Friday, 7 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 10

PRISM+ Malaysia Melancarkan Luna Eco & Penapis Udara Siri Nexa

0

• Luna Eco ialah penyaman udara inverter pertama PRISM+, menawarkan penyejukan pintar jimat tenaga dari serendah RM899
• PRISM+ menawarkan salah satu jaminan terpanjang di pasaran—sehingga 7 tahun
• Siri Nexa Smart Air Purifier turut diperkenalkan untuk menjadikan udara bersih lebih mudah diakses semua

Kuala Lumpur, 24 Julai 2025 PRISM+, jenama elektronik pengguna dan peralatan rumah yang paling pesat berkembang di Malaysia, mengumumkan perluasan rangkaian peralatan rumah dengan pelancaran dua produk baharu: PRISM+ Luna Eco, penyaman udara inverter pintar pertama jenama ini, dan siri penapis udara PRISM+ Nexa yang moden dan berkecekapan tinggi.


🌬️ PRISM+ Luna Eco: Penyejukan Pintar, Efisien dan Berbaloi

Didatangkan dalam tiga model—1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP—Luna Eco menawarkan kapasiti penyejukan sehingga 18,000 BTU/h dengan kompresor berkelajuan boleh ubah, menjamin suhu konsisten serta penggunaan tenaga lebih rendah berbanding unit bukan inverter.

Ia mendapat penarafan 4-Bintang kecekapan tenaga dan menggunakan refrigeran R32 yang mesra alam. Bermula dari hanya RM899, ia menawarkan prestasi inverter premium pada harga lebih rendah dari jenama tradisional.

ModelHPKapasiti PenyejukanLiputan DisyorkanHarga Pelancaran
Luna Eco 1.0HP1.09,500 BTU/h16 sqmRM899
Luna Eco 1.5HP1.512,000 BTU/h23 sqmRM999
Luna Eco 2.0HP2.018,000 BTU/h40 sqmRM1,499

🔧 Ciri-Ciri Utama dan Integrasi Pintar

Luna Eco hadir dengan pelbagai ciri moden:

  • Aliran Udara 4-Arah: Penyejukan konsisten dengan gerakan mendatar dan menegak
  • Penapis Udara Revolusioner: Lapisan penapisan termasuk Karbon Aktif, Anion, Vitamin C dan Catechin
  • Fungsi Anti-Kulat: Menghapus kelembapan berlebihan untuk elak pertumbuhan kulat, sesuai dengan iklim lembap Malaysia
  • Ekosistem PRISM+ Connect: Kawal dan automasi penyejukan melalui aplikasi
  • Refrigeran R32 Mesra Alam: Efisien dan kurang impak terhadap alam sekitar

Pemasangan disediakan sebagai tambahan berharga RM349. Untuk jaminan, pengguna boleh nikmati:

  • 3 tahun (unit penyejuk kipas, termasuk upah dan pengangkutan)
  • 7 tahun (kompresor sahaja)
  • Jaminan penuh 7 tahun untuk pelanggan yang melakukan servis suku tahunan bersama PRISM+

🌱 Siri PRISM+ Nexa: Penapis Udara Pintar dan Kompak

Siri Nexa hadir dalam dua model: Nexa dan Nexa Pro, dengan reka bentuk moden dan kompak serta penapisan berbilang peringkat dan pensterilan UV. Dilengkapi pemegang terbina untuk mobiliti mudah dan harga pra-pesanan bermula dari RM279.

Ciri Pintar melalui PRISM+ Connect:

  • Sensor Kualiti Udara Masa Nyata (PM2.5)
  • Rutin Pintar (berdasarkan waktu, lokasi atau perubahan kualiti udara)
  • Statistik Penggunaan dan Prestasi
  • Kawalan Jauh dan Penjadualan
  • Lock Kanak-Kanak dan Mod Senyap
ModelLiputan DisyorkanSistem PenapisSaizWarnaHarga Pra-Pesanan
Nexa30 sqmPenapis Awal + H13 HEPA + Karbon Butiran + Pensterilan UV230 x 230 x 360 mmPutih Artik, Biru Navy, Hitam SatinRM279
Nexa Pro44 sqmPenapis Awal + Penapis H13 HEPA Lebih Besar + Karbon Butiran + Pensterilan UV265 x 265 x 470 mmPutih Artik, Hitam SatinRM429

Kedua-dua model dilindungi jaminan 1 tahun.


Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia berkata:
“Di PRISM+, kami percaya kehidupan pintar harus praktikal, boleh diharap dan mampu dimiliki. Luna Eco membawa penyejukan pintar ke lebih banyak rumah dengan harga berpatutan. Nexa membantu rakyat Malaysia bernafas lebih mudah, terutamanya semasa musim jerebu. Kedua-dua produk ini menunjukkan komitmen kami untuk membina rumah yang lebih pintar dan sihat, tanpa kompromi nilai.”

Tarikh Pelancaran: 24 Julai, 8 malam
Platform Eksklusif: Shopee & laman web rasmi PRISM+

Maklumat lanjut di: https://prismplus.my


Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Realme 14 5G: Peranti Permainan Mantap Bawah RM1300!

0

Saya memang sudah berhasrat hendak meninggalkan HyperOS, maka setelah menyambar OPPO Reno 14 Pro, apa yang tinggal untuk mencari peranti sandaran, ia perlulah menggunakan ‘custom skin’ selain ‘made by Xiaomi’ itu.

Setelah mempertimbangkan berbagai peranti, akhirnya realme 14 menjadi pilihan. Kenapa?

Jika hendak menggunakan peranti dengan kamera yang berkebolehan, Reno14 Pro sudah ada. Tetapi bagi peranti bajet seperti realme 14, ia sudah lebih daripada cukup untuk pelbagai jenis keperluan lain. Apa pun mari kita tengok apa ada dalam kotak.

Apa ada dalam kotak:

realme 14 5G
Buku panduan/Lain-lain dokumentasi
Penyesuai 45W
Kabel pengecas USB-C
Ejektor kad SIM

Peranti Permainan? Prestasinya Bagaimana?

Seperti siaran akhbar yang telah diterbitkan sebelum ini, realme 14 5G telah dijadikan sebagai telefon permainan rasmi bagi Kejohanan MLBB MSL Musim 5. Ini bererti ia cukup ‘ampuh’ – untuk memainkan permainan tersebut, atau lain-lain permainan yang setara dengannya.

Meskipun saya bukan pemain tegar (harcore gamer), tetapi ada beberapa permainan yang saya mainkan. Antaranya Diablo Immortal dan Wuthering Waves.

realme 14 5G membuktikan dirinya sebagai ‘Gaming Dominator’ mid‑range dengan kombinasi cip Snapdragon 6 Gen 4 (realme siri 14 menggunakan cip ini terawal di dunia), sistem penyejukan Bionic Cooling 6050mm2 yang unggul, dan bateri Titan 6,000 mAh beserta pengecasan pantas 45W.

Sama ada anda pencinta Diablo Immortal atau menjelajah dunia Wuthering Waves, telefon ini menjanjikan pengalaman gaming tanpa kompromi – lancar, sejuk dan berpanjangan. Dengan ciri tambahan seperti IP69/68/66, 50 MP OIS AI Camera dan realme UI 6.0, realme 14 5G bukan sekadar telefon permainan, tetapi satu pakej lengkap untuk gaya hidup digital.

Ah, abaikan saja ayat promo. Kalau ditanya pendapat peribadi, saya sukakan realme 14 ini kerana beberapa perkara – antaranya ialah realme UI 6.0.

Jika anda sudah terbiasa menggunakan peranti dari OPPO atau OnePlus (sebelum ini saya pernah menggunakan OnePlus 10 Pro), maka anda akan tahu bahawa ColorOS = OxygenOS = realme UI. Ini juga bermaksud kebanyakan ciri yang ada pada ColorOS akan ‘dibawa masuk’ secara natif ke dalam realme UI.

Kamera OK Ke?

Telefon permainan kebiasaannya tidak menumpu kepada kamera, dan realme 14 5G tidak terkecuali. Ia hanya mempunyai satu sahaja kamera beresolusi 50MP di belakang, dilengkapi dengan OIS dan AI, manakala di depan pula 16MP.

Perlukah saya ulas panjang tentang kameranya? Tak perlu kot. Cukuplah sekadar beberapa sampel gambar untuk anda tatap dan buat penilaian sendiri.

Pembesar Suara

Ada sesetengah peranti dalam julat harga yang lebih kurang sama masih menggunakan pembesar suara mono, tetapi dengan realme 14, anda akan mendapat pembesar suara stereo.

Boleh tahan kuat juga kelantangan audionya. Jika anda naikkan kadar volume sehingga habis, ia akan menunjukkan ‘300%’ – yang bererti anda sedang mendengar audio pada kekuatan ultra-maksimum.

Ia tidak sekuat atau mempunyai dentuman bass seperti OPPO Reno14 Pro, tetapi jauh lebih baik berbanding peranti setara harga dengannya.

Bateri

Dengan bateri berkapasiti 6000mAh, anda tidak perlu bimbang lagi tentang power bank. Saya sudah cuba habiskan kuasa baterinya. Selepas sehari suntuk penggunaan pun, masih belum mampu capai 0%.

Caj di awal pagi, di waktu petang masih banyak berbaki. Snapdragon 6 Gen 4 meskipun bukan bertaraf perdana, ia nampaknya mampu menguruskan penggunaan kuasa bateri dengan sangat baik.

Snapdragon 6 Gen 4

Secara umum, prestasi bagi cip ini melepasi ‘sekadar midrange’ yang biasa kita lihat. Jika tidak, tak mungkin peranti ini menjadi pilihan sebagai peranti permainan rasmi MLBB. Cuma ia tidaklah begitu serba boleh seperti cip Dimensity 8450 yang ada pada OPPO Reno14 Pro mahupun Dimensity 9200+ pada Xiaomi 13T Pro.

Ia masih mampu memainkan Wuthering Waves dengan lancar (tinggal lagi, saya terlupa hendak lihat tetapan grafiknya. Nantilah kalau rajin saya semak dan kemas kini semula artikel ini).

Snapdragon 6 Series tidak lagi hanya cip yang digunakan untuk memenuhi peranti dalam segmen pertengahan mahupun ‘entry level‘. Kini ia sudah mula secara perlahan-lahan dipertingkatkan lagi prestasinya hingga mampu memainkan permainan dengan grafik mantap. Setakat lag sana sikit, sini sikit sewaktu bermain – itu biasalah. You get what you paid for.

Realme UI 6.0

Anda juga patut tahu, bahawa ‘realme UI’ hanyalah sedikit iterasi dari ColorOS dan turunan dari OxygenOS yang kemudiannya diubahsuai beberapa peratus dengan ciri ‘realme’, lalu terjadilah realme UI.

Disebabkan itu juga ia sangat lancar (smooth), kurang micro jitters (tidak seperti HyperOS) dan punyai pelbagai ciri AI yang begitu membantu serta ‘menghiburkan’.

Saya sudah terbiasa menggunakan OxygenOS pada OnePlus 10 Pro, yang kemudiannya beralih kepada ColorOS pada OPPO Reno14 Pro. Bila menggunakan realme UI, sememangnya tidak begitu terasa ada apa-apa perbezaan yang ketara. Bolehlah dikatakan ia berkumpul bersama di dalam satu ‘ekosistem’ – sistem operasi dari OPPO – ColorOS.

Konklusi

Untuk harga bawah RM1300, realme 14 5G meski tidak sempurna, tetapi lebih daripada cukup untuk marhaen memiliki sebuah peranti yang mampu memainkan permainan dengan grafik tinggi tanpa mengorbankan wang dalam dompet.. atau poket.

Mungkin ada peranti dari jenama lain seperti Infinix yang turut menawarkan peranti permainan dalam julat harga lebih kurang sama, tetapi dengan realme anda akan mendapat jaminan kemas kini yang lebih baik kerana.. well.. it’s realme.

Batery berkapasiti besar menjamin aktiviti seharian tidak akan tergendala apabila ia tidak lagi habis dengan pantas, dan anda tidak lagi akan menghadapi ‘battery anxiety’. Saiznya pun bersaiz ‘biasa’, 6.67 inci. Tidak terlalu besar, dan tidak terlalu kecil. Sederhana, serta sesuai apabila bermain sesuatu permainan.

Kalau pun ada sesuatu yang negatif, saya cuma mengharap kelajuan pengecasannya lebih daripada 45W. Bila dah terbiasa menggunakan Xiaomi 13T Pro dengan 120W, dan OPPO Reno14 Pro dengan 80W, kelajuan 45W dirasakan seperti.. agak ‘meh’, tambah pula baterinya yang gadang.

Juga kameranya yang hanya ada satu – tanpa kehadiran kamera ultra lebar mahupun zum. Paling ‘tak tahan’, lensa makro 2MP yang biasanya diletakkan pada peranti pertengahan, tiada pula kali ini. Kelakar juga. Apa pun, seperti yang dinyatakan, ini ialah telefon permainan, dan ia difokuskan benar-benar ke arah kepermainan. Jika anda mahukan perkara lain, maka anda perlulah mencari telefon pintar dalam niche yang tersebut.

Anda boleh dapatkan realme 14 5G di:

Shopee: https://s.shopee.com.my/9pTaAIyYnW

Lazada: https://s.lazada.com.my/s.rFIVx

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

OPPO Reno14 Pro: Harga Midrange, Kualiti Flagship!

0

Sekian lama juga saya berkira-kira nak gantikan Xiaomi 13T Pro yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda menyakitkan hati walaupun ‘baru’ digunakan lebih kurang setahun setengah (atau lebih sedikit daripada itu).

Pelbagai ulasan saya ikuti, pelbagai artikel saya buka dan baca. Setelah puas membelek, meramas info dan menelaah spesifikasi, saya rumuskan beberapa peranti perdana/mercu atau bahasa Inggerisnya kita panggil sebagai ‘flagship’ sesuai dijadikan sebagai peranti naik taraf.

Namun malangnya bajet yang saya ada hanya sekitar RM2500 hingga RM2600 sahaja. Maka pilihan yang tinggal menjadi tidak beberapa banyak kerana jika ‘diselak’ peranti bawah daripada julat harga ini, maka ia akan menjadi peranti ‘terlebih bajet’ a.k.a telefon ‘entry level’.

Selera kita kena tinggi juga sudagha.

Pada awalan akal fikiran menelusuri kepelbagaian peranti perdana yang penuh nikmat, saya meletakkan beberapa peranti dalam senarai pendek. Antaranya OPPO Find X8 Pro, vivo X200 Pro, OnePlus 13, Honor Magic7 Pro, dan Xiaomi 15 Pro. Tetapi setelah melihat harga-harga yang melebihi bajet sedia ada, maka saya menyenarai pendek beberapa peranti dengan spesifikasi ala-flagship tetapi masih dalam julat harga mampu milik.

Antara telefon yang menjadi sasaran ialah vivo X200 FE, OPPO Reno14 Pro, dan Xiaomi 14T Pro. Disebabkan saya telah menggunakan Xiaomi 13T Pro dan melihat sendiri bagaimana bobrok dan rontoknya jadual kemas kini firmware oleh Xiaomi, maka dengan itu secara tidak langsung 14T Pro digugurkan.

Saya pergi mencuba sendiri kedua vivo serta OPPO di kedai, dan apabila membuat pertimbangan, saya memilih untuk membeli OPPO Reno14 Pro kerana lensa ultra lebarnya yang lebih ‘superior’ berbanding vivo X200 FE. Dengan baucar diskaun di Lazada, dapat juga saya menyambar peranti idaman dengan harga yang berada dalam lingkungan (bajet).

Panjang lebar bukan intro? Jom tengok apa ada dalam kotak.

Dalam kotak:

OPPO Reno14 Pro
Penyesuai 80W
Kabel USB-C
Ejector Kad SIM
Pelbagai kertas yang orang tak baca

Dalam kotak hadiah dari OPPO:

Bekas (case) siri Reno
Power bank 5000mAh
Ring-amende-ntah (sesiapa yang tahu namanya boleh tolong komen).

Beberapa Minggu Setelah Menggunakannya

Saya akui, ColorOS ialah satu ‘custom skin’ yang sangat terarah ke depan (advanced) berbanding HyperOS. Percayakah anda, setelah sekian lama, HyperOS versi terkini pun masih belum ada ciri double tap to lock? Ini sangatlah mendukacitakan, dan sangat menjengkelkan diri.

Dengan ColorOS, ciri seperti ini telah pun terbina dalaman. Tidak perlu lagi tercari-cari, kerana ia ada dalam tetapan launcher.

Baru satu – kalau nak disebutkan tentang pelbagai lagi ciri ColorOS yang saya suka rasanya penuh ulasan ini dengan ciri-cirinya saja. Cukup sekadar saya katakan ia adalah satu custom skin atau firmware yang saya akan jadikan sebagai pilihan.

Prestasi/Performa (sedap bahasa Indo ni. Hehe)

Saya rasa setelah menggunakannya selama lebih kurang 2 minggu (kalau tak silaplah), tiada apa-apa kekurangan pun yang saya dapati pada Reno14 Pro ini.

Ia merupakan peranti pertama dalam dunia menggunakan chipset Dimensity 8450, yang mana jika dilihat pada skor AnTuTu meskipun tidaklah melepasi angka 2 juta, tetapi masih tetap melebihi prestasi Dimensity 9200+ yang digunakan pada Xioami 13T Pro saya – yang pada ketika ia dilancarkan, ia dilabel sebagai chipset perdana.

Oleh kerana itu, boleh dikatakan apa jua permainan yang anda mainkan padanya, tiada masalah dari segi grafik dan kepermainan. Tetapi bukan itu sahaja, prestasi rangkaian juga amat memuaskan kerana sepanjang menggunakannya, saya belum pernah lagi melihat lambang ‘4G’ di atas status bar kerana ia sentiasa berada dalam rangkaian 5G – sesuatu yang amat jarang saya dapat lihat pada 13T Pro.

Bateri

Peranti ini juga amat hemat penggunaan kuasa bateri. Tak pasti ‘magis’ apa yang telah dilakukan oleh OPPO, tetapi gabungan antara ColorOS dan Dimensity 8450 menjadikan penggunakan kuasanya sangat menjimatkan.

Tak payah sembang panjang sangatlah. Tengok pada tangkap layar. Ok, ok, mungkin akan ada yang komen, “Telefon saya boleh dapat lebih lagi.”

Ya, tetapi anda perlu tahu saya datang dari 13T Pro, peranti yang tidak hemat penggunaan kuasa bateri. Saya pun tak beberapa faham kenapa, meskipun ia mempunyai chip khas untuk menguruskan penggunakan kuasa, tetapi nampaknya tetap tidak dapat membantu. Entah. Apa pun, Reno14 Pro membuat saya terkadang lupa hendak membawa power bank. Tiada lagi ‘battery anxiety’ setakat ini.

Kamera

YA, saya beli OPPO Reno14 Pro kerana kameranya. Saya malas nak tulis spesifikasi. Anda boleh cari sendiri. Apa yang boleh saya katakan secara ringkas, ia menggunakan lensa 50MP untuk kamera utama, ultra lebar, zum, dan kamera swafoto.

Saya tak sempat ambil banyak foto ketika keluar rumah, dan saya juga tidak keluar malam (maka tiada sampel untuk gambar di waktu malam). Tapi buat sementara waktu ini, anda bolehlah lihat beberapa sampel yang sempat saya ambil ketika terasa hendak ‘shoot’.

Konklusi

Sejak dua menjak ni saya dah malas nak menulis panjang. Orang bukan baca pun. Jadi, untuk menutup artikel ni, suka untuk saya katakan, semua yang saya buat di sini adalah kerana saya suka dan cintakan dunia teknologi.

Beli peranti dengan duit sendiri, kemudian ulas pula. Tak untung apa pun, tapi saya telah buat juga kerana dalam hati dah minat. Oleh itu, suka untuk saya kongsikan bahawa OPPO Reno14 Pro ini benar-benar berbaloi jika anda sama seperti saya, minat dengan fotografi mobil, dan mahukan peranti yang tahan lama (baterinya).

Kalau nak diikutkan banyak lagi saya hendak kongsi. Tapi rasanya elok anda beli saja dan alami sendiri apa yang saya sudah pun rasai.

Anda boleh sambar secara berjemaah di:

Shopee: https://s.shopee.com.my/9ADtL0P1PQ

Lazada: https://s.lazada.com.my/s.rFqyF?cc

Views: 119

Iklan Newspaper Inline

Edisi Pertama realme Day Tawar Promosi Gempak Serendah RM2.80!

0

Kuala Lumpur, 23 Julai 2025 – realme Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran realme Day, hari istimewa yang diraikan setiap 28 haribulan, menampilkan tawaran eksklusif serta hadiah terpilih buat peminat setia realme. Untuk edisi sulung realme Day 2025, pelanggan berpeluang menikmati promosi Pembelian Bersama (PWP) bermula dari hanya RM2.80!

🗓️ Tempoh Promosi: 26 – 28 Julai 2025 📍 Lokasi: Kedai-kedai realme terpilih di seluruh Malaysia 💰 Syarat: Pembelian telefon pintar atau tablet realme bernilai RM500 ke atas.

🎁 Senarai Item PWP & Harga Istimewa:

ProdukHarga PWP
Pengecas Original realmeRM2.80*
realme Buds T01RM28*
realme Buds Air6RM28*
realme C33RM128*
realme 9RM280*

🏬 Kedai Terlibat (realme Brand Store):

  • Wilayah Tengah: Mid Valley, Sunway Pyramid
  • Wilayah Utara: Amanjaya, Ipoh Parade
  • Wilayah Selatan: Paradigm Mall JB, AEON Bandaraya
  • Malaysia Timur: AEON Mall Kuching Central, Imago Shopping Mall, AEON Mall Kota Bharu

📌 Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat. ✨ Jangan lepaskan peluang ini untuk menghadiahkan teknologi terbaik kepada diri sendiri atau insan tersayang!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Realme 14 5G : Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan MLBB MSL Musim 5

0

Kuala Lumpur, 17 Julai 2025 – realme, jenama telefon pintar yang berkembang pesat di dunia, dengan bangganya mengumumkan bahawa realme 14 5G telah dinamakan sebagai Telefon Permainan Rasmi untuk Mobile Legends: Bang Bang Moonton Student Leader Championship (Kejohanan MSL) Musim 5 pada tahun 2025. Kerjasama strategik ini mengukuhkan sokongan berterusan realme kepada komuniti e-sukan Malaysia dengan memperkasakan generasi baharu pemain dengan alatan yang mereka perlukan untuk berkembang maju.

Memperkasakan pelajar melalui pertandingan, Kejohanan MSL membawa bakat muda Malaysia ke dalam perhatian arena e-sukan. Dengan jumlah hadiah keseluruhan sehingga RM70,000, MSL Musim 5 menjanjikan aksi mendebarkan, kini menjadi lebih menarik dengan kemasukan realme 14 5G, telefon pintar permainan berprestasi tinggi daripada realme 14 Series yang direka untuk permainan kompetitif.

Diuji dan disahkan oleh lebih 100 pemain profesional dan amatur dalam kejohanan MOBA sebelumnya, realme 14 5G telah membuktikan dirinya sebagai teman yang dipercayai untuk pemain mudah alih yang serius. Direka untuk memberikan kelebihan kemenangan, ia mencapai keseimbangan sempurna antara prestasi yang kuat, kejelasan visual, dan ketahanan bateri, aspek penting dalam permainan kejohanan berisiko tinggi.

Pada terasnya adalah cipset Snapdragon® 6 Gen 4 5G pertama di dunia, yang mempunyai skor AnTuTu lebih 760,000 yang mengagumkan, memastikan responsif yang sangat pantas dan permainan yang stabil. Dilengkapi dengan bateri 6,000mAh yang besar, peranti ini menyokong sehingga 10.5 jam permainan berterusan dengan satu cas, memastikan pemain kekal dalam permainan lebih lama dengan masa henti yang minimum.

Untuk mengekalkan prestasi puncak, realme 14 5G menampilkan sistem penyejukan bionik dengan 6050mm² VC dan HyperTherm Graphite, secara berkesan menghilangkan haba walaupun semasa sesi paling intens. Pemain boleh menikmati permainan 120FPS dengan kawalan sentuhan yang sangat responsif yang direka untuk ketepatan yang tiada tandingan. Peranti ini juga memperkenalkan GT Boost, teknologi permainan canggih realme, yang menggunakan peningkatan AI untuk serta-merta meningkatkan prestasi pada pelancaran permainan, memberikan kelajuan tertinggi, setiap masa.

Melalui kerjasama ini, realme mengukuhkan komitmennya untuk menyokong pertumbuhan e-sukan Malaysia dan menyampaikan peranti canggih kepada pemain yang bercita-cita tinggi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Filem Keluang Man Akan Gagal di Pawagam…

0

Keluang Man Bakal Terima Tentangan Hebat dari Ejen Ali Jika ia Mahu Bersaing Dalam Genre Adiwira yang Serius dan Dark

Setelah bertahun menunggu dan berharap, diacah dengan pelbagai poster dan gambaran tak jadi, akhirnya kita bakal menerima naskah agung dari watak adiwira nostalgia tempatan, Keluang Man. Saya sangat gembira apabila dapat tahu ia akan dihasilkan di bawah label Astro SHAW. Kerana jika melihat dari rekod-rekod lama, keluaran Astro SHAW sememangnya unik dan lain. Malahan, boleh dikatakan berseni.

Akan tetapi, mampukan Keluang Man berjaya menambat hati penonton dan berjaya di pawagam? Persoalan ini timbul dalam kepala saya sejak dari zaman poster Keluang Man hitam yang tak jadi tempoh hari lagi. Tambahan pula, topik-topik yang dibuka oleh para peminat Keluang Man yang kononnya nak menyamakan Keluang Man dengan Batman. Nak filem Keluang Man yang serius.

Saya bukanlah nak jadi ‘heater‘, tapi kita kena akui fanbase Keluang Man tidaklah besar mana. Generasi baru boleh dikatakan tak kenal watak ini dan lebih terdedah dengan adiwira asing dari Marvel dan DC. Yang mengaku peminat ini pun, hanyalah generasi boomer dan gen Y yang berpaut pada nostalgia, bukan ceritanya.

Keluang Man dalam siri animasi aslinya bagi saya tidak ada plot yang begitu kemas. Ia penceritaan yang ringkas dengan beberapa ‘retcon’ yang agak cetek. Sebab itu bila para peminat mahukan filem Keluang Man ala Dark Knight, saya tak rasa ia akan berjaya. Dan ya, ia tidak menjadi ketika itu.

Kali pertama usaha untuk membawa siri animasi Keluang Man ini ke layar perak adalah pada tahun 2017. Ketika itu ia bakal diarah pengarah Rizal Halim dan akan diterbitkan oleh Aziz M Osman. Banyak juga gambar acah dan seni konsep yang keluar masa itu tapi kebanyakannya lebih menonjolkan Keluang Man sebagai watak aksi dan gelap persis Dark Knight dengan kostum berwarna hitam. Pada tahun 2018, Rizal Halim mengumumkan menarik diri dari projek berkenaan. Astro SHAW kemudiannya mengumumkan projek Keluang Man pada tahun 2023.

Filem Keluang Man versi Rizal Halim yang tidak menjadi realiti pada tahun 2017

Bila acahan Keluang Man Astro SHAW ini keluar dulu, saya risau juga melihatkan ia cuba mengikut jalan serius dan gelap seperti dimahukan peminat. Tapi, semakin hampir dengan tarikh tayangan, babak-babak jenaka dan slapstick ditunjukkan. Jadi, mungkin resipi filem ini lebih dekat dengan resipi siri animasinya. Kalau ya, ia hampir pasti akan berjaya dan dapat tontonan tinggi.

Keluang Man versi Astro SHAW yang dibawakan oleh pelakon Nas-T

Keluang Man adalah seorang lelaki dengan gangguan jiwa yang kebetulan terjumpa kostum adiwira yang sedang diburu penjenayah. Dia bukanlah seorang pahlawan yang menjadi pembela pada yang tiada upaya. Walaupun tangkas dalam langkah pergerakannya dan menewaskan musuh yang membuat angkara, kebimbangan Inspekstor Sahab sebenarnya ada asasnya.

Pada tarikh tayangan sama, Keluang Man akan bertembung dengan satu lagi filem adiwira tempatan iaitu Ejen Ali. Jika nak dibandingkan dengan babak penceritaan yang lebih aksi dan dark, maaflah. Bagi saya Ejen Ali lebih sinonim dengan plot dan penceritaan yang lebih serius dalam genre ini. Jika Keluang Man versi filem tiba-tiba nak tukar haluan jadi dark juga, saya rasa agak susah sebab tarikh tayangan memang bertembung dengan satu lagi francais yang kuat. Walaupun, promosi filem Keluang Man dari Astro SHAW sangat hebat siap ada kopi dalam tin.

Tak dapat dinafikan, marketing Keluang Man dari Astro SHAW memang all out habis!

Semoga berjaya, Keluang Man . Stay true pada karakter!

Views: 160

Iklan Newspaper Inline

Burkina Faso Baru Saja Merdeka Tapi dah Boleh Buat Kereta Elektrik Sendiri

0

Macam manalah Perancis tak meroyan dengan Burkina Faso. Dia kata Burkina Faso akan mundur bila Perancis diusir keluar, tapi sebaliknya Burkina Faso makin maju!

Presiden Perancis, Emanuel Macron cukup berlagak dan bongkak apabila Burkina Faso bertukar kepimpinan kepada Ibrahim Traroe. Traroe telah mengusir semua syarikat Perancis yang hanya membolot hasil bumi Burkina Faso tanpa membangunkan bangsa, negara, ekonomi dan pendidikan Burkina Faso.

Malahan, punyalah berlagak Macron ni, dia batalkan semua penerbangan Air France yang selama ada hak ekslusif terbang di Burkina Faso dan ada hak ekslusif gunakan ruang udara Burkina Faso. Hak ekslusif yang Perancis sendiri umum. Traroe buat tak tahu dan terus haramkan Air France daripada bumi dan ruang udara Burkina Faso. Macron ingat Traroe akan call pejabat dia merayu suruh kembali ke Burkina Faso, rupanya Traroe ban terus. Pedih!

Ibrahim Traroe, presiden Burkina Faso

Traroe juga nampaknya buat apa yang beliau cakap dan bukan sekadar mengulang-ulang kata retorik. Traroe siap tolak tawaran Saudi untuk bina 200 masjid besar sebaliknya minta Saudi bangunkan sekolah, kilang dan peluang pekerjaan untuk rakyatnya. Segala hasil bumi diuruskan sendiri oleh kerajaan dan diketuai oleh rakyat tempatan.

Beberapa bulan lalu, Burkina Faso telah mengeluarkan sebuah kenderaan elektrik pertama mereka dengan jenama Itaoua. Setakat ini mereka sudah berjaya mengeluarkan 2 model iaitu Itaoua Native dan Itaoua Sahel. Ini adalah kenderaan elektrik yang 100% direka dan dipasang di Burkina Faso. Ia dilihat satu kejayaan besar di benua Afrika.

ITAOUA NATIVE
ITAOUA SAHEL

Namun, realiti tak seindah fantasi. Itaoua sebenarnya hanyalah rebadge daripada kenderaan China, Dongfeng. Itaoua juga, merupakan syarikat milik jutawan Amerika. Overclaim ini nampaknya lebih kepada gimik politik saja.

Apa pun, bagi saya ini tetap satu kejayaan besar bagi Burkina Faso. Tak kan lah kita nak suruh negara ketiga terus jadi negara maju dalam masa tak sampai 5 tahun siap boleh buat kenderaan elektrik sendiri dari A-Z? Boleh pasang kereta dan buat kilang dalam masa beberapa tahun bertukar kepimpinan dan dasar negara pun dah cukup hebat.

Jangan lupa, kita sendiri dah lebih setengah abad merdeka pun masih lagi taraf negara membangun. Kereta elektrik yang kononnya “buat sendiri” pun rebadge juga siap pakai corak China orizainal di cermin kereta.

[smartslider3 slider=”2″]

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Infinix Melancarkan GT 30 Pro: Suka Gaming? Beli Yang Ini!

0

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2025 Infinix, jenama teknologi yang trendi untuk pengguna muda, secara rasmi mengumumkan GT 30 Pro, model generasi ketiga dalam Siri GT — direka untuk pemain permainan yang menuntut lebih. Sebagai peranti GT pertama yang menawarkan Sistem FPS Penuh Sepanjang Hari yang sebenar dan dilengkapi dengan GT Trigger eksklusif, GT 30 Pro menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan kawalan dalam kategori pertengahan.

Selain permainan, GT 30 Pro menawarkan paparan AMOLED 1.5K 144Hz, cip MediaTek Dimensity 8350 5.5G, pengecasan pantas tanpa wayar dan berwayar, sistem kamera 108MP, dan alat Infinix AI One-Tap terkini — semuanya dibungkus dalam reka bentuk siber-mekanikal futuristik.

“Di Malaysia, permainan mudah alih lebih daripada sekadar hobi – ia adalah gaya hidup,” kata Tommy Xiong, Pengarah Negara Infinix Malaysia. “Di Infinix, kami memahami betapa eratnya permainan dalam kehidupan pengguna kami dan berusaha untuk menyediakan mereka dengan ciri-ciri permainan terbaik pada harga yang berpatutan. GT 30 Pro dibina untuk memperkasakan setiap pemain, dari pemain kasual hingga mereka yang ingin menjadikan impian mereka untuk menjadi pemain profesional menjadi kenyataan, untuk benar-benar Carrrrrry Like A Pro.”

Kuasai Permainan: Edisi GT Gaming Master Membuka Pengalaman FPS Penuh

Infinix GT 30 Pro dilancarkan dengan Edisi Gaming Master, pakej perkakasan yang direka khas untuk meningkatkan prestasi permainan mudah alih melampaui had konvensional. Edisi ini termasuk dua aksesori eksklusif: MagCharge Cooler, kipas pengecasan tanpa wayar magnetik, dan MagCase, bekas struktur yang dioptimumkan secara termal. Bersama-sama, mereka membentuk penyelesaian bersepadu yang meningkatkan penyejukan, kecekapan tenaga, dan ergonomik — direka khusus untuk pemain permainan mudah alih yang kompetitif.

MagCharge Cooler menggunakan reka bentuk magnetik, snap-on dan kawalan voltan pintar untuk memberikan penyejukan 30% lebih cekap. Setelah disambungkan, ia mengaktifkan “Mod Draco” — membolehkan pengecasan tanpa wayar dan penyejukan aktif secara serentak semasa bermain. MagCase, yang dibuat daripada bahan termal generasi seterusnya, meningkatkan pelesapan haba sambil mengekalkan keserasian dengan aksesori magnetik.

Dengan sistem termal komprehensif ini, GT 30 Pro menjadi salah satu peranti dalam kelasnya yang menawarkan pengalaman permainan kadar bingkai tinggi sepanjang hari yang sebenar — termasuk pensijilan 120FPS rasmi untuk permainan peringkat teratas seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Disokong oleh Penyejukan Kebuk Wap Awan 3D Infinix (3DVCC) dan sehingga 24GB RAM lanjutan, pemain menikmati permainan yang lancar tanpa kepanasan berlebihan atau lag.

Dibina untuk Liga Besar: GT 30 Pro Memacu Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim ke-16

Standard prestasi Infinix GT 30 Pro disahkan lagi dengan peranannya sebagai Telefon Pintar Permainan Rasmi Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim ke-16. Dipilih untuk menyokong salah satu kejohanan esports paling kompetitif di rantau ini, GT 30 Pro memenuhi permintaan ketat permainan tahap tinggi — memberikan kelajuan, kestabilan, dan responsif yang dipercayai oleh pemain profesional di pentas Esports MLBB. Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan Infinix di barisan hadapan inovasi permainan mudah alih.

Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Esports Malaysia di MOONTON Games, berkata: “Infinix meningkatkan standard untuk permainan berprestasi tinggi yang mudah diakses dengan GT 30 Pro. Sebagai Telefon Pintar Permainan Rasmi untuk Musim ke-16 MPL Malaysia, GT 30 Pro akan membolehkan lebih ramai pemain mengalami MLBB pada tahap kompetitif — sama ada mereka adalah atlet yang bercita-cita tinggi atau peminat harian. Sangat menarik untuk menyambut teknologi inovatif yang memperkasakan belia kita untuk mempamerkan semangat #PantangMengalah dan membawa esports Malaysia ke tahap seterusnya.”

Kawalan di Hujung Jari Anda: GT Trigger Mendefinisikan Semula Kecekapan Permainan Mudah Alih

GT 30 Pro memperkenalkan GT Trigger, sepasang butang bahu kapasitif yang disepadukan dengan sempurna ke dalam bingkai telefon. Tidak seperti tambahan mekanikal yang besar, pemicu sentuh sensitif ini memberikan input yang tepat, dengan kependaman rendah—ideal untuk menukar gear, mengaktifkan kemahiran, membidik, atau menembak dengan kelajuan tahap profesional. Menyokong persediaan empat dan enam jari, sistem ini bahkan membolehkan menekan lama kedua-dua pemicu untuk melancarkan permainan yang telah ditetapkan dengan segera.

Selain permainan, GT Trigger berfungsi sebagai pintasan produktiviti untuk tindakan seperti mengambil gambar, melancarkan aplikasi, atau mengawal media. Dipasangkan dengan kadar pensampelan sentuh 2160Hz, pelaporan 240Hz, dan sensor gyro enam paksi, peranti ini membolehkan kawalan berasaskan gerakan yang sangat responsif—meningkatkan permainan dalam perlumbaan, menembak, dan permainan pengembaraan. Sama ada mengetuk atau memiringkan, pengalaman tetap cepat, lancar, dan mendalam.

Sejuk Di Bawah Tekanan: Cip, Penyejukan, dan Sambungan yang Dioptimumkan untuk Permainan

Memacu Infinix GT 30 Pro adalah Cip Permainan Premium MediaTek Dimensity 8350 5G, pemproses permainan canggih yang dibina untuk permainan yang lebih cepat, lancar, dan lebih lama. Dengan proses 4nm, GT 30 Pro membawa prestasi yang lebih tinggi dan kecekapan kuasa yang ekstrem untuk jangka hayat bateri yang lebih panjang. Sementara itu, dengan Teknologi Permainan HyperEngine MediaTek, pengguna boleh menikmati kadar bingkai yang stabil dan pengurusan sumber yang pintar, memastikan setiap perlawanan berjalan dengan lancar. Disokong lagi oleh keupayaan CPU, GPU, dan AI yang berkuasa, GT 30 Pro mengubah permainan mudah alih menjadi pengalaman yang benar-benar mendalam, sempurna untuk pemain yang ingin Carry Like A Pro.

“Di MediaTek, misi kami adalah untuk memperkasakan pengguna dengan pengalaman mudah alih yang luar biasa melalui teknologi inovatif,” kata Will Chen, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Tanpa Wayar MediaTek. “Cip MediaTek Dimensity 8350 5G, yang disepadukan ke dalam Infinix GT 30 Pro, menggambarkan komitmen ini dengan memberikan prestasi dan kecekapan tenaga tahap utama. Kerjasama kami dengan Infinix memastikan bahawa pemain menerima kuasa dan responsif yang mereka tuntut, menetapkan standard baharu untuk kecemerlangan permainan mudah alih.”

Permainan Lebih Pintar dan Mendalam: Alat Permainan yang Dipertingkatkan

GT 30 Pro mengintegrasikan keupayaan AI seperti Magic Voice Changer, lampu latar dinamik dengan 14+ mod permainan, dan XBOOST AI untuk penalaan prestasi. Dengan fungsi AI Magic Box yang disesuaikan untuk pelbagai permainan mudah alih, pemain mendapat manfaat daripada melangkau dialog, auto-loot, dan kawalan pemulihan—membawa kecerdasan kepada setiap keputusan dalam permainan.

Dengan getaran X-Haptics 4D, Audio Boost untuk penguatan isyarat bunyi, dan Game Visual Boost untuk meningkatkan keterlihatan dan mengurangkan ketegangan mata, GT 30 Pro meningkatkan setiap elemen deria permainan mudah alih. Alat seperti XArena Game Space memastikan zon permainan yang bersih, bebas gangguan untuk semua pengguna.

Direka untuk Mengagumkan: Gelombang Cahaya Mekanikal Menetapkan Nada
GT 30 Pro hadir dalam tiga warna yang menarik—Shadow Ash, Blade White, dan Dark Flare dengan lampu RGB—setiap satu dibina pada casis yang dibuat CNC dengan tekstur mekanikal, perincian sains fiksyen, dan cangkerang komposit yang tahan lama. Pada intinya adalah Mechanical Light Waves, sistem pencahayaan dinamik dengan aksen elektrokromik dan corak yang diilhamkan oleh litar.

Sistem pintar ini bertindak balas dalam masa nyata merentasi 14 senario penggunaan dengan lebih daripada 20 kesan pencahayaan—untuk panggilan, mesej, pengecasan, rentak muzik, atau tindakan utama dalam permainan seperti pembunuhan atau ledakan kerosakan. Dari cahaya putih lembut hingga denyutan RGB penuh, ia menggabungkan utiliti harian dengan gaya yang bersedia untuk esports.

Reka bentuk mendalam ini dipadankan dengan paparan AMOLED 1.5K yang menampilkan kadar penyegaran 144Hz, peredupan PWM 2160Hz, pensijilan keselesaan mata TÜV Rheinland, dan kecerahan sehingga 4500 nits. Dengan sokongan HDR dan kedalaman warna 10-bit, visual kekal jelas dan lancar dalam apa jua keadaan.

Lebih Daripada Permainan: Bateri, Kamera, dan AI yang Mengikuti Anda

Dilengkapi dengan bateri 5500mAh, pengecasan berwayar 45W, dan tanpa wayar 30W, GT 30 Pro memastikan pengguna berkuasa sepanjang hari. Bypass Charging 2.0 melindungi kesihatan bateri semasa bermain dengan menghantar kuasa terus ke papan induk, mengurangkan haba dan mengoptimumkan keselamatan.

Menampilkan kamera utama 108MP, ultra lebar 8MP, dan penembak hadapan 13MP, peranti ini membolehkan fotografi yang jelas dan dinamik. Ciri AI terbina dalam seperti penyingkiran objek, potongan, dan pengembangan foto memudahkan penyuntingan dan penciptaan kandungan untuk pencipta mudah alih.

Dengan One-Tap Infinix AI, yang dikuasakan oleh Folax dan DeepSeek R1, GT 30 Pro memasuki era Gen-Beta. Ciri-ciri seperti ringkasan dokumen, penyuntingan foto, terjemahan panggilan pelbagai bahasa, penciptaan kertas dinding AI, dan carian kontekstual membolehkan pengguna meningkatkan produktiviti dan ekspresi dengan usaha minimum—baik dalam dan di luar permainan.

GT VERSE: Ekosistem Permainan Infinix yang Berkembang

GT VERSE mewakili pandangan pertama ke dalam visi jangka panjang Infinix untuk membina alam semesta permainan yang berhubung. Kini berkembang melampaui telefon pintar permainan, GT VERSE memperkenalkan tambahan baharu: XPAD GT.

Tablet permainan berprestasi tinggi yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 888, XPAD GT menampilkan paparan 144Hz, pembesar suara keliling 3D, dan bateri 10,000mAh dengan pengecasan pantas 33W serta sistem penyejukan cecair VC yang canggih. Ia juga membawa Infinix AI ke skrin yang lebih besar — menggabungkan hiburan dengan produktiviti.

Infinix GT 30 Pro
Tarikh Jualan Dalam Talian dan Luar TalianRabu, 21 Mei 2025
PromosiPercuma MagCharge Cooler & MagCase dengan setiap pembelian, sementara stok masih ada
Platform Jualan Dalam TalianKedai Rasmi Infinix di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop
Platform Jualan Luar TalianPeniaga Sah Infinix
Varian Warna TersediaDark Flare, Shadow Ash, Blade White
RRP256GB + 12GB (Semua varian warna) RM1,299
512GB + 12GB (Eksklusif untuk varian warna Dark Flare) RM1,499
Infinix XPAD GT
Tarikh Jualan Dalam Talian dan Luar TalianSabtu, 24 Mei 2025
PromosiPapan kekunci magnetik & stylus percuma bernilai RM599 dengan setiap pembelian, sementara stok masih ada
Platform Jualan Dalam TalianKedai sah Infinix di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop
Platform Jualan Luar TalianPeniaga Sah Infinix
Varian Warna TersediaStellar Grey
RRP256GB + 8GB RM1,699

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Infinix dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Infinix GT 30 Pro, semak laman web Infinix Malaysia, Facebook, Instagram dan TikTok.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Siapa Yang Rosakkan Dato M Nasir?

0

Dulu Dato M Nasir adalah satu figura yang bukan calang-calang. Berperwatakan serius dan bercakap dalam pujangga. Bukan semua orang boleh temuramah beliau. Tak pandai tanya, memang tak dapat lah jawapan.

Tapi kalau dilihat semenjak dua ini, Dato M Nasir dilihat lebih santai, lebih berjenaka dan ‘masuk air’ bak kata orang. Yang mana satu pemandangan yang amat kontra bagi generasi yang membesar melihat watak ini sebagai seorang individu yang susah untuk didekati.

Apa pun, fokus kita hari ini adalah lagu yang turut tak disangka-sangka juga dari Luncai Emas, sebuah syarikat milik Dato M Nasir. Kebiasaanya, lagu-lagu Luncai Emas biasanya bersifat ‘terpelajar’, ‘seni’ dan ‘Melayu’. Tapi lagu barunya, Wamwamsam satu kendaraan yang dilihat sangat menyimpang jauh dari lagu kebiasaan Luncai Emas.

Lagu Wamwamsam adalah satu homage kepada watak ciptaan arwah Mamat Khalid, Daud M yang sengau ‘M’. Satu watak jenaka tapi digabungkan dengan kumpulan metal tanah air Metalasia dan kumpulan A.D ISOHBASTOS. Saya tengok tajuk pun tak dapat nak bayangkan macam mana ketiga-tiga bahan mentah ini akan menjadi sebuah hidangan yang boleh dimakan.

Namun, hasil kegeniusan Luncai Emas yang seringkali membawakan fusion yang unik. Lagu Wamwamsam digarap dengan sangat enak. Ditambah lagi dengan sinematografi yang bertaraf antarabangsa. Lagu Wamwamsam satu lagu dengan kejutan dan genrenya sendiri. Tak melampau juga untuk dikatakan ia “Lagu Sengau Pertama di Dunia”.

Seperti juga filem-filem dan arahan arwah Mamat Khalid, lagu homage kepada beliau juga turut memuatkan pelbagai mesej, teguran dan kritikan sosial. Yang paling ‘rosak, siap ada cameo Dato M Nasir lagi.

Boleh pembaca nyatakan apa antara mesej dalam lagu ini?

Tonton:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Skandal Laptop Bajet 2025: Mengapa Prestasinya Sama Seperti Model 2013?

0

Pengenalan: Ilusi Kemajuan

Masuk ke mana-mana kedai elektronik pada 2025, anda akan lihat deretan laptop baharu berharga RM1,500. Stiker promosi menjanjikan ‘prestasi laju,’ ‘multitasking lancar,’ dan ‘kecekapan moden.’ Tapi inilah rahsia kotornya: kebanyakan laptop ini tidak lebih baik daripada ThinkPad X230 dari 2013!

Bagaimana mungkin? Di era di mana telefon pintar semakin berkuasa setiap tahun, dan kereta bajet dilengkapi teknologi canggih, mengapa prestasi laptop bajet masih seperti zaman 2013?

Bahagian 1: Realiti Mengejutkan – Tiada Peningkatan Selama 10 Tahun

Mari lihat data perbandingan:

  • ThinkPad X230 (2013) dengan *Intel Core i5-3320M*: Skor CPU Benchmark ≈ 3,000
  • Laptop RM1,500 (2025) dengan *Intel Celeron N4020/Pentium Silver*: Skor CPU Benchmark ≈ 3,000

Ya, 12 tahun berlalu, prestasi masih sama!

Perbandingan dengan produk lain:

  • Telefon Pintar: Telefon RM1,000 pada 2025 mengalahkan model flagship 2015.
  • Kereta: Perodua Axia 2025 ada teknologi (skrin sentuh, hibrid) yang Myvi 2010 tiada.
  • Laptop? Kelajuan. Tetap. Sama.

Bahagian 2: Mengapa Industri Ini Terlepas Pandang?

1. Tipu Helah “Cukup Baik”

Pengeluar berhujah pengguna bajet ‘Cuma perlukan Facebook dan Word.‘ Tapi hakikatnya:

  • Pelayar web moden (Chrome, YouTube, Zoom) perlukan kuasa lebih tinggi daripada laptop 2013.
  • Namun, jenama tetap jual Celeron & Pentium yang lemas dengan tugas asas.

2 Perangkap Pendidikan & Korporat

  • Sekolah dan pejabat beli laptop lemah ini secara pukal kerana ‘murah.’
  • Oleh sebab pembeli pukal tidak desak peningkatan, pengeluar tiada insentif untuk memperbaiki.

3. Monopoli CPU Bajet oleh Intel & AMD

  • Kedua syarikat ini sengaja hadkan prestasi CPU bajet untuk lindungi jualan model premium.
  • Contoh: Ryzen 3 5300U (cip bajet berkualiti) wujud, tetapi jenama masih guna model lama yang lembap.

Bahagian 3: Kenapa Laptop Ketinggalan Berbanding Telefon & Kereta?

  • Telefon Pintar: Persaingan sengit paksa peningkatan tahunan. Telefon RM1,000 hari ini 10x lebih baik daripada 2015.
  • Kereta: Model bajet kini ada teknologi keselamatan, hibrid, dan infotainment.
  • Laptop? Masih ada model guna HDD, RAM 4GB, dan prestasi setara 2013!

Bahagian 4: Cara Kita Boleh Melawan

  1. Berhenti Beli Spesifikasi Teruk
    • Elak Celeron/Pentium. Pilih sekurang-kurangnya Ryzen 3 atau i3 (generasi terkini).
    • Semak skor benchmark (PassMark, Geekbench) sebelum beli.
  2. Persoalkan Jenama & Peruncit
    • Tanya mengapa laptop 2025 prestasinya seperti 2013.
    • Sokong jenama yang tingkatkan nilai sebenar (Framework, jenama China tertentu).
  3. Sebarkan Kesedaran
    • Ramai tidak sedar mereka ditipu. Kongsi maklumat ini.

Kesimpulan: Perubahan Hanya Akan Berlaku Jika Kita Bertindak

Kartel ‘Big Laptop’ (Intel, AMD, jenama utama) akan terus jual hardware lemah selagi pengguna menerimanya.

Tapi jika kita desak spesifikasi lebih baik untuk harga sama, perubahan boleh berlaku.

Soalan untuk Anda:
Pernah beli laptop ‘baharu’ yang lebih lembap daripada laptop lama? Kongsi pengalaman anda di bawah.

(P.S. Jika artikel ini membuka mata anda, kongsikannya. Mari hentikan penipuan ini.)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline