Serabut dengan tugasan harian? Ingin bersantai dengan lagu-lagu tetapi bosan dengan semua mp3 yang ada dalam simpanan anda? Kalau itu kesnya, mari kita bersantai dan rehatkan minda dengan Radio Tray, sebuah perisian kecil yang sekian lama digunakan oleh pengguna Linux untuk mendengar radio dalam talian secara penstriman.
Untuk pengguna Ubuntu, anda boleh muat turun fail pemasang dari laman ini: Radio Tray
Bagi pengguna Arch Linux, Radio Tray terdapat dalam AUR, jadi anda boleh pasangkannya ikut apa jua cara yang anda suka. Saya pilih pasang dengan menggunakan yaourt:
yaourt -S radiotray
Berikut adalah beberapa paparan skrin Radio Tray (klik untuk paparan lebih jelas):
Cara menambah siaran/stesen radio:
1. Cari mana-mana siaran radio kegemaran anda (Google).
Contoh yang saya gunakan: H4XED Radio
2. Cari URL yang boleh anda gunakan untuk penstriman. Gunakan/cari bitrate mengikut kesesuaian kelajuan internet anda.
Contoh : Mp3 160kbs – http://radio.h4xed.us/radio/tunein/7080/pls
3. Klik kanan pada ikon Radio Tray -> Configure Radios -> Add Group = untuk menambah kumpulan/genre baru. Klik ‘Add’ jika anda hanya mahu menambah siaran/stesen. Contoh dapat dilihat pada paparan skrin di bawah: