Friday, 7 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 342

Tutorial SSH Tunneling

0

Assalamualaikum semua..EKSKLUSIF!! hahaha..Mr.Hac rasa cukup seronok hari ni..sebab setelah puas google berjam-jam lamanya, dan setelah puas bertanya kepada sahabat-sahabat hackers dari luar negara seperti India dan U.S (tak lupa juga rakan hackers senegara), maka dapatlah Hac buat satu lagi tutorial untuk melayari internet tanpa sekatan dan juga dalam masa yang sama melayari internet secara anonymous! ya..sungguh Mr.Hac berasa sangat lelah, sangat penat, sangat mengantuk, sakit jari, sakit mata, semua ada..tapi demi anda semua, Hac kembali menaip di blog ini dengan satu tutorial cara membuat SSH Tunneling yang LENGKAP..

Sebelum ini, tutorial yang Hac tulis dah lengkap, cuma BELUM CUKUP lengkap lagi..oleh itu, mari kita sama-sama belajar dan kuasai bagaimana cara sebaiknya untuk melindungi privasi ketika dalam talian, dengan melayari internet secara anonymous, dan melepasi segala sekatan Websense, SKMM, mahupun perisian website blocking yang lain!

Gambar di bawah adalah satu senario menunjukkan bagaimana SSH Tunneling berfungsi melepasi firewall..

Apa Yang Diperlukan Untuk Membuat SSH Tunneling?

1. Akaun Shell (Shell Account). anda boleh mendapatkannya di sini : Shellmix

2. PuTTy – Digunakan untuk menyambung (connect) ke akaun Shell..

Cara Melakukannya:

1. Pertama sekali sila daftarkan akaun Shell anda terlebih dahulu..sekiranya ia juga disekat oleh Websense, sila cuba daftarkannya di tempat lain seperti Cyber Cafe, rumah kawan, mahupun rumah jiran yang ada internet..haha..terpulang la!
cara mendaftar? lihat sini —> Cara Mendaftarkan Akaun Di Shellmix.com..
cara mendaftarkan akaun Shell di Shellmix agak sedikit rumit..kerana itu Hac katakan dari awal cara ini agak advance berbanding menggunakan perisian percuma seperti Ultrasurf ataupun TOR..cuma kaedah ini lebih SELAMAT berbanding menggunakan pelayan proksi (proxy server) atau kaedah-kaedah yang lain..jadi anda mahu selamat? USAHAKAN IA!

2. Setelah BERJAYA membuat satu akaun, sila buka PuTTy yang telah dimuat turun tadi..IKUT tetapan yang ditunjukkan oleh Mr.Hac dalam gambar dibawah..pada Host Name (or IP address), sila masukkan shellmix.com dan pada Port masukkan nombor 22 (sekiranya tiada nombor)..boleh juga masukkan alamat IP shellmix.com..

Cara mendapatkan IP shellmix.com ialah pergi ke Start —> Run —> taipkan command/cmd
dan tekan Enter..
kemudian taipkan : ping shellmix.com

dah dapat IP? masukkan ke Host Name (or IP address)..

3. Dalam kotak Saved Sessions, masukkan nama yang anda inginkan..contohnya Mr.Hac namakan ia sebagai Freedom (Tribute to angeltech)..pada Host Name (or IP address), masukkan nama server SSH iaitu shellmix.com atau alamat IP nya seperti yang telah Mr.Hac bagi tahu tadi..gunakan default Port iaitu 22..sekiranya firewall di pejabat anda menyekat port 22, boleh juga digantikan dengan port 443 asalkan server SSH yang digunakan menyokong port ini..kemudian, klik Save..

4. Setelah itu, klik pada Connection dan sila ikut seperti tetapan di bawah (Seconds between keepalives ialah 60, klik pada Enable TCP_keepalives dan IPv4):

5. Klik pada SSH dan tukarkan tetapan anda seperti di bawah (2 only):

6. Klik pada Tunnels, dan tukarkan tetapan anda seperti di bawah (Source port 443, Dynamic dan IPv4):

7. Setelah anda klik Add, nombor seperti gambar di bawah akan muncul:

8. Ini ialah langkah yang PALING PENTING..anda perlu menyimpan tetapan ini supaya pada masa akan datang, anda tidak perlu lagi menetapkan semula kesemua tetapan tersebut..
(menjengkelkan kan kalau kena buat benda ni berulang-ulang? heheh..)

Klik pada Session, dan klik Save..

