Aplikasi Android untuk Kesihatan

Salam
warga OMG! Hackers yang telah lama saya tinggalkan atas faktor tidak
mempunyai koneksi internet akibat hujan lebat siap kilat yang kerap
berlaku di kawasan perumahan saya. Disebabkan itu modem saya telah
disambar kilat akibat kecuaian saya sendiri haha. Kemudian saya ditimpa
demam panas akibat saya keluar bekerja dan kadangkala saya mandi hujan
huhu. Semasa saya terlantar di atas katil selama beberapa hari. Saya
dibekalkan hanya sebuah smartphone dan internet. Semasa itulah saya
“menggatal” jari jemari untuk mencari apps untuk kesihatan saya ini…
dan kini masanya untuk berkongsi dengan anda semua…. Jangan risau
ianya FREE je…

Di zaman sekarang ini ramai pekerja
mahupun pelajar yang sering mengabaikan kesihatan. Sekiranya kita tidak
menghiraukan senaman ataupun menjaga pemakanan kita akan hadir lah
pelbagai penyakit yang tidak diundang.

FORWARD
>>>>>> Haha sebelum saya membebel lebih panjang kita
terus kepada aplikasi-aplikasi yang ingin dikongsi. Di Google Play
memang banyak aplikasi kesihatan tapi yang manakah yang berkualiti dan
free? Di sini saya telah membuat testing beberapa aplikasi dan saya rasa
amat membantu dan berguna untuk masyarakat kita sekarang ini.

(Untuk Chrome User) Jika anda berminat dengan aplikasi di bawah sila pastikan anda allow pop-up block atau guna browser lain.

1) First Aid

Untuk
aplikasi ini saya amat menyukainya kerana iainya membantu dari segi
bantuan kecemasan. Contoh apabila kita berada di sesuatu kawasan yang
berlaku kecemasa tetapi kita terpinga-pinga apa yang perlu dilakukan?
Maka aplikasi ini akan membantu anda dan memberitahu anda
langkah-langkah yang sepatutnya anda lakukan. Contoh pertolongan cemas
yang ada ialah serangan jantung, patah tulang, demam, luka, masalah
pernafasan, keracunan dan banyak lagi seperti yang anda lihat pada
gambar yang telah diberi.

2) Brainwave Tuner Lite

 
Aplikasi
sangat berguna semasa saya sedang demam dan sakit kepala (pening).
Sebab apa? Kerana gelombang frekuensinya yang memang telah dikaji dan
mampu untuk merehatkan minda.  Cara penggunaanya juga amat mudah anda
hanya perlu pilih yang mana anda ingin gunakan antaranya untuk tidur,
perubatan, berehat, belajar dan banyak lagi. Untuk versi lite mereka
menyediakan beberapa track music yang saya rasa cukup untuk kita semua
mendengar dan membantu dalam kesihatan kita. Setiap audio yang dimainkan
aplikasi ini telah disetting secara automatik paras gelombang
frekuensinya mengikut kesusaian situasi itu. Untuk lebih berkesan anda
digalakkan menggunakan earphone/headphone untuk lebih kesan.

3) Hpal – Blood Pressure Tracker

 

Hpal
sesuai untuk seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi iaitu
seseorang yang sering untuk pergi periksa keadaan tekanan darah mereka
di hospital atau klinik. Kemudian mereka boleh gunakan aplikasi ini
untuk catatkan tahap tekanan darah mereka di dalam aplikasi ini. Secara
tak langsung mereka akan dapat periksa statistik tekanan darah dan tahap
kesihatan mereka yang terdahulu sama ada menurun atau menaik.

Iklan Google

 

 4) Calorie Counter – MyFitnessPal

Seperti
nama aplikasi yang anda lihat iaitu Calorie Counter. Ok apa dia benda
tu? Aplikasi ni bertujuan sebagai motivasi untuk golongan obesiti atau
pun yang mahu kurus tapi tidak mempunya kata-kata semangat atau
guidlines. Aplikasi hendaklah di daftarkan dahulu, dan semasa proses
pengdaftaran anda dinasihatkan memberi maklumat yang benar supaya tidak
berlaku ralat semasa proses pengurangan berat badan anda kelak. Segala
rekod-rekod anda akan diproses dan akan keluar paparan seperti di atas.
Ianya akan memberitahu berapakah jumlah kalori yang anda perlu kurangkan
hari ini untuk mencapai target anda telah tetapkan pada proses
pendaftaran anda tadi. Misalnya berat anda 100 kg dan target anda 70 kg.
Maka aplikasi ini akan bertindak sebagai pembantu anda untuk cuba kawal
permakanan dan lakukan exercise. Ianya juga ibarat diari kesihatan anda
kerana anda digalakkan untuk mencatat segala jenis apa yang anda makan
dan segala jenis senaman yang anda lakukan. Apa yang menarik tentang
aplikasi ini anda juga boleh bersama-sama rakan yang lain untuk
sama-sama berlumba untuk mengurangkan berat badan dan masing-masing
boleh update status pada aplikasi ini dan mungkin ada yang berpengalaman
untuk berkongsi dengan anda. More Friend More Best.

5) Runtastic Running & Fitness

Aplikasi ini amat menarik bagi sesiapa yang sering melakukan senaman dan menjaga kesihatannya.
Dengan
aplikasi ini akan memberi maklumat yang saya rasa agak tepat kerana
sistem yang digunakan adalah GPS. Dan dengan ini pastikan peranti anda
mempunya perkakasan GPS untuk menggunakan aplikasi ini. Antara maklumat
yang diberikan adalah kadar mendaki, kelajuan dan calories yang telah
dibakar melalui aktiviti yang anda lakukan. Di dalam aplikasi ini juga
saya dapat pelbagai aktiviti yang telah ditetapkan antaranya jogging,
marathon, bola sepak, bola keranjang, kayaking dan pelbagai lagi
aktiviti yang memerlukan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Saya dah cuba sendiri dan memang awsome jika digabungkan dengan calorie
counter kerana anda dapat tahu berapa banyak kalori anda yang telah
berjaya anda bakar.

 6) Instant Heart Rate

Haaa aplikasi ni amat sesuai kepada orang amat sensitif dengan pergerakan jantung mereka sama ada berada dalam keadaan selesa atau keadaan tercungap-cungap atau tidak sihat. Apa yang menarik perhatian saya tentang aplikasi ini iainya mengesan pergerakan jantung kita dengan menggunakan kamera yang telah tersedia pada setiap peranti android anda. Tetapi anda dinasihatkan menggunakan aplikasi ini ditempat yang mempunyai cahaya yang mengcukupi. Cara aplikasi ini mengesan adalah dengan detect pergerakan darah yang mengalir dalam tubuh badan seseorang itu. Caranya mudah sahaja anda hanya perlu letakkan jari telunjuk anda di depan kamera dan pastikan jangan tekan terlalu kuat kerana bimbang darah tidak jalan, dan secara tidak langsung akan mengakibatkan berlaku ralat atau tidak berfungsi dari segi pengiraan kadar denyutan jantung anda.

7) Period Tracker  (Untuk wanita sahaja)

Haha untuk aplikasi ni saya tidak boleh cakap lebih-lebih kerana saya sendiri tidak dapat mencubanya dengan lebih mendalam atas faktor-faktor kesihatan huhu (im men).
Seperti yang kita boleh lihat pada screenshot yang telah disediakan itu. Period tracker adalah sejenis aplikasi untuk memberitahu kadar-kadar period anda berlangsung selama beberapa hari untuk berakhir. Caranya juga mudah hanya tekan start dan ianya akan mula mengira perjalanan period anda. Semasa period anda juga boleh menulis note. Note apa? Wanita sahaja yang mengetahuinya.

Iklan Google
Iklan Google

 

8) OB (Pregnancy) dan Pregnancy Assistant (Untuk wanita mengandung sahaja)

 

Untuk OB Pregnancy sebuah aplikasi untuk wanita yang lebih dewasa iaitu yang sudah menjalani rumah tangga bersama orang yang tercinta. Cuma aplikasi ini agak lebih saintifik dan saya rasa mungkin dapat difahami oleh para-para ibu yang sedang mengandung. Apa yang menarik tentang aplikasi ini anda boleh merekod dan melihat kadar pembesaran bayi anda di dalam kandungan tu. Selain itu seperti yang anda lihat di atas saya ada menyediakan aplikasi alternatif untuk kepada yang kurang memahami aplikasi OB Pregnancy. Kerana apa yang saya lihat Pregnancy Assistant lebih mesra pengguna dari segi penggunaan grafik yang diberikan kepada pengguna.
 
OB Pregnancy




Pregancy Assistant

9) Medicinal Herbs

Ini adalah aplikasi untuk golongan yang suka mencari jalan alternatif bagi merawat penyakit yang ada. Kepentingan aplikasi ini saya lihat memang menarik kerana ianya memasukkan tumbuh-tumbuhan herba dan penerangan yang sangat terperinci dari pengenalan sehinggala ke cara kegunaannya untuk mengubati penyakit tersebut. Bak kata orang muda… Orang Lamo la kata kan hahaha… tapi memang tidak dinafikan tumbuh-tumbuhan herba ini memang sangat membantu untuk kesihatan kita jika nak dibandingkan dengan ubat-ubat yang mengandungi bahan kimia tu. Gunakan pada kadar yang betul.

Iklan Google

Itu lah antara aplikasi yang saya dapati di Google Play semasa saya dalam tempoh rawatan sakit. hehe. Harap iainya sedikit sebanyak membantu anda semua dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat. Insyallah…

Jika anda ingin mendownload kesemua apps sekali gus dan aplikas tambahan ehem2 (kesihatan gak)


Sila download di sini:-

Sekian terima kasih.

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img