Aplikasi Ringkas : Safety Folder Version 1.0 dari MYHAC

Salam semua pengunjung, pelawat, pembaca, khususnya kepada follower tegar blog Mr.Hac ni..

Hari ni Hac nak bagi korang semua sebuah application (aplikasi) yang telah direka, dan dibuat oleh 2nd Admin My Hackers Are Here a.k.a MyHac iaitu Bro juaratempur..
Mr.Hac cuma tolong ubah coding sikit-sikit untuk nampak lebih kemas dan Mr.Hac telah compilekan ia menjadi aplikasi exe.

Ok..aplikasi ni memang ringkas..mudah untuk digunakan..ianya berfungsi sebagai sebuah folder, yang selamat dari ancaman virus yang merebak melalui pendrive..

Cara menggunakannya:

Iklan Google

1. Muat turun aplikasi Safety Folder di sini —>
Safety Folder Version 1.0 by MyHackersAreHere @ MyHac

2. Ekstrak fail rar tersebut dan korang akan jumpa satu fail exe yang bernama ‘Safety Folder’.

3. Klik dua kali pada fail Safety Folder.exe, dan sebuah folder bernama MYHAC akan muncul.

4. Masukkan semua fail penting korang ke dalam folder MYHAC.

Iklan Google

5. Sekali lagi klik dua kali pada fail Safety Folder.exe

6. Korang akan diminta untuk memasukkan huruf ‘Y’ atau ‘y’..Jadi sila masukkan huruf Y atau y..

7. Folder MYHAC tadi akan di-hidden-kan. apabila ia telah hidden, secara automatik folder MYHAC tadi telah selamat dari ancaman virus yang cara perebakannya adalah melalui pendrive..jadi korang tak perlu risau lagi tentang fail-fail penting yang korang bimbang akan dijangkiti oleh virus..bagaimana cara ia berfungsi? itu jangan tanya..istimewa punya kitorang (Mr.Hac & juaratempur) cipta..hehehe..

8. Untuk menampilkan kembali folder MYHAC, klik dua kali pada Safety Folder.exe, dan korang akan diminta untuk memasukkan kata laluan iaitu : mrhac

Iklan Google

9. Folder MYHAC tadi akan muncul kembali..

Ini ialah Give Away Mr.Hac dan Team MyHac yang pertama..korang tak payah la nak tayang banner ke, nak itu ini ke..tak payah..
PERCUMA aje kami bagi..cuma…(ada ‘cuma’ ye Mr.Hac?)..heheh..
cuma korang sebar-sebarkan la mengenai aplikasi ini kepada rakan-rakan yang lain..biar semua orang dapat manfaatnya..ok?
kalau nak copy entry ni pun boleh..takde masalah..

Sebarang komen dan cadangan, sila masukkan kat bawah..

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

13 KOMEN

  1. No hal bro Rie..dah jadi tanggungjawab aku tolong kawan2..

    selepas ni akan menyusul versi 1.1 pula..tunggguuuuu..

    cuma penambahbaikan tu, korang kena bagi cadangan sikit la nohhh..

  2. Orait bro..aplikasi tu simple je..
    kitorang buat masa keadaan terluang je..jadi pasti ada kekurangan..biasa la tu..hehehe..

    Jangan aspect something yang dahsyat ye..ape-ape pun thanks ek..

  3. Kena cuba dulu la bro..Hac tak pernah pakai aplikasi ni dekat Ubuntu jadi tak tau..

    try n error dulu lah ye bro Haw.. :)

    Nanti kalau tak boleh kasik inform dengan kitorang..

  4. Aplikasi ni bukan untuk sorokkan fail..nak sorokkan fail secara berkesan, sila gunakan perisian My Lock Box Pro..

    Aplikasi yang kami buat ni hanya bertujuan untuk melindungi fail penting dari dijangkiti virus..jelas? =)

  5. Yup..hardcoded..payah dowh nak buat bagi ada ruang untuk masukkan password sendiri..tapi kalau nak, aku tengok la caranya nanti..

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img