ni gatal tangan pergi update Windows 10 22H2. Terus tak jadi. Nak rollback driver pun, dah tak ada driver dia dalam Device Manager.

Update Windows ni kadang-kadang makin menjahanamkan, bukan menyenangkan. Tak pasal-pasal kena simpan dalam kotak semula dongle saya yang ini. Nasib baiklah kotak dan CD asal masih ada. Nampak gaya kena beli lain lah dongle Wifi+BT.

Sekian.

Views: 18

Iklan Newspaper Inline

Kerja Gila: Vape Pakai Buang Diubah Jadi Server Internet!

0

Bayangkan sebuah vape pakai buang yang biasanya kita jumpa di kedai serbaneka. Nampak macam barang sekali guna sahaja, sedut sampai habis kemudian dibuang. Tetapi rupa-rupanya dalam vape moden ini ada teknologi yang jauh lebih canggih daripada apa yang kita sangka.

Seorang jurutera elektronik bernama Aaron Christophel, yang terkenal dalam komuniti penggodam perkakasan kerana suka mengubahsuai peranti murah, telah mengorek isi dalam beberapa vape sekali guna. Hasilnya amat mengejutkan. Bukan sahaja ada bateri boleh dicas semula dengan port USB-C, malah di dalamnya tersimpan sebuah cip mikro pengawal buatan PUYA. Untuk yang tidak biasa dengan nama ini, PUYA pernah digelar sebagai pengeluar mikro controller paling murah di dunia oleh penulis teknikal terkenal, Jay Carlson.

Cip kecil ini menggunakan seni bina ARM Cortex-M0+, iaitu teknologi asas yang sama digunakan dalam berjuta-juta peranti IoT dan elektronik moden seluruh dunia. Walaupun spesifikasinya nampak kecil, hanya 24kB storan flash dan 3kB RAM, Aaron berjaya membuktikan ia cukup berkuasa untuk menjalankan sesuatu yang biasanya dilakukan komputer sebenar: sebuah pelayan web.

Prosesnya tak mudah. Pada percubaan awal, halaman web mengambil masa lebih 20 saat untuk dimuatkan, dengan sambungan tidak stabil. Tetapi selepas beliau menulis semula sebahagian kod, mengoptimumkan cara data dihantar, dan menggunakan hampir semua ruang RAM yang ada, prestasi cip kecil ini meningkat mendadak. Kini, sebuah halaman penuh boleh dimuatkan dalam hanya 160 milisaat, dengan sambungan stabil tanpa kehilangan paket data.

Inilah dia vape pakai buang yang telah diubah menjadi web server.

Menariknya, cip yang biasanya tersembunyi dalam vape ini mempunyai port debug yang didokumentasikan dengan baik, memudahkan Aaron menyambungkan alatan pembangunan dan bereksperimen. Beliau turut menambah fungsi tambahan seperti API JSON yang boleh memaparkan jumlah permintaan yang diterima oleh pelayan web.

Hakikat bahawa sebuah alat murah, direka untuk dibuang selepas digunakan, boleh bertukar menjadi sebuah pelayan web yang berfungsi menunjukkan betapa canggihnya teknologi elektronik moden. Apa yang lebih menarik, semua ini dicapai menggunakan cip yang dikategorikan sebagai murah dan pakai buang.

Kalau vape sekali guna pun boleh dijadikan pelayan web, bayangkan apa lagi cip-cip kecil ini mampu lakukan bila jatuh ke tangan orang yang kreatif. Mungkin selepas ini kita akan lihat lebih banyak peranti harian yang disalah guna untuk projek unik dan luar biasa.

Views: 34

Iklan Newspaper Inline

Patch Baru Revanced Baiki Masalah YT Music tak Berfungsi

0

Revanced dah ada patch baru semalam. YT Music dah boleh guna dengan Revanced Manager. Buat peminat inotia00 dan RVX Manager, berita buruk buat anda kerana sudah lebih sebulan tiada sebarang kemaskini. Pengguna YT Music inotia00 perlu beralih kepada versi Revanced sementara menunggu inotia00 rajin buat kemaskini baru.

Siapa yang gunakan RVX Manager atau patch RVX dari inotia00 bolehlah “sendal” dulu keinginan dengan patch dari Revanced. Kalau inotia00 rajin, ada lah update nanti tu. Baru kita tukar semula.

Sebelum lupa. Ya, ini untuk Android saja. Haha.

Views: 26

Iklan Newspaper Inline

Tular di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol yang Baru

0

Kita dah masuk zaman AI, tak kanlah nak beratur lagi macam zaman 90an?

Tak dipastikan kesahihannya, tapi dalam video yang lain dengan mesin yang sama, individu dalam video beberapa kali menyebut ia adalah sistem pengesahan untuk BUDI. Pada siapa yang sudah lupa, BUDI adalah skim bantuan subsidi bagi bahan api kenderaan.

Video: https://www.facebook.com/61577344192525/videos/1478616716785502

Jika benar maklumat tular ini? Amatlah memalukan sekali. Dalam pada kita sibuk menggembar-gemburkan kemajuan kita dalam IoT dan AI, kita kembali ke tahun 90an di mana kita semua perlu beratur di kaunter untuk membeli petrol dan diesel.

Macam yang pernah kami cadangkan lama dulu. Syarikat petroleum negara, angsa emas kerajaan, PETRONAS sudahpun memiliki sistem pembayaran petrol terbaik di dunia setakat ini dengan aplikasi Setel. Setel bukan sahaja cepat dan mudah, malah berfungsi sebagai e-dompet di bawah seliaan BNM. Yakni, setiap akaun sudahpun dilengkapi ciri pengesahan kad pengenalan dan eKYC.

Setel, aplikasi Petronas bertaraf SuperApps. Kita boleh tahu di mana bahan api dibeli, stesen mana, jumlah bahan api dibeli, masa dibeli, jenis bahan api yang dibeli. Malahan, pam nombor berapa kita beli pun boleh diketahui dari sistem Setel! Mudah kerja kerajaan!

Jadi, mengapa perlu ke kaunter lagi? Tidakkah semuanya sudah boleh diimplementasikan secara terus dengan Setel? PETRONAS itu pun bukan orang lain, ‘provider’ utama kerajaan juga. Apalah salahnya jika PETRONAS dapat sedikit kelebihan?

Kerajaan dan rakyat sudah banyak mengambil hasil daripada PETRONAS. Ketika pandemik, PETRONAS antara tabung kecemasan kerajaan untuk menggerakkan semula ekonomi dalam negara. Dalam keadaan PETRONAS yang getir sekarang dilanda kerugian, bila lagi masa untuk kita membalas budi?

Ada ramai juga yang marah dengan cadangan kami dulu. Kononnya ia langkah yang menghapuskan persaingan.

Mungkin dia lupa atau tak ambil tahu perkembangan dunia luar. Di Indonesia, PERTAMINA diberi hak ekslusif menjual Ron92 yang jadi pilihan rakyat marhaen. Di Arab Saudi, Aramco jadi pengelola tunggal untuk semua aktiviti upstream. Di Arab Saudi dan Bulgaria, hanya syarikat petrol milik kerajaan yang dibenarkan menjual petrol dengan harga subsidi. Di China, Rusia dan Iran, stesen minyak kerajaan boleh menjual petrol mereka dengan harga lebih murah dari pesaing asing dalam pasaran terbuka kerana layanan istimewa pelepasan cukai dan bantuan kewangan kerajaan.

Di Malaysia, kita terlalu baik hati. Syarikat kita nak tembusi pasaran asing punyalah payah. Tapi syarikat asing boleh masuk ke Malaysia mudah-mudah. Apalah salahnya kalau orang ingin tebus subsidi BUDI di syarikat petrol asing kena beratus di kaunter, tapi kalau di PETRONAS boleh Setel saja?

Bukannya kita menafikan dan membuang terus subsidi di syarikat petrol asing. Tapi mereka tidak layak mendapat layanan istimewa. Kalaupun mereka ada aplikasi petrol sendiri, mereka tidak layak diberi akses kepada API dan sistem BUDI kerajaan. Dengan kawalan undang-undang keselamatan data kerajaan Malaysia yang lemah, tak payahlah buat tambah masalah dan sakit kepala. Nanti bocor lagi data BUDI, semua menggelupur salahkan orang itu dan ini.

Aplikasi e-Dompet milik tempatan lain seperti TnG e-Wallet pun apa kurangnya? Sudah berdaftar dengan BNM dan dilengkapi ciri eKYC untuk pengesahan pengenalan diri dan MyKad.

Cadangan kami di OMGH mudah. Di syarikat petrol asing, kalau nak tebus subsidi kena beratur di kaunter untuk tap MyKad di mesin. Kalau di PETRONAS, guna Setel saja. Mudah kan? Tak kan tak boleh buat? Ingat, PETRONAS yang tanggung separuh perbelanjaan tahunan kerajaan tau? Bukan Shell, bukan Petron, bukan Caltex, bukan BuraqOil.

PETRONAS, angsa emas negara yang perlu dijaga dan dipertahankan…

Syarikat petrol lain yang layak pun saya fikir mungkin Smart Stream yang sebahagiannya dimiliki oleh koperasi FELDA. Tapi Smart Stream setahu saya tak ada aplikasi mereka sendiri.

Jika dulu kerajaan boleh salurkan kredit e-tunai RM30 kepada warganegara dengan menggunakan mekanisme pengesahan e-dompet dan eKYC, saya tak nampak perkara yang sama tidak boleh dilaksanakan juga dengan kredit subsidi minyak. Bukankah insentif e-tunai RM30 dulu pun kerajaan boleh tetapkan had lokasi dan barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit e-tunai?

Dulu pun kerajaan dah pernah buat kan… Agihan kredit terus ke e-Dompet masing-masing. Hanya perlu buat pengesahan eKYC dan MyKad saja. Sekarang kan dah ada MyDigitalId? Sepatutnya jadi lebih senang.

p/s: apa jadi dengan PADU? Bila lagi nak guna MyID? Tak kanlah dah susah payah buat pendigitalan, nak kena beratur macam zaman pen dan kertas lagi?

Views: 25

Iklan Newspaper Inline

Cara Baiki Masalah Jam Tak Boleh Sync di Windows

0

Masalah ini biasanya berlaku pada PC yang sudah kehabisan kuasa bateri CMOS. Jadi, jam pada motherboard sudah tidak berfungsi. Menyebabkan jam dan kalendar tidak berjalan. Simptom ini dapat dikesan apabila Windows tidak mahu boot secara normal dan mengeluarkan amaran pada skrin boot menu. Simptom lain adalah di dalam Windows sendiri di mana anda dapat lihat masa dan tarikh Windows tidak sama seperti masa sebenar.

Ada 3 cara yang boleh digunakan. Jika tidak berjaya, cuba langkah lain:

1. Pergi ke Settings> Time & Language> Synchronize your clock> Sync Now

(Anda boleh juga Right Click pada jam anda di bucu bawah kanan dan pilih “Adjust date/time” untuk ke menu sama)

2. Buka Command Prompt sebagai Administrator, taip baris arahan “w32tm /resync” dan tekan Enter.

Jika masa sebenar terlalu jauh beza, anda mungkin menerima mesej “The computer did not resync because the required time change was too big”. Jangan risau, tengok langkah 3.

3. Buka Command Prompt sebagai Administrator, guna baris arahan “w32tm /resync /force”.

Jika berjaya, buat langkah 1 untuk mengembalikan fungsi jam internet secara automatik dengan server Windows.

Kalau semua langkah tidak berjaya, tukar sajalah bateri CMOS tu. Dan cuba langkah 3 semula.

Selamat mencuba, harap membantu.

Views: 19

Iklan Newspaper Inline

Hampir 15 Tahun Wujud, Kami Terima Banyak Peluang, Tapi Kemampuan Terbatas

0

Bermula sebagai laman perkongsian trik, hack dan tutorial internet. OMG Hackers asalnya dikenali sebagai My Hackers Are Here. Ketika itu, scene godam-godam ini hanyalah sebuah hobi dan tidak mendatangkan bahaya kepada masyarakat umum. Data peribadi juga tidak disimpan secara pukal dalam bentuk elektronik. Jika diingat, untuk buka akaun bank pun, kita masih perlu ke kaunter ketika itu.

Ahli pengasas kemudiannya telah membawa haluan masing-masing. Ada yang menjadi penulis media, ada yang menceburi bidang keselamatan siber dan banyak lagi. Tinggallah Abam Arya sebagai penjaga tunggal laman web dan media sosial kami. Sehinggalah dinamakan semula sebagai OMG Hackers.

Tahun 2016-2017, beberapa ahli baru diserap. Tahun 2019, admin Murung Mohowongso membuat sedikit pembaharuan pada laman web dengan beralih kepada platform yang lebih stabil. Tahun 2020, Abam Arya melabur lebih sedikit pada laman web untuk beberapa aset premium.

Tahun 2022 boleh dikatakan tahun kemuncak OMG Hackers apabila mencapai lebih 1 Juta pengikut di Facebook Page kami. OMG Hackers sebelumnya mencari seorang ahli di kawasan Lembah Klang bagi memenuhi jemputan media yang semuanya dibuat di kawasan Lembah Klang. Tapi lain pula jadinya. Mereka yang tahu, tahulah. Harapkan pagar, pagar makan padi. Disuruh hadir jemputan jika lapang saja, tapi menjual nama syarikat untuk mendapatkan pelbagai barang review tanpa sebarang hasil. Sudahnya, beliau dilepaskan dan tinggallah kami yang berhabis masa, tenaga dan wang ringgit untuk membangunkan syarikat ini cuci tahi.

Tahun 2024 jadi satu lagi batu loncatan bagi kami dengan pendaftaran semula OMG Hackers ke Suruhajaya Syarikat Malaysia. Kami juga menerima banyak nasihat dan membina rangkaian bersama rakan media yang lain. Melalui ahli kami yang berserakan di seluruh Malaysia, ada yang rapat dengan ramai pengendali Page dan Group berasaskan teknologi seperti The Patriot, DFM, PARC, MPCGC dan banyak lagi. Antara nasihat yang seringkali kami terima adalah untuk menamakan semula nama kami kepada nama yang lebih komersil dan “membuang” perkataan “Hackers”. Kami difahamkan, ada beberapa nama besar industri sememangnya berminat untuk menaja kami, tapi konotasi negatif pada nama “Hackers” tersebut jadi penghalang.

Tahun 2025 jadi sejarah gelap kami apabila Page kami dipadamkan tanpa sebab yang jelas. Kami antara Page pertama yang jadi mangsa dalam gelombang pemadaman Page di Facebook sebelum beberapa Page besar lain menerima nasib yang sama. Alasan Meta, semuanya dilakukan oleh sistem (baca AI), jadi mereka tidak boleh buat apa-apa secara manual. Malang bagi kami, ketika Page lain boleh dipulihkan, Page kami langsung hilang dari arkib Meta tanpa sebarang sisa.

Mujurlah ada insan baik yang membantu kami pulihkan semangat dengan menaja hosting kapasiti tinggi untuk laman web kami. Kami buat Page baru dan bina semula segalanya dari awal.

Sepanjang kami menulis, hampir setiap minggu kami menerima jemputan untuk media. Malahan, ada juga beberapa jemputan bertaja untuk ekspo teknologi ke luar negara! Namun, terpaksa kami tolak atas faktor kekangan masa, kos, logistik dan aset perkakasan liputan. Saya dan Arya sebagai pemilik bersama OMG Hackers tidak menyimpan sebarang peranti bernilai tinggi untuk kegunaan penghasilan video bagi mencipta kandungan media.

Aset bernilai tinggi seperti kamera Insta360, telefon pintar flagship, kamera aksi, mikrofon berprestasi tinggi tidak dimaklumkan penerimaan dan tidak diserahkan kepada Arya yang menjadi pemilik tunggal entiti OMG Hackers pra-2024. Begitu juga dengan kerja-kerja media berbayar, juga tidak dimaklumkan. Kerana itulah, penghasilan video dan liputan media kami sangat terbatas. Mereka yang benar-benar bekerja untuk syarikat, tidak menerima hasil daripada pengorbanan selama ini.

Tahun ini ada 1-2 jemputan ke luar negara. Tapi terpaksa juga kami tolak. Iyalah, kami sendiri pun pakai telefon midrange saja. Memang malu nak buat liputan ekspo teknologi antarabangsa bila mana rakan media lain bawa macam-macam peralatan. Dengan Content Monetization yang tidak diluluskan, kami sudah tak nampak cara untuk bawa entiti OMG Hackers ini lebih jauh. Bukan segalanya perlukan wang, tapi wang diperlukan untuk segala-galanya. Belanja, penyelenggaran dan naik taraf platform. Semuanya memerlukan kos.

Apa pun, terima kasih kepada semua yang tetap menyokong kami. OMG Hackers kini tidak lagi jadi laman perkongsian perkara yang melanggar undang-undang. Tapi telah meluaskan skop dan genre yang dihurai. Sebagaimana ahli dan peminat OMGH sudah semakin dewasa, begitu juga dengan kandungan di Page ini. Lebih kepelbagaian membuka lebih banyak peluang kepada kami. Namun begitu, fokus kami terhadap data peribadi, privasi, keselamatan data dan teknologi masih lagi dikekalkan.

Doakan OMG Hackers terus maju. Jika kami ingin menukar nama kelak, apakah nama yang paling sesuai dan masih mengekalkan identiti asal?

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

‘Designer Babies’ Sudah Wujud – Tetapi Benarkah Mereka Lebih Pintar?

0

Kemajuan teknologi genetik kini membuka jalan kepada penciptaan designer babies – bayi yang dipilih berdasarkan ciri genetik tertentu seperti tahap kecerdasan, ketinggian, dan potensi kesihatan.

Proses ini bermula dengan menghasilkan beberapa embrio melalui rawatan persenyawaan in vitro (IVF). Hanya embrio yang memiliki kombinasi gen diingini akan dipilih untuk kehamilan, manakala yang lain tidak digunakan. Namun, tidak semua ciri boleh dioptimumkan serentak.

Dalam satu simulasi berdasarkan embrio sebenar, terdapat embrio yang mencatat skor tinggi bagi potensi IQ tetapi juga menunjukkan risiko lebih tinggi menghidap gangguan bipolar. Embrio lain pula mungkin lebih seimbang dari segi kesihatan dan kecerdasan, namun berbeza dari segi jantina atau ciri fizikal yang diingini.

Dilema ini mengundang persoalan besar: adakah bakal ibu bapa harus mengutamakan kecerdasan, kesihatan, atau ciri fizikal tertentu?

Perdebatan ini mengingatkan kepada dunia fiksyen sains dalam Man of Steel arahan Zack Snyder, di mana kelahiran di planet Krypton dikawal sepenuhnya oleh sistem genetik – setiap bayi ‘direka’ untuk tujuan tertentu.

Walaupun dunia nyata belum mencapai tahap itu, kemunculan designer babies menimbulkan persoalan sama: sejauh mana manusia patut “mencipta” masa depan anak mereka?

Abam: ‘Designer babies’ – heh, udah macam handbag.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Until Dawn: Kengerian Dengan Kematian Berulang

0

Abam tekan button play, tanpa meletakkan apa-apa harapan tinggi. Sementelah, ia filem baru yang juga baru sahaja masuk ke Netflix.

Jadi, memandangkan abam pun tak ada terasa nak buat apa-apa, maka cuba layankan saja.

Orang kata, “Sometimes you can stumble into a gem of a movie on Netflix” – dan inilah yang boleh dikatakan tentang Until Dawn, sebuah filem adaptasi dari permainan popular.

Ia membawakan ‘trope’ yang sudah sering digunakan dalam beberapa variasi, iaitu di mana watak-wataknya terperangkap dalam satu tempat yang tidak mempunyai takrif masa (time loop).

Until Dawn mengisahkan perjuangan dua beradik, Melanie Paul (Maia Mitchell) dan Clover Paul (Ella Rubin). Kisah bermula apabila Melanie hilang secara misteri di sebuah lembah terpencil.

Tidak sanggup menerima kehilangan itu, Clover bertekad membongkar kebenaran di sebalik kehilangannya.

Bersama rakan-rakan — Max (Michael Cimino), Megan (Ji Young Yoo), Nina (Odessa A’zion) dan Abe (Belmont Cameli), Clover menuju ke lokasi terakhir di mana Melanie dilihat.

Mereka menemui sebuah kabin usang yang kelihatan sudah lama ditinggalkan. Namun, sebaik malam menjelma, suasana berubah menjadi mimpi ngeri.

Seorang pemburu misteri bertopeng muncul, memburu mereka seorang demi seorang dengan cara yang kejam dan mengerikan.

Kengerian memuncak apabila mereka mendapati setiap kali dibunuh, mereka akan ‘terjaga’ semula di tempat dan waktu yang sama seolah-olah malam itu berulang tanpa henti.

Terkurung dalam kitaran masa yang menakutkan, mereka terpaksa mengharungi malam penuh kengerian berulang kali.

Setiap percubaan untuk mengelak kematian hanya membuat pemburu itu menjadi semakin ganas.

Masa semakin suntuk, dan Clover bersama rakan-rakannya perlu mencari jalan untuk memutuskan kitaran ini, sebelum fajar menyingsing menjadi peluang terakhir mereka untuk hidup.

Dalam filem ini, ia hampir lengkap dengan segala macam perkara, dari zombie (Wendigo), ahli sihir, hinggalah kepada watak pembunuh misteri yang sukar untuk mati ala Jason Voorhees.

Ia diarahkan oleh David F. Sandberg, pengarah yang sama untuk filem Annabelle: Creation, Lights Out, dan beberapa lagi filem pendek seperti Cam Closer, Pictured, serta Attic Panic yang boleh ditonton di YouTube.

Oh ya, beliau juga merupakan pengarah filem Shazam! dan Shazam! Fury of the Gods.

Until Dawn dapat ditonton di Netflix: Until Dawn

 

Views: 9

Iklan Newspaper Inline