Thursday, 25 December 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 2

Masuk ke Alam Seram dengan Bloodstream – Raja Baharu Penstriman Seram!

0

Kepada peminat filem seram, bersedialah untuk menjerit kegembiraan (dan mungkin juga ketakutan).

Sebuah platform penstriman baharu bernama Bloodstream kini dilancarkan, dan ia dicipta khusus untuk mereka yang benar-benar cintakan dunia seram.

Berbeza daripada platform lain yang mencampuradukkan genre, Bloodstream memberi fokus sepenuhnya pada seram — daripada klasik kultus dan filem pembunuh bersiri, hinggalah kepada thriller psikologi serta rakaman ala found-footage yang menegangkan.

Ia turut menawarkan tayangan eksklusif filem indie, filem klasik yang dipulihkan, serta kandungan original Bloodstream yang bakal hadir tidak lama lagi.

Dengan koleksi khas seperti Asian Horror Revival, Retro Gore Nights dan True Terror Docs, Bloodstream bukan sekadar sebuah platform penstriman, ia adalah pengalaman penuh yang meraikan setiap sisi genre seram. Antaramukanya juga berpenampilan moden dan gelap, sesuai untuk tontonan tengah malam.

Kalau anda antara yang sering rasa genre seram diabaikan di platform arus perdana, Bloodstream mungkin rumah sebenar untuk semua penggemar ngeri.

Views: 21

Iklan Newspaper Inline

PDFgear: Penyunting PDF Percuma Yang Wajib Dicuba di Windows

0

Bagi yang selalu bekerja dengan dokumen PDF, tentu tahu betapa pentingnya mempunyai aplikasi yang lengkap untuk membaca, menyunting, dan mengurus fail.

Ramai terbiasa dengan perisian berbayar, tapi sebenarnya ada pilihan percuma yang mampu memberi pengalaman hampir setanding iaitu PDFgear.

Apa itu PDFgear?

PDFgear ialah aplikasi PDF percuma untuk Windows yang menawarkan fungsi-fungsi penting seperti:

  • Membaca dan membuka fail PDF dengan pantas.
  • Menyunting teks terus dalam PDF tanpa perlu tukar format.
  • Menambah anotasi, highlight, dan komen untuk memudahkan kerja berkumpulan.
  • Menggabungkan atau memisahkan fail PDF mengikut keperluan.
  • Menukar format PDF kepada Word, Excel, PowerPoint dan sebaliknya.

Kelebihan PDFgear

  1. Percuma sepenuhnya** – tiada caj tersembunyi.
  2. Mesra pengguna – antara muka ringkas dan mudah difahami.
  3. Ringan dan laju – sesuai walaupun untuk komputer dengan spesifikasi sederhana.
  4. All-in-one – tidak perlu lagi pasang banyak aplikasi untuk kerja asas PDF.

Siapa yang sesuai guna?

  • Pelajar yang sering berurusan dengan nota dan tugasan PDF.
  • Pekerja pejabat yang perlu menyunting dokumen cepat dan efisien.
  • Usahawan kecil atau freelancer yang mahu jimat kos tanpa kompromi pada fungsi.

Dengan PDFgear, urusan dokumen jadi lebih mudah, cepat, dan jimat. Kalau anda selalu guna PDF, aplikasi ini memang berbaloi untuk dimuat turun dan dicuba.

Ia ada ‘AI Chat Bot’ juga tau. Abam belum try lagi benda ni. Tapi korang try la. Mana nak tau serasi dengan jiwa memasing.

*Korang Google sendirilah ye. Orang cakap kalau buh link dalam artikel, nanti Facebook ‘pendamkan’ post kita (reach kurang).

Entahnya. Tapi untuk elak daripada kurang, abam try dalam post ni untuk tidak letakkan link dulu.

Views: 34

Iklan Newspaper Inline

Microsoft Edge Berikan Anda VPN Percuma Tanpa Bayaran!

0

Tahukah anda, Microsoft Edge kini hadir dengan ciri Secure Network – sejenis perlindungan berasaskan VPN yang terbina terus dalam pelayar anda.

  • Percuma 5GB sebulan – hanya dengan log masuk menggunakan akaun Microsoft peribadi.
  • Lindungi data peribadi – sambungan internet anda disulitkan (encrypted), alamat IP dan lokasi sebenar anda disamarkan.
  • Aktif bila perlu – contohnya bila anda sambung ke Wi-Fi awam di kafe, lapangan terbang, atau hotel.
  • Privasi terjaga – pihak ketiga tidak dapat mengintip aktiviti anda.

Dengan Edge Secure Network, anda boleh membeli-belah, isi borang, atau sekadar melayari web dengan lebih tenang – tanpa risau data anda dicuri pihak yang tidak bertanggungjawab.

Untuk mengaktifkannya: buka Settings > Privacy, search, and services > Security dalam Edge, dan hidupkan Secure Network dalam tetapan (Use Microsoft Edge Secure Network).

Views: 45

Iklan Newspaper Inline

Motherboard Baru Maxsun B580 BKB Terminator Yang Pelik dan Unik

0

Cuba teka apa yang pelik dengan Motherboard baru dari Maxsun ini? Nampak tak apa yang lain dari yang lain?

Ya, slot PCIE x16 berada di bahagian belakang. Maknanya, GPU akan dipasang pada bahagian belakang MOBO. Platform AMD AM5 ini antara beberapa MOBO yang menggunakan konfigurasi sebegini.

Dengan saiz Mini-ITX, setakat ini dilaporkan hanya ada 3 sahaja PC case yang sesuai untuknya. Harga dijangka $135USD (RM567) dan akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Views: 9

Iklan Newspaper Inline

Warga Israel Dikejar di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

0

PATTAYA, 17 Oktober 2025 – Seorang lelaki warga Israel mencetuskan kekecohan di bandar Pattaya selepas didakwa mencuri beberapa sampul derma yang dipercayai milik Tokong Wat Tham Pha Thong di wilayah Phetchabun. Kejadian itu berlaku di kawasan Pantai Pattaya, berhampiran Soi 6 – Soi 5, dan menjadi tular selepas rakaman video menunjukkan suspek dikejar orang ramai.

Menurut laporan media tempatan, suspek yang berusia 34 tahun itu pada awalnya menerima perkhidmatan urutan di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian. Selepas selesai, dia menuntut bayaran balik sebanyak 300 baht (RM38) dengan alasan tidak berpuas hati terhadap layanan diterima. Permintaannya bagaimanapun ditolak oleh pekerja kedai kerana mana mungkin bayaran balik diberikan setelah 1 jam perkhidmatan penuh diberikan.

Suspek berjaya ditangkap dengan kerjasama orang awam dan pemandu teksi motosikal (ves oren).

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut dilihat mengambil beberapa sampul derma yang diletakkan di kaunter berhampiran, dipercayai untuk tujuan amal bagi Tokong Wat Tham Pha Thong. Tindakannya disedari oleh pekerja dan orang awam yang segera mengejarnya di sepanjang jalan utama Pattaya Beach Road.

Beberapa pemandu teksi motosikal (tuk tuk) turut membantu dalam usaha mengejar suspek sebelum berjaya menahannya tidak jauh dari lokasi kejadian. Polis Pattaya yang tiba di tempat kejadian kemudian menemui sampul derma di dalam beg milik suspek sebelum membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Suspek dikepung oleh para pemandu teksi motosikal sebelum berjaya ditangkap di jalan utama.

Menurut kenyataan pihak polis, suspek kini dalam tahanan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dia terlibat dalam kejadian lain di sekitar kawasan tersebut. Kes ini menarik perhatian ramai penduduk tempatan serta pelancong yang mengecam perbuatan tidak menghormati tempat ibadat dan budaya Thai.

Beberapa sampul derma berisi tunai yang dirampas daripada suspek.

Pihak berkuasa Pattaya turut menegaskan bahawa sebarang bentuk penyelewengan terhadap harta tokong dianggap serius di bawah undang-undang Thailand dan boleh dikenakan hukuman berat termasuk penjara.

P/S: mungkin dia ingat sampul tu dah dijanjikan untuk dia 3000 tahun yang lalu…

Sumber: RoyaNews

Views: 74

Iklan Newspaper Inline

“PETRONAS ni tak reti serik ke duk melabur di negara rusuhan?”

1

Kes kapal tinjauan laut kononnya milik PETRONAS di Indonesia 2-3 hari lalu saya ada tengok Live dari sana. Malas nak tulis sebab rasa remeh sangat.

Kapal yang dikepung tu, bukan kapal PETRONAS. Ia adalah kapal tempatan. Milik vendor tempatan, dinaiki awak-awak kapal tempatan. Nama kapal PROSPERO 9. Entah macam mana boleh jadi kapal PETRONAS. Mungkin di tengah laut kita jadi susah nak baca?

Puncanya, penduduk tempatan buat bantahan berkumpulan bersama 3 daerah minta gantirugi jala rosak dan kerosakan laut yang licin dibom sehingga tiada terumbu karang dan populasi ikan pupus untuk nelayan.

Apa yang peliknya?

PETRONAS bekerjasama dengan syarikat penerokaan gas Indonesia, SKK Migas baru awal tahun ini saja. Tapi mereka ni buat tunjuk perasaan minta gantirugi daripada PETRONAS kononnya PETRONAS dah puluh tahun teroka gas di Indonesia. Dia lupa agaknya tahun 2021 dulu PETRONAS dah lama keluar Indonesia sebab banyak insiden stesen PETRONAS diserang. Puncanya? Tarian Pandet, popia dan batik.

Proses survey gas tidak menggunakan bahan letupan pun. Mereka cuma guna kabel dan gelombang saja. Walaupun ada jenis tinjauan seismik menggunakan bunyi yang kuat, untuk menyalahkan PETRONAS sebagai punca kerosakan “berpuluh tahun” sangat tak tepat.

Kerosakan laut di Pantura disebabkan oleh sisa domestik dan industri tempatan mereka yang disalurkan terus ke laut. Hakisan tanah juga sudah sekian lama berlaku. (Betahita, 2024). Perkara sama juga diberitakan oleh BBC Indonesia.

Baca: ‘Ekosida’ di Pantura: Pengembangan industri ancam pesisir utara Jawa makin cepat tenggelam – ‘Banjir sudah puluhan tahun, ini pembiaran sistematis’

NAMUN!!!

PETRONAS tetap berbesar hati bayar gantirugi nelayan walau sebenarnya kalau nak diikutkan, bukan salah PETRONAS pun. PETRONAS telah membayar pampasan kepada syarikat tempatan, PT Elnusa.

Masalah sekarang, PT Elnusa tak bayar kepada nelayan. Ketua demontrasi pula berkata, mustahil pihak berkepentingan tempatan menipu kerana pihak berkuasa mereka sentiasa jujur dan membantu penduduk.

Tapi, tapi, tapi, tapi… PT Elnusa memang banyak kali terkait kes korupsi dan penyelewengan dana.

Setakat ini, PETRONAS sudahpun membayar gantirugi 4,000 orang nelayan. Yang selebihnya, menurut PETRONAS adalah tanggungjawab PT Elnusa sebagai syarikat penerokaan minyak Indonesia. PETRONAS hanya rakan kongsi, bukan pemilik projek.

Kepada PETRONAS, sudah-sudahlah masuk melabur negara kuat merusuh ni. Tak kan nak biar pisang berbuah 5 kali? Dengan kewangan PETRONAS yang tak menentu, buat apa nak masuk melabur di negara korupsi petroleum terbesar dunia ni?

Views: 29

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu LDAC? Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Hi-Res

0

Selama ini, ramai yang menganggap audio Bluetooth sekadar ‘cukup-cukup’ — asalkan bunyi keluar, itu sudah memadai. Namun bagi peminat audio tegar, kompresi yang dialami ketika menghantar muzik melalui Bluetooth sering dianggap musuh utama kepada kualiti bunyi sebenar. Di sinilah codec LDAC ciptaan Sony muncul sebagai penyelamat — membawa kualiti bunyi Hi-Res menerusi sambungan tanpa wayar.

Apa Itu LDAC?

LDAC ialah codec audio Bluetooth yang dibangunkan oleh Sony untuk menghantar audio Hi-Res (hingga 24-bit/96 kHz) dengan kadar penghantaran data yang jauh lebih tinggi daripada codec standard seperti SBC atau AAC. Dengan bitrate sehingga 990 kbps, LDAC membolehkan lebih banyak maklumat audio dikekalkan ketika penghantaran — menjadikan hasilnya hampir sama dengan fail muzik asal.

Secara mudahnya, LDAC cuba mengekalkan keseimbangan antara ketepatan audio dan kestabilan sambungan dengan menawarkan tiga mod bitrate:

  • 990 kbps (kualiti tertinggi)
  • 660 kbps (seimbang)
  • 330 kbps (mod stabil)

Telefon dan fon kepala akan bertukar mod secara automatik bergantung pada kekuatan sambungan Bluetooth dan gangguan persekitaran.

Bagaimana Ia Berfungsi?

LDAC menggunakan algoritma pemampatan cekap yang menyimpan lebih banyak maklumat audio tanpa kehilangan ketara berbanding codec lain. Ia dihantar melalui sambungan Bluetooth A2DP, menggunakan profil audio berasaskan SBC yang diperluas. Kelebihannya — walaupun sambungan tidak sempurna, LDAC tetap mengekalkan kualiti audio yang jauh lebih baik berbanding SBC atau AAC.

Selain itu, LDAC turut menyokong adaptive bitrate, yang membolehkan sistem menukar kadar aliran data secara dinamik bagi mengelak gangguan bunyi seperti terputus-putus ketika isyarat lemah.

Kelebihan LDAC

  • Kualiti Hi-Res (hingga 24-bit/96 kHz) – Memberi pengalaman mendengar muzik setanding format FLAC atau WAV berkualiti tinggi.
  • Tiga mod bitrate fleksibel (990/660/330 kbps) – Boleh diubah mengikut keadaan sambungan.
  • Keserasian Luas – Menjadi sebahagian daripada Android sejak Android 8.0 Oreo, menjadikannya codec Hi-Res paling mudah diakses.
  • Pengalaman muzik lebih semula jadi – Dengan resolusi tinggi dan dinamika luas, LDAC mengekalkan keaslian bunyi instrumen dan vokal.

Apa Syarat Untuk Guna?

Untuk menikmati LDAC, anda perlukan:

  • Telefon pintar atau sumber audio yang menyokong LDAC (kebanyakan telefon Android moden seperti Sony, Samsung, dan Pixel menyokongnya secara natif).
  • Fon kepala atau fon telinga yang turut mempunyai sokongan LDAC.

Jika salah satu peranti tidak menyokong LDAC, sambungan akan automatik jatuh ke codec lain seperti AAC atau SBC, bergantung pada keutamaan sistem.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

LDAC vs aptX Lossless

Walaupun LDAC mampu mencapai 990 kbps dengan resolusi tinggi (hingga 24-bit/96 kHz), ia masih menggunakan pemampatan lossy ringan, tidak seperti aptX Lossless yang direka untuk audio CD-quality tanpa kehilangan data (16-bit/44.1 kHz). Namun, LDAC menawarkan resolusi lebih tinggi, menjadikannya pilihan utama untuk pendengar Hi-Res audio.

CiriLDACaptX Lossless
Kualiti audioHingga 24-bit/96 kHz16-bit/44.1 kHz
Kadar BitHingga 990 kbpsHingga 1 Mbps
Jenis PemampatanLossy ringanLossless (bit-perfect)
Platform utamaAndroid, SonySnapdragon Sound (Qualcomm)
KeserasianLuas (Android 8.0 ke atas)Terhad (Snapdragon 8 Gen 1 ke atas)

Konklusi

LDAC ialah bukti bahawa audio tanpa wayar tidak semestinya kompromi dengan kualiti. Dengan bitrate tinggi, resolusi 24-bit/96 kHz, dan keserasian meluas di peranti Android, LDAC menjadi pilihan utama untuk mereka yang mahu menikmati muzik Hi-Res tanpa kabel.

Sama ada anda mendengar muzik streaming FLAC di telefon atau fail lossless tempatan, LDAC mampu memberi pengalaman bunyi yang halus, dinamik, dan dekat dengan apa yang dihasilkan di studio — menjadikannya salah satu codec Bluetooth terbaik pada masa kini.

Views: 87

Iklan Newspaper Inline

China Dakwa Berjaya Halau dan Ugut 2 Jet Pejuang Asing di Sempadannya

0

Tak Ada Angin, Tak Ada Ribut: Tiba-tiba China Dakwa Jet J-16 Keluarannya Berjaya Halau Dua Jet Stealth Misteri Negara Asing

China sekali lagi cuba buktikan mereka bukan sekadar kuasa ekonomi, tapi juga jaguh di langit. Minggu ini, laporan dari South China Morning Post (SCMP) mendedahkan satu kisah yang kedengaran seperti babak filem Top Gun Made in Beijing.

Seorang juruterbang tentera China bernama Li Chao mendakwa jet tempur J-16 milik Tentera Udara Pembebasan Rakyat (PLA) berjaya mengunci sasaran dan menghalau dua pesawat halimunan (stealth) asing semasa latihan udara tahun lalu. Katanya, dua pesawat misteri itu datang dengan niat memprovokasi dan cuba mendekati ruang udara mereka.

Li Chao mendakwa beliau melakukan aksi gila, termasuk barrel roll dan penerbangan terbalik di atas pesawat musuh, dengan jarak antara dua jet hanya 10 hingga 15 meter. Menurutnya, selepas kendalian berisiko itu, dua jet stealth terbabit berpatah balik dan keluar dari kawasan udara China.

Pesawat pejuang Shenyang J-16 kebanggaan China. Buatan tempatan.

Nak tambah sedap cerita, China dakwa semenjak dari pertembungan itu, tiada lagi jet stealth dari negara berkenaan mendekati ruang udara China.

Dengar macam hebat, tapi di sinilah persoalan bermula. SCMP melaporkan bahawa tiada maklumat tentang negara asal pesawat stealth tersebut, malah model pesawat pun tidak dinyatakan. Dalam dunia ketenteraan, kekurangan maklumat seperti ini sering menimbulkan tanda tanya sama ada kejadian itu benar-benar berlaku atau sekadar satu bentuk propaganda untuk menaikkan moral tentera dan rakyat.

Penganalisis antarabangsa menyifatkan laporan seperti ini sebagai sebahagian daripada strategi perang maklumat, di mana setiap kuasa besar mahu menunjukkan kelebihan masing-masing di ruang udara. Lebih-lebih lagi apabila hubungan antara China dan Amerika Syarikat, termasuk sekutunya di Asia Pasifik, masih tegang.

Lockheed Martin F-16, pesawat pejuang paling popular milik AS dengan nombor siri “16” juga. Mungkin jadi inspirasi bagi nama J-16.

Secara teknikal, dakwaan bahawa J-16 boleh mengunci sasaran terhadap pesawat stealth memang sukar dipercayai. Pesawat stealth direka khas supaya tidak dikesan radar, jadi hanya sistem pengesanan inframerah atau pertembungan jarak dekat yang mungkin membolehkan perkara itu berlaku.

B2 spirit bomber. Pesawat pengebom siluman paling popular di dunia kerana bentuknya yang unik. Pernah didakwa sebagai pesawat makhluk asing sebelum kewujudannya diketahui secara rasmi.

Setakat ini, tiada negara lain mengesahkan insiden tersebut, dan tiada bukti rasmi dikeluarkan. Namun kisah ini tetap menarik kerana ia menunjukkan bagaimana peperangan zaman moden tidak lagi hanya bergantung pada peluru berpandu dan jet tempur. Sekarang, perang persepsi dan maklumat sama penting dalam menentukan siapa yang kelihatan lebih kuat di mata dunia.

Kalau benar J-16 berjaya kesan dan halau jet stealth musuh, itu pencapaian besar bagi China. Tapi kalau tidak, ia mungkin hanya satu lagi kisah hebat yang direka untuk membuktikan kuasa langit mereka masih digeruni.

Views: 38

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Pepatung Semakin Banyak di Kawasan Rumah Selepas Kabel Unifi Dipasang?

0

Pernahkah anda perasan, selepas pemasangan kabel TM Unifi di kawasan rumah, pepatung tiba-tiba nampak semakin banyak? Ramai mungkin menganggap ia kebetulan, tetapi sebenarnya ada penjelasan ekologi yang menarik.

Kabel jadi “ranting moden” untuk pepatung

Secara semula jadi, pepatung suka hinggap di ranting kecil, pagar dawai atau apa sahaja yang panjang dan terbuka. Apabila kabel Unifi dipasang, yang panjang, halus, dan melintang tinggi, ia menjadi tempat baru untuk pepatung berehat sambil memerhati mangsa.

Posisi tinggi dan terkena cahaya

Kabel biasanya dipasang di tiang atau tepi bumbung, lebih tinggi berbanding semak atau dahan kecil. Kedudukan ini sangat strategik kerana pepatung dapat pemandangan luas, mudah mengesan serangga kecil seperti nyamuk, dan pada masa sama “berjemur” untuk mengekalkan suhu badan mereka.

Lebih banyak ruang, lebih banyak pepatung

Berbanding ranting pokok yang terhad, kabel memberi ruang hinggap yang panjang dan boleh menampung ramai pepatung sekaligus. Ini mengurangkan perebutan tempat dan meningkatkan peluang mereka membiak. Akibatnya, populasi pepatung di kawasan anda kelihatan bertambah.

Pernah jumpa tak pepatung warna ni?

Kabel sebagai “koridor buatan”

Pepatung juga menggunakan kabel seperti jalan udara. Mereka bergerak dari satu hujung ke hujung lain untuk menguasai kawasan sekitar. Sama seperti burung menggunakan talian elektrik, pepatung menjadikan kabel Unifi sebagai koridor pergerakan mereka.

Kabel Unifi sebagai ganti kemuncup dan lalang sebagai tempat bertenggek

Dulunya, pepatung banyak di kawasan rumah kita kerana ada banyak tumbuhan semulajadi. Pepatung perlu tempat untuk ia bertenggek kerana mencari pemangsa dan menjemur badan. Mereka selalunya akan hinggap di kemuncup ataupun pohon lalang yang sedikit tinggi dan tidak banyak dilalui manusia.

Kini, dengan peningkatan penempatan manusia dan semakin banyak padang rumput diganti dengan lantai konkrit menyebabkan pepatung tiada lagi tempat untuk hinggap dengan selesa. Ya, kita ada kabel elektrik TNB tapi ia terlalu besar dan pepatung dilihat tidak berapa gemar hinggap di sana.

Kabel Unifi yang halus, daripada kotak DP ke rumah yang halus dan tidak mengeluarkan gelombang yang menganggu pepatung dilihat menjadi pilihan utama pepatung untuk hinggap di situ.

Rumput kemuncup. Bila banyak di lapangan, manusia jarang lalu. Jadi pepatung suka hinggap.

Kesimpulannya?

Kabel Unifi bukan sahaja membawa internet berkelajuan tinggi, tetapi juga menyumbang kepada ekosistem dengan cara tidak langsung. Ia menyediakan pepatung infrastruktur moden untuk hinggap, memburu, dan membiak. Lebih banyak pepatung juga bermakna lebih sedikit nyamuk di sekitar rumah anda, satu bonus ekologi yang tidak disangka!

Tahukah anda yang pepatung ini selain daripada cantik berwarna-warni, ia juga membantu kita kawal nyamuk?

Views: 51

Iklan Newspaper Inline

Kewujudan Zionis Kecil di Malaysia Bawa Agenda Subversif dan Semai Api Kebencian Perlu Dibanteras Unit Risikan Malaysia

0

Sejak kebelakangan ini, ada segelintir rakyat Malaysia yang menghina dan memperlekeh usaha Global Sumud Flotilla (GSF), kononnya misi ini hanya menyusahkan kerajaan, mencari populariti, atau semata-mata agenda Melayu-Islam. Malah ada juga yang terang-terangan menyebelahi Israel dengan alasan bahawa Palestin bukan urusan kita. Pandangan seperti ini jelas tersasar daripada realiti sebenar.

Malaysia Konsisten Membantu Tanpa Mengira Agama

Fakta yang ramai lupa, Malaysia bukan hanya membantu Palestin. Negara kita sudah lama terlibat dalam misi kemanusiaan merentasi sempadan agama dan bangsa:

  • Bosnia (1990-an): Tentera Malaysia berkorban jiwa dalam misi pengaman PBB semasa perang Balkan, melindungi etnik Bosnia yang majoritinya Islam, tetapi dalam masa sama turut menyelamatkan mangsa Kristian dan etnik lain.
  • Rohingya: Malaysia antara negara pertama memberi perlindungan besar-besaran kepada pelarian Rohingya walaupun ramai rakyat tempatan mempersoalkan beban sosial.
  • Nepal (2015): Pasukan SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) dihantar selepas gempa bumi besar, menyelamatkan mangsa tanpa mengira agama.
  • Misi berisiko tinggi menyelamatkan warga Malaysia berbangsa cina, india dan bumiputra Sabah Sarawak dari sindiket di Myanmar juga telah banyak kali dibuat. Merentasi kumpulan jenayah antarabangsa dan kumpulan pengganas bersenjata di sana. Walaupun ada di kalangan mereka yang diselamatkan ini sebenarnya mereka yang kalah judi, jadi keldai dadah, berhutang dan bekerja sebagai scammer di sana. Ketua misi penyelamat juga orang berbangsa Melayu yang beragama Islam.
  • Fiji, Papua New Guinea, dan Aceh: Bantuan kemanusiaan juga dihantar selepas bencana alam, semuanya bukan kerana mereka Islam, tetapi kerana mereka manusia. Jadi, jelas sekali Malaysia berprinsip, bukan bersifat pilih kasih.

Palestin Bukan Sekadar Isu Agama, Tetapi Isu Kemanusiaan Global

Mengaitkan Palestin semata-mata dengan agama Islam adalah hujah dangkal. Konflik Palestin adalah isu hak asasi manusia melibatkan penindasan, pengusiran, rampasan tanah, sekatan perubatan, dan pembunuhan orang awam.

Amnesty International, Human Rights Watch, bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berkali-kali melabelkan dasar Israel sebagai apartheid moden. Apabila Malaysia bersuara, ia bukan kerana sentimen agama, tetapi kerana Malaysia menolak kezaliman, sama seperti pendirian kita terhadap apartheid di Afrika Selatan dahulu.

Bagaimana mungkin hampir seluruh dunia Eropah, NGO antarabangsa, persatuan wartawan antarabangsa, Doctors Without Borders, Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) semuanya mengatakan penjajahan Gaza melanggar semua undang-undang dan keadilan tetapi ada lagi suara-suara sumbang di Malaysia yang masih terang-terangan berbangga menyokong Israel?

Kenapa hanya orang Islam saja yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia sedangkan negara-negara Kristian dan Liberal dari seluruh dunia dipenuhi dengan sukarelawan dari pelbagai anutan dan budaya?

Senator Ireland sendiri pun menyertai rombongan kapal GSF. Adakah Senator Ireland dan Gretta Thunberg juga seorang Islam?

Hipokrasi Segelintir Pengkritik

Ironinya, apabila Malaysia hantar bantuan ke Nepal, Aceh, atau Fiji, orang Melayu-Islam tidak pernah pula menghina usaha itu sebagai agenda agama lain. Kenapa bila giliran Palestin, tiba-tiba ada suara keji yang mengutuk dan menghina? Malahan, orang Melayu-Islam siap berbesar hati ikut turut serta jadi sukarelawan ke misi bantuan walau bukan ke negara Islam dan menyelamatkan mangsa yang bukan beragama Islam.

Kalau benar konsisten, mereka sepatutnya mengkritik semua misi kemanusiaan, bukan hanya Palestin. Hakikatnya, kritik sebegini lahir daripada sikap prejudis dalaman, bukan daripada hujah rasional.

Lebih melucukan, para penghina GSF ini tak ada pendirian langsung pun. Apabila isu melibatkan AS, meraka kutuk kerajaan kononnya mereka penyokong China dan berkiblatkan China. Chinalah negara kuasa besar dan pintar di pentas geopolitik global. Walhal, China sendiri pun banyak kali ‘sound tegak’ Israel depan-depan dalam setiap pertemuan. Bila bab GSF, eh pro AS (Israel) pula?

Paling tak boleh terima, banyak komen-komen rakyat Malaysia di portal berbahasa inggeris seperti di NST, SAYS, MalaysiaKini dan banyak lagi yang mengatakan rombongan GSF ini sebenarnya rombongan pengganas yang membawa senjata untuk Hamas?! Dari mana naratif ini datang?!

Antara komen pedas seorang profesor China kepada wakil Israel adalah “facts are not decided by you” (lebih kurang). Video ini dirakam ketika wakil kerajaan Israel cuba berdebat dengan seorang saintis politik China di sebuah konferen.

Malaysia Akan Terus Teguh

Malaysia tidak akan goyah dengan suara-suara sinis. Kita berdiri atas prinsip bahawa nyawa manusia tidak ternilai, dan keadilan mesti ditegakkan walaupun jauh dari tanah air kita. Palestin tetap isu bersama dunia, bukan isu eksklusif Melayu atau Islam.

Janganlah lupa diri dengan jasa kerajaan Malaysia. Ingat, Malaysia satu-satunya negara yang boleh masuk ke Ukraine ketika mereka masih lagi berperang dengan Russia untuk mengeluarkan mayat mangsa MH17 yang mana hampir majoritinya bukan Melayu-Islam. Ini semua kerana Ukraine dan Russia sendiri ‘segan’ dengan Malaysia, sebuah negara Islam yang kecil, tapi sangat aktif dan sering menghulurkan bantuan misi kemanusian di peringkat global walau di kawasan berisiko tinggi.

Zi0nist kecil ni, apa saja yang orang Melayu-Islam buat, semuanya tak kena. Yang Islam sendiri pun, ada lagi yang bebal mengatakan GSF ini hanyalah wayang PMX untuk jadi hero. Itulah pentingnya pendidikan. Biar tahu apa itu ‘Global’ dalam Global Sumud Flotilla. Barulah otak tak dipenuhi tahi politik kedunguan.

Bila didedahkan identiti, tahu pula menggelupur padam komen, tutup akaun media sosial. Ramai juga tak sangka teman sepejabat yang selalu bertepuk bertampar, makan sama-sama rupanya seorang yang maha rasis dan penuh kebencian terhadap apa sahaja yang berkaitan Islam. Ada juga yang miliki perniagaaan yang mana pelanggan mereka majoritinya orang Islam juga. Dasar!

Views: 18

Iklan Newspaper Inline