9. Selesai tetapan untuk PuTTy! daripada sini, langkah seterusnya ialah menguji sambungan SSH yang telah kita buat..

10. Klik pada Open atau klik dua kali pada perkataan Freedom (atau apa jua nama yang anda dah namakan, ok?)

Sila pastikan anda berjaya log masuk..sekiranya gagal, jangan teruskan langkah di bawah..log masuk sehingga berjaya..ok?

P/S: Kata laluan (password) memang tidak kelihatan..tapi teruskan menaip..jangan bimbang..dah habis menaip, terus tekan kekunci Enter..mesti ok!

Membuat tetapan untuk pelayar web (web browser)

1. Seperti biasa Hac gunakan Mozilla Firefox sebagai contoh..
pergi ke Tools —> Options —> Advanced —> Network —> Settings

Sila ikut seperti tetapan di bawah:

Menguji Seluruh Tetapan dan Keberkesanannya:

Sila pastikan anda telah menutup kedua-duanya iaitu PuTTy dan pelayar web anda (Firefox)..

1. Jalankan PuTTy terlebih dahulu dan klik dua kali pada Freedom (atau nama yang telah anda tetapkan sendiri)

2. Selepas anda berjaya log masuk, biarkan tetingkap PuTTy ini terbuka atau minimize ia tetapi jangan sekali-kali menutupnya.

3. Buka pelayar Firefox anda, dan cubalah membuka laman-laman yang telah disekat. sekiranya anda gagal, sila cuba sekali lagi atau periksa semua tetapan yang telah anda buat..selamat mencuba!

Mengapa melayari internet secara anonymous itu penting??
kerana dari IP lah segala-galanya bermula!

Seperti biasa, sekiranya anda sudah berjaya melayari internet tanpa masalah, sila periksa IP anda di sini —> What Is My IP Address

Sekiranya alamat IP anda sudah bertukar/berubah, itu bermakna anda sudah berjaya dalam tutorial ini! Mr.Hac harap anda semua berjaya hendaknya!
sebarang masalah, sila maklumkan kepada Mr.Hac..

Update: Tutorial SSH Tunneling Versi II

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Polis Sepanyol Menahan Rakan/Ahli Penggodam Sony Corp

0

MADRID/BOSTON (Reuters) – Polis Sepanyol menahan 3 lelaki disyaki ahli kumpulan Anonymous Hacker, Jumaat lalu, atas tuduhan mengendalikan serangan siber ke atas Sony Corp, bank dan laman-laman kerajaan, namun bukan tuduhan menggodam Sony Playstation Network..

Anonymous membalas dengan ‘mengugut’ akan membuat serangan balas ke atas penangkapan itu dengan berkata : “We are Legion, so EXPECT us”

nak baca berita penuh?

boleh klik sini —> Spain arrests Anonymous members over Sony attack

Hmm..kena tangkap juga akhirnya..isk..takut pulak..se ‘anonymous’ sekalipun, boleh dikesan dan ditahan..apetah lagi yang tak ambil kisah pasal IP, pasal jejak..apa kata anda pula? adakah anda ambil kisah tentang privasi anda ketika dalam talian (online)..adakah anda sudah baca e-book Mr.Hac?

kalau belum boleh klik sini –> E-Book Anonymous Surfing

Dari itu, sampai kita berjumpa lagi pada entry Mr.Hac yang akan datang..salam hormat dari Hac..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

myfriends2u.com – Laman Sosial Buatan Malaysia Yang Hebat!

0

Membuat satu laman sosial bukanlah kerja mudah..ia memerlukan ketekunan serta kepakaran yang tinggi..kerana itulah Mr.Hac ingin highlightkan di sini, sebuah laman sosial yang dibangunkan sepenuhnya oleh anak-anak tempatan, buatan Malaysia, myfriends2u.com..

Telah bertapak sejak tahun 2010, ia telah dibangunkan oleh NetXpert Sdn.Bhd dan popularitinya semakin berkembang dengan baik..menurut Ketua Pegawai Eksekutif NetXpert Sdn.Bhd, Che Onn Ismail, laman sosial ini dibina berdasarkan kepada kehendak dan keperluan pengguna yang mahukan platform setempat mudah, yang bukan sahaja membolehkan pengguna berhubung malah boleh melakukan lebih daripada itu menerusi satu akses (sumber Majalah PC Nov 2010)..

Siapa kata anak watan tidak mampu melakukan sesuatu yang hebat? siapa kata anak tempata kita tidak mampu mencipta sejarahnya yang tersendiri..myfriends2u membuktikan sebaliknya apabila pelbagai fungsi dicipta untuk menandingi kehebatan penangan laman sosial Facebook..biarpun masih belum digunakan sebagai akaun rasmi untuk mana-mana acara atau syarikat dalam Malaysia contohnya Rancangan Mentor, Radio HotFM dan sebagainya, myfriends2u sekarang sedang melonjak naik dengan baik dan kepelbagaian fungsinya serta mudah digunakan membuatkan ia semakin diterima ramai..

Myfriends2u menawarkan My Places sebagai rujukan tempat-tempat menarik, My MarketPlace untuk orang ramai mengembangkan bisnes dalam talian, My Career sebagai tempat carian pekerja atau mengiklankan diri di dunia kerjaya, U Life yang mengumpulkan penuntut-penuntut Universiti pada satu tempat dan banyak lagi yang boleh diterokai oleh anda sendiri..sekiranya anda sudah mendaftarkan diri, anda akan dapati tidak terdapat banyak perbezaan ketara dengan laman sosial Facebook, cuma ‘suasananya’ lebih ‘Malaysia’..ini yang kita mahukan!

Jadi apa tunggu lagi? buat lah satu akaun sekarang dan mulalah berhubung dengan rakan talian yang lain! rasai perbezaan dan kehangatan myfriends2u.com!

(Ada lagi ke yang tak tahu pasal ni ya?)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Melajukan Youtube

0

Salam..jom kita lajukan buffering Youtube dengan cara yang mudah ini!
cara melajukan Youtube ini juga berkesan untuk mana-mana laman video streaming contohnya Metacafe, Veoh, Hulu, Tonton, dan lain-lain lagi..

Cara-Caranya:

Kalau anda terlepas pandang pada entry Mr.Hac sebelumnya, sila klik di sini untuk pergi ke entry tersebut : Melajukan Buffering Youtube

Ok..sudah?

Selepas itu, pergi ke Start —> Run… —> taipkan system.ini [system (dot) ini]

satu fail notepad akan terbuka dan menunjukkan code berikut:

; for 16-bit app support
[drivers]
wave=mmdrv.dll
timer=timer.drv
[mci]
[driver32]
[386enh]
woafont=dosapp.FON
EGA80WOA.FON=EGA80WOA.FON
EGA40WOA.FON=EGA40WOA.FON
CGA80WOA.FON=CGA80WOA.FON
CGA40WOA.FON=CGA40WOA.FON
[vicax]
msacm711=35753
msacm811=72261
msacm911=42405

(mungkin ada yang sama, mungkin ada yang sedikit berbeza..tiada masalah!)

Apa yang perlu anda lakukan ialah salin (copy) code di bawah dan tampal (paste) di bawahnya:

page buffer=100Tbps


load=100Tbps


download=100Tbps
save=100Tbps
back=100Tbps
search=100Tbps
sound=100Tbps
webcam=100Tbps
voice=100Tbps
faxmodemfast=100Tbps
update=100Tbps

Simpan (save) dan cuba buka mana-mana video di Youtube..ada perubahan tak?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Terima Kasih Apesal

0

Salam semua..setelah 4 hari Mr.Hac meletakkan widget apesal, Mr.Hac berasa lega akhirnya kerana trafik dah ‘melimpah’ masuk dalam blog ni..Hac tunjuk bukan tujuan nak berlagak, tidak! tapi nak semua blogger yang masuk ke sini tahu, bahawa apesal.com memang banyak membantu dalam menaikkan trafik disamping menghubungkan blogger-blogger seluruh Malaysia..

Ye la..blogger Malaysia ada dalam 1 juta lebih..dalam 1 juta lebih tu nak kenal dengan 1000 blogger pun susah..jadi sedikit sebanyak dapat la jugak apesal ni membantu kita untuk kenal-kenal dengan blogger/blog yang lain..jom kita tengok sedikit sebanyak apa yang apesal dah bantu Mr.Hac ya!

Selepas hari pertama memasang widget apesal

Masa ni tak cukup teruja lagi..sebab kalau anda perasan, hari-hari sebelumnya pun trafik yang datang ke blog ni dah berjaya mencecah 600++ UV..

Hari kedua

Haaa..masa ni teruja la jugak..ye lah..tak pernah dapat pun trafik macam ni..genre kecik la katakan!

Hari ketiga

Trafik menurun sedikit tetapi masih memuaskan..

Trafik 1 jam

Dalam sejam boleh la masuk 100 UV..nak cerita pun segan..

Hari ke empat

Alhamdulillah..hasrat Mr.Hac nak jana trafik ke blog ni ke arah 1000++ UV tercapai..terima kasih apesal!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

2 Blogger Di Saudi Arabia Ditangkap

0

Dah makin menjadi-jadi undang-undang dunia yang pihak kerajaan buat terhadap dunia IT..blogsphere bergegar lagi dengan kes ini..asalnya Hac malas nak buat post, tapi selepas baca beberapa berita yang sama dari blog-blog yang berbeza tentang SKMM bakal menyekat beberapa laman hosting atas alasan melanggar undang–undang hak cipta..apekah??

berikut adalah berita yang dipetik dari laman Digital Trends:

Recent social media news in the Middle East involves the arrest of two bloggers as well as one human rights activist in Saudi Arabia. The arrests follow new stricter free speech laws issued by King Abdullah bin Abd al-’Aziz on April 29.


Fadhil Makki al-Manasif, the human rights activist, was arrested on May 1 for participating in demonstrations against the government. Al-Manasif also documented cases of human rights violations. More than 20 other demonstrators were arrested by Saudi authorities over the past week.


Bloggers Mustafa al-Badr Al Mubarak and Husain Kazim al-Hashim were arrested for violating the new laws by participating in and blogging about these peaceful protests.


A series of bans starting in 2011 have increasingly worked towards curtailing the Saudi subject’s free speech and expression. In March, Prince Nayef bin Abd al-’Aziz and the Council of Senior Religious Scholars reiterated the outlawing of demonstrations.


On April 29, King Abdullah amended the Press and Publications Law which now prohibits anything that the authorities feel disturbs or compromises the country’s security, public order or national interests. An article by Human Rights Watch also pointed out that the new restrictions prohibit anything that violates the “reputation, dignity or slander or libel” of religious and government authorities or institutions.


In the beginning of 2011, a decree extended the Press and Publications law to the Internet realm, making it illegal for anything not approved by the government to be published online. The monarchy seems to be doing its best to control all avenues where dissent may be expressed, perhaps with good reason seeing the power of social media in Egypt.

Amacam? gempak tak? kena tahan pun sebab KONONNYA melanggar undang-undang..aduhai..
anda mahu anonymity ketika melayari internet?? anda mahukan kebebasan?? adakah anda mahu jejak anda tidak dapat dikesan di internet?? adakah anda TIDAK MAHU jadi seperti 2 blogger tersebut?? jika jawapan anda YA, silalah rajin-rajin baca entry-entry lama Mr.Hac! anda pasti akan ketemui jawapannya!

Untuk berita penuh, anda boleh melayari pada pautan di bawah:

Human Rights Watch

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Pro Dan Kontra Ultrasurf

0

Salam semua..untuk entry ini, Hac ingin berkongsi maklumat sedikit sebanyak tentang perisian yang selalu Hac gunakan untuk bypass firewall & websense..tak lupa juga Hac selalu gunakan untuk melindungi sambungan internet dan melayari laman web secara anonymous..apakah nama perisian tersebut? ya..bagi yang dah kerap mengunjungi blog ini, rasanya mereka pasti tahu, bahawa perisian yang Hac maksudkan ialah Ultrasurf..

Sekarang (9/6/2011) Ultrasurf dah masuk versi 10.13..masih tiada apa yang baharu..paparan antaramuka, fungsi, pilihan (options) semuanya masih sama..yang berubah hanyalah proksi yang sedia ada..kelajuan masih kekal seperti dahulu, amat memuaskan hati..cuma setelah lama Hac MENGKAJI dan menganalisis ‘tabiat’ Ultrasurf, maka Hac ingin merumuskan beberapa Pro dan Kontra Ultrasurf..

PRO:

1. Percuma. (ini yang paling penting!)
2. Menyembunyikan alamat IP dengan berkesan sekali.
3. Paparan antaramuka yang sederhana, mudah digunakan walaupun untuk golongan pemula..klik dan terus boleh digunakan..
4. Boleh digunakan bersama aplikasi atau perisian yang lain, contohnya IDM..cuma set-kan tetapan localhost kepada 127.0.0.1 dan port 9666..
5. Terdapat add-on untuk para pengguna Firefox..
6. Menyertakan fungsi memadam history dan cookies setelah IE ditutup.
7. Tidak dapat dikesan oleh mana-mana firewall, websense, atau apa juga jenis sekatan internet.

KONTRA:

1. Proksi hanya datang dari US, ia tidak boleh ditukar! (lokasi negara dan proksi tetap)
2. Hanya terdapat dalam paparan Bahasa Inggeris sahaja.
3. Kebanyakan antivirus melabel/mengklasifikasikannya sebagai malware..mengapa?? nanti Hac akan berikan jawapan..

PERHATIAN:

Untuk melayari laman web secara anonymous, anda boleh menggunakan Ultrasurf..untuk bypass (melepasi) sekatan firewall, websense, ya..ia juga boleh digunakan..nak download?? lagi la boleh sebab sambungan internet tetap laju seperti biasa!
TETAPI, jangan sesekali menggunakannya untuk membuka laman yang menggunakan protokol keselamatan seperti e-mel, akaun bank, dan sebagainya KERANA…

Sila lihat laporan dari Wilder Security Forum:

Klik —> Ultrasurf is Malware

Klik —> Ultrasurf is Malware

Klik —> Ultrasurf Audit

Ok..dah puas hati dengan penerangan Hac? sebenarnya Hac masih belum puas menulis mengenai Ultrasurf dan kaedah terbaik melayari laman web secara anonymous..cuma jari ni dah sakit la..keyboard keras sangat..ada sesiapa nak tolong Hac jadi penulis sambilan di sini?
heheheh..

P/S: Kalau nak juga melayari laman web secara anonymous, tetapi SELAMAT, sila gunakan servis VPN..kalau berbayar lagi bagus! atau boleh juga menggunakan kaedah SSH Tunneling..2 kaedah ini memang terbaik untuk mengenkripsi data dan sambungan internet serta melindungi privasi anda dari diceroboh oleh pihak yang tidak sepatutnya!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Melayari Laman Web Yang Disekat

0

Salam..setelah beberapa (banyak) artikel/entry Hac sebelum ini yang mengajar anda semua cara melepasi sekatan websense (biasanya digunakan oleh kerajaan), hari ini Hac ingin memberi satu lagi tutorial untuk anda semua melayari/melepasi laman web yang disekat dengan kaedah SSH Tunneling..

Apa Itu SSH Tunneling?

Secure Shell (SSH) Tunnel ialah ‘terowong’ yang diekripsi melalui sambungan protokol SSH..sambungan SSH Tunnel biasanya digunakan untuk melindungi (encrypt) trafik yang terdedah (unencrypted) melalui rangkaian kepada saluran yang dienkripsi (encrypted)..dengan kata mudahnya, anda boleh melayari laman web secara anonymous (tanpa dapat dipantau atau dikesan) dan secara tidak langsung dapat melayari laman web yang disekat..

Ingin Mr.Hac tegaskan di sini, kaedah ini agak advance, dan memerlukan lebih pemahaman..jadi diharap anda menumpukan sepenuh perhatian (macam dalam kelas pulak) terhadap tutorial ini kerana kalau boleh Hac nak semua orang berjaya melakukannya..

Apa Yang Diperlukan Untuk Membuat SSH Tunneling?

1. Akaun Shell (Shell Account). anda boleh mendapatkannya di sini : Shellmix

2. PuTTy – Digunakan untuk menyambung (connect) ke akaun Shell..

Cara Melakukannya:

1. Pertama sekali sila daftarkan akaun Shell anda terlebih dahulu..sekiranya ia juga disekat oleh Websense, sila cuba daftarkannya di tempat lain seperti Cyber Cafe, rumah kawan, mahupun rumah jiran yang ada internet..haha..terpulang la!
cara mendaftar? lihat sini —> Cara Mendaftarkan Akaun Di Shellmix.com..
cara mendaftarkan akaun Shell di Shellmix agak sedikit rumit..kerana itu Hac katakan dari awal cara ini agak advance berbanding menggunakan perisian percuma seperti Ultrasurf ataupun TOR..cuma kaedah ini lebih SELAMAT berbanding menggunakan pelayan proksi (proxy server) atau kaedah-kaedah yang lain..jadi anda mahu selamat? USAHAKAN IA!

2. Setelah BERJAYA membuat satu akaun, sila buka PuTTy yang telah dimuat turun tadi..IKUT tetapan yang ditunjukkan oleh Mr.Hac dalam gambar dibawah..pada Host Name (or IP address), sila masukkan shellmix.com dan pada Port masukkan nombor 22 (sekiranya tiada nombor)…

3. Kemudian, klik pada SSH —> Tunnels —> pada Source port, masukkan nombor 8888, tandakan pada ‘Dynamic‘, dan kemudian klik Add..setelah itu, klik Open..

4. Tetingkap seperti di bawah akan muncul..sila masukkan username dan password yang telah anda pilih semasa mendaftar di Shellmix.com..

Sebelum tetingkap di atas muncul, sekiranya keluar tetingkap seperti di bawah ini, anda hanya perlu klik ‘Yes’..

5. Ok..selesai bahagian pertama, iaitu bahagian TETAPAN PuTTy..sekarang kita perlu membuat tetapan kepada pelayar web yang kita gunakan..dalam tutorial ini, Hac akan menunjukkan tetapan untuk pelayar web Mozilla Firefox..

6. Pada pelayar Firefox, klik Tools —> Options

atau boleh juga merujuk kepada gambar di bawah:

7.  Klik pada Advance —> Network —> Settings…

8. Klik pada Manual proxy configuration —> pada SOCKS Host masukkan ‘localhost‘ (tanpa pembuka dan penutup kata) dan pada ruangan Port isikan dengan nombor 8888..

9. Selesai!! sekarang anda sudah mampu melayari laman web yang telah disekat dan untuk mengetahui sama ada anda telah berjaya atau tidak,

sila pergi ke —> What Is My IP Address

di bawah ini ialah contoh dari Mr.Hac:

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Untuk tutorial yang lebih lengkap,
sila lihat entry Mr.Hac di sini —> Tutorial SSH Tunneling

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Prey – Perisian Anti Pencuri Untuk Komputer Dan Handphone

0

Salam..atas permintaan dari seorang pelawat blog ini, Hac ingin membuat sedikit ulasan mengenai perisian PREY : Open Source Anti-Theft Solution For MAC, PCs, and Phones..Perisian ini bersaiz kecil, namun sangat menakjubkan kerana ia sememangnya berkesan untuk membantu pengguna mendapatkan kembali komputer atau telefon bimbit (handphone) yang telah dicuri..

Terima kasih kerana meminta artikel ini disiarkan..kerana kalau nak tunggu Hac aturkan post, memang agak lama nak tunggu, atas sebab masa dan keadaan..jadi Hac post mana yang sempat, dan Hac tahu Hac tak mampu nak puaskan hati semua orang..

Prey ialah sebuah perisian yang perlu dipasang (install) pada PC atau handphone, yang akan ‘menanti’ isyarat dihantar kepadanya untuk diaktifkan..signal ini akan dihantar sama ada melalui internet (e-mel) atau mesej pada SMS..ia membenarkan anda mendapatkan informasi mengenai lokasi, keadaan dan kedudukan semasa di mana alat (komputer, handphone) anda berada..ia juga akan menunjukkan siapa yang sedang menggunakan komputer anda, dan apa yang sedang dilakukan olehnya..

Dengan menandakan alat anda dengan status ‘Hilang’ (Missing), Prey akan mengumpulkan kesemua bukti yang diminta, dan menghantarnya terus kepada akaun Control Panel atau Inbox E-mel anda, bergantung kepada tetapan yang telah dipilih..

Selain itu, anda juga boleh membuat sesuatu perkara secara ‘Remote’ (dari jauh), seperti menghidupkan bunyi alarm yang kuat, atau menunjukkan mesej yang akan terpapar pada skrin, sekiranya anda mahu pencuri itu tahu anda sedang melihat perbuatannya, atau tahu di mana dia berada, atau ingin pencuri itu menyerahkan kembali komputer anda..

Anda boleh ‘membersihkan’ kata laluan yang tersimpan di PC, atau menguncinya dari sebarang akses, pendek kata segalanya di tangan anda, ikut kemahuan anda!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perisian ini,
anda boleh melayari laman web rasminya di sini —> Prey Project

Apa yang pasti, ia bukan keylogger..kerana keylogger fungsinya terhad..ia hanya boleh merekodkan keystroke, atau kata mudahnya apa sahaja yang ditaip oleh pengguna pada keyboard..walaupun keylogger mampu merekodkan screenshot, tetapi fungsi seperti mengunci PC, memaparkan mesej amaran, mendapatkan lokasi pencuri dan sebagainya, adalah ciri-ciri utama mengapa perisian ini boleh dikatakan perisian terbaik untuk menangani masalah kecurian PC dan handphone..

Sila tonton video di bawah untuk mengetahui bagaimana perisian Prey ini berfungsi:

Prey Project introduction from Carlos Yaconi on Vimeo.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline