Saturday, 13 September 2025
UtamaUlasanInternetBitlord - Raja Klien Torrent

Bitlord – Raja Klien Torrent

Views: 0

Bertemu dan.. berpisah adat manusia.. Biasaaa.. Huhuhu..

Sekian lama uTorrent berjasa, bertahun-tahun lamanya, kini dah tiba masa untuk saya mencuba sesuatu yang lebih menarik dan baru. Ya, ya, baru untuk saya, mungkin sudah lama untuk anda. Tapi… peduli apa.

Selamat tinggal uTorrent. Selamat bertugas, Bitlord!

Apa Ciri Bitlord Yang Menarik?

Apa yang paling dikehendaki dari seorang yang baru hendak mula mengenali dunia muat turun Torrent? Suatu klien yang mudah untuk difahami meskipun untuk pemula.

Cuba anda lihat pada paparan skrin di bawah. Apa yang anda faham dari paparan antaramuka pengguna perisian Bitlord ini?

Agak rumit? Oh tidak, sebenarnya mudah sahaja. Lihat pada paparan ini, Bitlord mempunyai:

1. Enjin carian terbina dalaman. Anda tidak perlu melilau mencari di laman Google lagi.

2. Pelayar web terbina dalaman. Ya, untuk tujuan yang sama, tapi boleh juga digunakan untuk membuka laman omghackers.com. Heheheh.

3. Hasil carian dari repositori yang dipercayai. Ini bermakna anda tidak perlu bimbangkan tentang virus. Apa yang anda perlu bimbangkan ialah ruang pada cakera keras anda sama ada masih banyak kosong atau sudah hampir penuh.

4. Pada hasil carian tersebut, dipaparkan kepada anda semua maklumat fail yang sedang anda cari, dari nama, saiz, jumlah seeders dan peers, serta usia torrent tersebut. Wow, ini sangat-sangat-sangat membantu kepada orang yang tegar memuat turun bahan dari laman-laman torrent.

5. Ia tiada iklan. Kalau pun ada, cumalah sekecil di bawah itu, anda nampak tak? Perkataan “Slow downloads? Bla bla bla bla bla 100% speed.”

Ya. Itu sahaja iklan jika hendak dibandingkan dengan uTorrent yang mana anda perlu melanggan uTorrent Pro untuk menyingkirkan iklan (walaupun secara teknikalnya ia boleh ‘disorok’ ataupun dihapuskan).

Ini ialah kelajuan biasa dari Maxis Fibre Internet. Heheh. Ohsem.

Ini pula.. oh well, let’s call it as ‘Google Fibre’. Heheheh..

Untuk uTorrent, anda perlu menggunakan uTorrent Pro bagi mendapatkan fungsi ‘Stream’. Walaubagaimanapun, dengan Bitlord, fungsi tersebut telah pun tersedia di luar kotak. Siap untuk anda gunakan!

Kalau nak diikutkan ada lagi yang ingin saya tulis. Tapi itu saya serahkan kepada anda untuk terokai sendiri keistimewaan Bitlord ini.

Muat turun di sini : Bitlord

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com
RELATED ARTICLES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Most Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x