Friday, 7 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 345

Angry Birds For PC Portable 2011

0

Hahaha..perlu ke Hac terangkan lagi pasal game Angry Birds ni?
Hac ada Angry Birds For PC Portable dan ia dah pun dimuat naik ke akaun mediafire Hac..apa lagi? sedut la jangan tak sedut!

Sedikit Penerangan:

Angry Birds, merupakan puzzle video games yang dibangunkan oleh Finland, Rovio Mobile. Seperti yang saya ketahui lagi, games Angry Birds ini sekarang, games yang paling diminati sekarang dan banyak memerlukan kekuatan mentaliti untuk melepasi semua halangan yang terdapat pada setiap peringkat dalam games tersebut.

Karakter kartun yang ditampilkan dalam games ini adalah burung dan babi (makhluk warna hijau). Cara permainannya hanya melepaskan tembakan burung kepada binaan kawasan babi tersebut. (macam berani mati lak burung-burung ni). Pada awalnya permainan ini hanya tersedia bagi pengguna Smartphone, tapi untuk versi PC pun sudah ada.

Untuk pengetahuan korang semua, game ni memang menarik dimana pemain memiliki beberapa “burung gila” untuk target “binatang hijau” itu dalam memusnahkan bangunan binatang terbabit. Terdapat banyak hints dalam Youtube sekiranya korang gagal menggunakan kreativiti anda dalam menyelesaikan, bagaimana nak meruntuhkan struktur bangunan yang berlainan apabila semakin meningkat tahap (stage) tersebut.

Sumber artikel diambil dari sini —> Angry Birds: Game Popular Pada Masa Kini

Klik di sini —> Angry Birds For PC Portable 2011

Klik di sini —> Angry Birds For PC Portable 2011 (MacOSX)

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Facebook Dislike Button – Hati-Hati Dengan Penipuan Ini!

0

Nampaknya penipuan pada laman sosial ternama iaitu Facebook dah menjadi semakin berleluasa selepas penyebaran video ‘Dad Catches Daughter on Webcam’ (palsu)..
Kini ia hadir lagi dengan penipuan terbaru iaitu pengaktifan Facebook Dislike Button!

Facebook now has a dislike button! Click ‘Enable Dislike Button’ to turn on the new feature!

Jangan sesekali percaya dengan kata-kata seperti diatas!

Jangan terpedaya dengan helah sebegini!! ia nampak seperti asli tetapi setelah sasaran klik pada button tersebut, mereka akan dibawa ke halaman seperti dibawah:

Mereka akan diminta untuk menyalin JavaScript dan meletakkannya pada URL/Address bar browser..apabila mereka telah melakukannya, mesej yang sama akan di-post pada wall mereka!

Bagaimana Cara Ia Dilakukan?

Hanya dengan JavaScript, semuanya boleh terjadi..’Activate Dislike Button’ ini muncul di tempat ‘Share’ button berada..ini semua dilakukan oleh JavaScript yang telah di copy-paste oleh sasaran/mangsa itu tadi..JavaScript itu hanya menamakan semula (rename) ‘Share’ kepada ‘Activate Dislike Button’ tetapi fungsinya kekal sama..

Adakah Ianya Adalah Virus?

Jawapannya, YA..

Ianya dikesan sebagai ‘Social Engineering(Security)type 1710′ oleh antivirus AVG..ianya kelihatan seperti Russian Malware, yang apabila ianya dijalankan dengan sempurna ia pasti akan membocorkan maklumat peribadi anda seperti Facebook, Yahoo, hotmail, Ebay, Paypal dan lain-lain kepada penggodam..

Salah Faham Mengenai Virus Virtox

Terdapat sesetengah laman web yang melabelkannya sebagai Virus Virtox tetapi perkara sebenarnya tiada virus bernama ‘Virtox’ setakat ini dan berkemungkinan maklumat tersebut disebarkan oleh pembuat asal virus SE ini..

Pengesanan Antivirus Yang Rendah

Anda boleh lihat hanya 5/42 keputusan menunjukkan ia adalah virus (VirusTotal) dari URL scanning yang telah dibuat..

Pesanan Dari Mr.Hac:

Hati-hati dengan kaedah penipuan yang semakin licik..teknik Social Engineering telah lama dipraktikkan dari satu masa dahulu dan nampaknya ia telah merebak kembali..

SEBENARNYA Facebook Dislike Button sememangnya ada..ia ada dalam bentuk add-on untuk Firefox (dan bakal terdapat pada IE juga)..anda boleh mencubanya di sini —> The Spinmod Dislike Button Sumber

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Bypass Survey Sharecash

0

Salam..atas permintaan yang hangat dari pembaca blog ini, maka Hac nak tunjuk satu video tentang cara bypass survey Sharecash dan untuk tahun 2011 ini, nampaknya ia masih berkesan! cara bypass survey ini kalau tak silap Hac sememangnya dikhususkan untuk Sharecash tapi kalau survey yang menggunakan servis lain, itu kena cuba sendiri la ya..

Muat turun J-Downloader di sini —> J-Downloader

Buat masa ini add-on/extension integration untuk browser hanya terdapat pada Google Chrome sahaja..untuk masa akan datang, mereka sedang mengusahakan satu extension unversal yang bermaksud kesemua browser pun boleh menggunakannya..
Apa kata anda cuba dahulu dan kemudian berikan review anda di dalam ruang komen..ok?

P/S: buat masa ini, hanya cara ini sahaja yang betul-betul berkesan..cara yang lain telah banyak yang Hac cuba tetapi tidak berjaya..sekiranya ada penambahan cara yang lain, maka tunggu entry akan datang, akan Hac masukkan kemudian..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Jom Lajukan Internet dan Browser Anda!

0

Salam..setelah Mr.Hac berpuas hati apabila menguji perisian ini, Hac ingin kongsi dengan semua orang..dengannya, semua browser seperti Chrome, Firefox, Internet Explorer, Safari, Opera, pasti akan laju! Tips melajukan internet kali ini adalah dengan menggunakan perisian yang dinamakan sebagai Versis Full Speed Boost..

Apa yang pasti, anda tidak perlu fikirkan apa-apa lagi..anda hanya perlu apply sahaja setting yang anda inginkan dan, wal-lah! Internet anda sudahpun berkelajuan tinggi!
Sistem Operasi Windows anda sudahpun menetapkan setting yang tidak optimal untuk kesemua setting internet. jadi dengan perisian ini, anda akan dapat rasakan bezanya yang jelas ketara selepas menggunakannya. Hanya klik pada mana-mana kelajuan yang anda mahukan dan kemudian restart PC anda..siap! walaupun hanya 2 jenis browser sahaja yang diberikan untuk anda uji, tetapi ia merangkumi semua browser yang anda gunakan..tidak kiralah browser apapun, yang pasti perisian ini sangat-sangat membantu!

Hac menyarankan anda mencuba browser Lunascape, SRWare Iron, Google Chrome, dan juga Mozilla Firefox untuk merasai kelajuannya!

Klik di sini —> Full Speed Pro Boost 3.3

Buat masa ini, hanya versi 3.3 yang dapat Hac berikan (versi terkini buat masa ini ialah 3.6)..sekiranya Hac dah dapat yang terkini, Hac pasti akan update!
Silalah mencuba dan rasakan perbezaan kelajuan internet anda sekarang!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

E-Book Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam

0

Assalamualaikum..setelah berhempas pulas, akhirnya siaplah sebuah e-book yang telah dikarang sendiri oleh Mr.Hac, e-book yang bertajuk Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam..

E-book ini telah ditulis oleh Mr.Hac bermula pada pagi tadi, dan reka bentuk kulit muka hadapannya (e-cover) juga dibuat setelah siap Mr.Hac menulis..letih juga la rasanya! jadi kalau e-cover tak cantik, jangan marah aaaaa…


E-Book cover updated:

E-Book cover by Togi Tan

Bukan niat Hac nak siapkan secara terburu-buru tetapi Hac mengejar masa..rugi rasanya kalau ia siap lambat..tetapi yang paling penting sekali ialah, e-book ini Hac nak berikan secara PERCUMA sahaja kepada anda semua!

Sekiranya ada KESILAPAN EJAAN, atau sebarang bentuk kesilapan yang lain, Hac nak minta maaf banyak-banyak (biasa la..taip nak laju!)..Hac harap anda semua suka dengan ‘hasil tangan’ pertama Hac ini!

E-book yang Hac tulis ini merangkumi kesemua penerangan mengenai kepentingan melayari laman-laman web secara anonymous (tanpa nama @ IP palsu)..segala yang perlu Hac terangkan, sudahpun ditulis..namun sekiranya ada penambahan, Hac tidak akan teragak-agak untuk menulis e-book buat kali kedua (sebenarnya ketiga kerana sebelum ini Hac pernah menulis sebuah e-book untuk blog lama Hac..namun tak jadi untuk dijual kerana market yang rendah)

Ok..jangan bertangguh! jom sama-sama kita baca hasil karya Mr.Hac!
Sebarang komen dan cadangan adalah amat dihargai dan dialu-alukan!

Muat turun di sini —> Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam

UPDATED!

Mr.Hac ada betulkan sikit-sikit kesalahan ejaan dan juga ralat perkataan dalam e-book Mr.Hac tu..
maaf la ya..

muat turun di sini —> Anonymous Surfing : Ciri Utama Seorang Penggodam

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tab Nabbing : Kaedah Phishing Yang Unik

0

Salam semua pembaca..setelah beberapa hari Hac tak update blog, hari ni Hac nak update satu tutorial yang berguna untuk kita semua tahu, bahawa ada satu lagi kaedah phishing iaitu kaedah Tab Nabbing/Tab Jacking/Tab Napping..semua nama ini merujuk kepada teknik yang sama..

Kaedah ini telah lama berada dalam dunia IT iaitu bulan Mei 2010 lagi dan telah dipelopori oleh Aza Raskin..

Bagaimana kaedah ini berfungsi?

Dalam kaedah-kaedah phishing sebelum ini, seorang penggodam menghoskan laman phishing dalam laman web hosting seperti T35.com, atau 0Fees.net dan kemudian menghantarkan pautan laman log masuk palsu itu kepada mangsa melalui e-mel dan lain-lain saluran maklumat..

Tetapi dengan berkembangnya evolusi pelayar (web browser) yang semakin canggih dengan sistem sekuriti yang mantap, ditambah pula dengan sesetengah laman hosting yang menjengkelkan (sukar untuk digunakan, tidak menerima laman phishing, dll), maka kaedah ini adakalanya menjadi agak sukar..

Disebabkan itulah Aza Raskin (pekerja mozilla) telah mendapat idea untuk mengasaskan teknik Tab Nabbing ini, dimana sasarannya ialah pengguna web browser dengan fungsi ‘tab’..apabila seseorang pengguna itu membuka laman yang telah dimasukkan code oleh si penggodam tadi, sekiranya dia meninggalkan laman tersebut untuk beberapa tempoh waktu tertentu iaitu pengguna tersebut beralih ke tab lain, maka tab laman asal tadi akan dihalakan kepada laman log masuk palsu..jadi setelah pengguna tadi beralih kembali kepada tab laman asal yang dibuka, ia kelihatan seperti telah log keluar dan kemudian memasukkan nama pengguna berserta kata laluan..nahh..disitu silapnya..kerana dari awal sememangnya dia tidak log keluar, jadi dia dihalakan kembali kepada laman asal dengan kesilapan ‘menyerahkan secara rela’ nama pengguna dan kata laluannya kepada penggodam, dan ia kelihatan seperti ‘log masuk secara normal’..

Anda boleh melihat demostrasi Tab Napping dalam video dibawah:

Disebabkan Hac sedang malas nak menaip, maka sila tonton video dibawah untuk tutorial yang lengkap:

Nak kan code tab nabbing? sila klik pada pautan dibawah:

Klik di sini —> Tab Nabbing Code

P/S: Pada video tutorial itu pun ada source code yang boleh dimuat turun..untuk melengkapkan lagi code yang perlu digunakan, sila muat turun dari video tersebut atau sila klik pada pautan dibawah:

Sila klik di sini —> Tabnabbing Code

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Hack Facebook Dengan Kaedah Recovery

0

Salam semua..akhirnya tibalah masanya untuk Mr.Hac keluarkan artikel ini kerana sudah beberapa artikel sebelum ini banyak yang Hac ‘tahankan’ atas permintaan rakan..

Artikel ini kalau nak diikutkan sudah berada dalam draft dari minggu lepas..namun atas permintaan kawan baik Hac iaitu Azrael, Hac tahankan artikel ini terlebih dahulu kerana katanya ia boleh membawa musibah apabila dengan MUDAH dibuat dan disalahgunakan..ini kerana buat masa ini, kaedah yang bakal Hac tuliskan ini adalah kaedah hack Facebook yang paling berkesan dan paling mudah untuk dilakukan!

Namun apabila Hac telah melihat artikel ini terlebih dahulu dipost oleh seorang lagi rakan di Forum Silent Hackers, Hac rasakan ia perlu juga dipostkan di blog ini supaya lebih ramai dari kalangan anda yang MENGAMBIL PERHATIAN bahawa terdapat satu critical vulnerability dalam Facebook yang boleh menyebabkan banyak akaun digodam biarpun oleh orang kebiasaan..satu pesanan dari Hac, JANGAN DEDAHKAN DIRI ANDA KEPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI..

Adalah tidak menghairankan lagi apabila seseorang itu menerima pelawaan untuk menjadi rakan oleh orang yang tidak dikenalinya di Facebook (macam zaman Myspace dulu la..)..kerapkali kesemua permintaan untuk menjadi rakan di Facebook itu diterima untuk mengembangkan persahabatan dan tak kurang juga ada yang hendak menambahkan bilangan rakan..kelihatannya pada kebiasaan, Facebook selebriti dan mereka yang melakukan urusniaga kerap menerima 100% permintaan untuk menjadi rakan itu berbanding orang kebiasaan (biasa la..selebriti kena jaga hati peminat kan)..

Akaun dari jenis ini adalah yang PALING SENANG TERDEDAH KEPADA PENGGODAM..anda tidak perlukan sebarang kebijaksanaan ataupun ilmu hacking yang tinggi untuk melakukannya kerana anda hanya perlu melalui proses password recovery Facebook bersama 2 lagi rakan Facebook oleh akaun sasaran.

Anda dengan mudah boleh mendapatkan akses ke akaun tersebut dengan pendekatan yang sederhana..anda cuma perlu menggunakan ciri-ciri Facebook Password Recovery yang boleh dicapai melalui pautan “Forgot your password?” pada laman log masuk ke Facebook..

Setelah anda dapat mengenalpasti rakan-rakan, Facebook akan mencadangkan untuk mendapatkan semula kata laluan melalui alamat e-mel yang sedia ada..bagaimanapun ciri ini boleh dilepasi melalui pautan “No longer have access to these?”..dalam kes ini, Facebook akan meminta alamat e-mel yang baru..langkah seterusnya Facebook akan menanyakan soalan yang berkaitan dengan akaun tersebut..ciri ini juga boleh dilepasi dengan cara menaip jawapan yang salah sebanyak 3 kali..selepas itu, Facebook akan memberikan anda cara yang lebih memeranjatkan untuk mendapatkan semula kata laluan, iaitu dengan sokongan 3 orang rakan..

Hack Facebook Dengan Kaedah Recovery:

1. Pertama sekali, anda perlu memilih 3 orang rakan ‘yang dipercayai’..3 orang rakan ini akan menerima 3 code yang diperlukan untuk mengubah kata laluan akaun tersebut.

2. Pilih diri anda sendiri dan kemudian anda akan menerima code dari Facebook. dengan 3 code itu, anda dengan mudah akan dapat mengubah kata laluan akaun mangsa.

3. Masalah utamanya ialah 2 orang rakan lagi yang anda tidak begitu kenal dan tidak dapat dipercayai sepenuhnya boleh mendapatkan akses ke akaun itu melalui kaedah password recovery itu tadi..jadi?

4. Masalah ini juga boleh dilepasi melalui Teknik Social Engineering..buat lagi 2 akaun Facebook yang palsu dan tambahkan akaun mangsa ke dalam senarai rakan..sekarang, dapatkan ketiga-tiga code dari Facebook dan kesemuanya sudah selesai!!

Sedikit Pesanan: Akaun sasaran anda akan dikunci selama 24 jam selepas kata laluan diubah dan e-mel pengguna yang asal akan menerima pemberitahuan akan penukaran kata laluan bersama dengan senarai 3 orang rakan yang menerima code dari Facebook. bagaimanapun sekiranya 3 rakan ini adalah palsu, adalah tidak penting lagi sekiranya anda mengetahui nama mereka..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Menggunakan Ultrasurf 10.10

0

Tutorial Cara Menggunakan Ultrasurf ini Mr.Hac buat khas untuk mereka yang masih tak tahu bagaimanaj cara terbaik untuk menggunakannya..setakat ini (20/05/11), versi terbaru ialah Ultrasurf 10.10 @ U1010..jadi tutorial ini Hac tulis menggunakan Ultrasurf versi ini..kaedah atau cara menggunakan Ultrasurf perlu dipelajari oleh semua orang yang mahukan keselamatan daripada ancaman para penggodam ketika melayari internet..setelah beberapa siri dalam blog ini yang membincangkan mengenai Ultrasurf, akhirnya Hac buatkan satu tutorial khas untuk anda semua..(serius khas untuk mereka yang di tempat kerjanya, atau di tempat belajarnya sudah block laman-laman web tertentu..hahaha..serius tu!)

Tutorial ini ringkas sahaja..tak perlu pengetahuan IT yang tinggi..Hac karangkan dengan cara yang simple supaya mudah difahami oleh semua orang..oleh itu mari kita sama-sama lihat bagaimana cara untuk kita bypass websense dan kita akan dapat melayari internet dengan bebas!

Nampak tak tu? klik 2 kali (double click) pada icon Ultrasurf tu..Hac ada buat koleksi tau dari versi 10.05 sampai la versi terkini..

Waktu ni kena sabar..Ultrasurf belum disambungkan dengan server..

Ok..berhasil! waktu ni Ultrasurf dah berjaya disambungkan ke server dan segala sekatan websense sudah boleh kita bypass..

Klik pada Option (dalam kotak tu)

Ikut semua setting seperti diatas (setting ini untuk mereka yang menggunakan Firefox)
Kemudian klik pada Proxy Settings..

Boleh pilih ‘Directly use Ultrasurf’…atau…

Boleh letak setting seperti diatas..boleh juga letak nombor 9666 (gantikan) pada tempat Hac letakkan nombor 8580 tu..ada juga yang bertanya, betul ke setting tu Mr.Hac? macam salah je..ya…jawapannya, memang salah pun..tapi kalau hendak diikutkan, setakat yang Hac guna sehingga hari ini, tiada masalah yang berbangkit berkenaan isu setting ini (dari forum sehingga ke laman blog, semuanya mengatakan benda yang sama)..kalau ada masalah, pasti tiada orang yang akan menggunakan setting seperti ini..

Kalau nak diikutkan juga, pada kotak Proxy Host dan Proxy Port, sepatutnya kita meletakkan nilai proxy dan port-nya..tetapi sukar untuk mencari proxy yang benar-benar ‘fresh’ dan masih berfungsi walaupun kita menggunakan perisian Proxy Finder ataupun kita mencarinya secara manual di Alive Proxy..jadi? jadi gunakan sahaja setting seperti diatas..

Apa kegunaannya setting itu? gunakan sekiranya Ultrasurf sudah tidak berfungsi lagi seperti biasa..mungkin port 9666 sudah disekat oleh jabatan tempat anda bekerja..oleh itu gunakanlah segala setting yang ada dengan sebaik-baiknya..

Untuk pengguna Firefox, anda perlu menggunakan Add-On WJBUTTON dari Ultrasurf supaya Ultrasurf dapat digunakan secara menyeluruh, berkesan, dan mudah..dengan ‘button’ ini, anda boleh ‘On’ dan ‘Off’ connection anda ke internet sama ada menggunakan Proxy Ultrasurf atau sambungan secara terus..

Muat turun dan install di sini —> WJBUTTON

Ekstrak fail yang telah anda muat turun dan buka ia menggunakan Firefox..install seperti biasa..setelah install, anda akan nampak button ini berada dibawah sekali..(sila enable terlebih dahulu add-on toolbar)

Ikut setting seperti dalam gambar diatas..

Anda akan dapat lihat button Ultrasurf berada pada bahagian bawah Firefox (pada add-on toolbar)

Nak download Ultrasurf? klik button download dibawah:

Ultrasurf versi lama:

Ultrasurf 10.05

Ultrasurf 10.06

Ultrasurf 10.07 (direkomenkan sebab laju..tak tahu kenapa..)

Ultrasurf 10.08

Ultrasurf 10.09

(yang lain-lain pun laju juga..cuma Hac suka versi 10.07 dan 10.10 yang terbaru tu)

Kepada mereka yang menggunakan web browser IE, anda tidak perlukan apa-apa setting kerana semuanya automatik..tetapi kepada mereka yang menggunakan firefox, anda perlu ikut setting diatas..habis Mr.Hac, kalau mereka yang gunakan chrome dan lain-lain browser macam mana?

kepada mereka yang menggunakan chrome dan lain-lain browser, anda perlu tukarkan setting proxy (Proxy Settings) iaitu:

Klik Option > Proxy Setting > LAN Setting > Klik pada ‘Use a proxy server for your LAN’

HTTP Proxy : 127.0.0.1
Port : 9666

Chrome juga mempunyai extension proxy yang berfungsi sama seperti WJBUTTON..sila ke sini untuk mendapatkannya —> Chrome Extension

P/S: Hac biasa gunakan Proxy Switchy!

Ada sesetengah orang yang merungut dengan mengatakan Ultrasurf tidak lagi dapat bypass sekatan yang dilakukan oleh office mereka..tetapi permasalahan ini sebenarnya berpunca dari penggunaan versi lama..Hac sudah mencuba kesemua versi-versi lama (versi bawah dari 10.05) dan sememangnya connection kepada server terlalu lambat..jadi untuk mereka yang betul-betul perlukan perisian yang dapat membantu mereka untuk melepasi sekatan di pejabat, gunakan versi terbaru!
namun, kalau nak cuba juga apa salahnya kan? dengan mencuba versi lama, sekurang-kurangnya anda akan dapat tahu beza antara yang lama dengan yang baru..

Klik disini —> Old Version of Ultrasurf Collection

Ok lah..cukup sampai disini sahaja tutorial dari Mr.Hac..nanti sekiranya ada apa-apa pertanyaan, sila komen dibawah ok..kalau rasa tutorial ini masih tidak lengkap dan mahu supaya Hac menambah apa-apa, sila bagi tahu ya..

Berikut Mr.Hac lampirkan sekali e-book percuma mengenai Ultrasurf untuk dimuat turun oleh anda semua —> Ultrasurf-User’s Guide

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

BLOGLIST FAIZAL FREDLEY DOT COM

0

Salam..tengok banner kat bawah rasanya ramai betul yang kenal dengan beliau ni kan..
jadi Hac tetap tak mahu lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan beliau..heheheh..
satu hari nanti, bila followers blog ni (The Aryan Nation) dah cecah 1682 (sama jumlahnya dengan followers blog beliau) baru la Hac akan ada keberanian untuk buat Segmen-segmen macam ni..eerrr..aduh..bila penulis IT menulis benda lain, memang akan melalut..

Dalam syaratnya, bro Faizal minta supaya sesiapa yang ingin turut serta supaya menyebut SAYA NAK JOIN BLOGLIST NI..tu je katanya..aish..asihwarya rai..betul ke ni?
so dah siap la entry Mr.Hac malam ni?ok..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

0

Salam..err..entry ni dah diperbetulkan..harap maklum..

Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.

Jom ke pautan ini —> Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline