Views: 5
Selama ini, ramai yang menganggap audio melalui Bluetooth tidak akan pernah sama dengan sambungan berwayar. Alasannya mudah — bila muzik dihantar melalui Bluetooth, ia biasanya dimampatkan untuk menjimatkan bandwidth, lalu kualiti bunyi berkurang. Namun, Qualcomm cuba mengubah persepsi ini dengan memperkenalkan aptX Lossless (aptX-LS).
Apa Itu aptX Lossless?
aptX Lossless ialah salah satu codec audio Bluetooth daripada keluarga aptX Adaptive. Ia direka khas untuk menghantar muzik pada kualiti CD sebenar (16-bit / 44.1 kHz) tanpa kehilangan data audio asal (bit-perfect). Dengan kata lain, apa yang anda dengar adalah salinan tepat fail muzik asal.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Codec ini menggunakan adaptive streaming. Dalam keadaan ideal, ia boleh menyalurkan data audio sehingga 1 Mbps — cukup untuk mengekalkan kualiti CD lossless. Tetapi jika sambungan Bluetooth terganggu (contohnya banyak gangguan frekuensi atau jarak terlalu jauh), aptX Lossless akan menurunkan bitrate secara automatik ke 220 – 420 kbps supaya sambungan tetap stabil.
Kelebihan aptX Lossless
- Kualiti CD Lossless – 16-bit/44.1 kHz tanpa kompromi.
- Adaptive – sambungan lebih stabil walaupun persekitaran kurang ideal.
- Jimat bateri – direka supaya penggunaan kuasa masih rendah untuk fon kepala atau fon telinga tanpa wayar.
- Keserasian ke belakang – jika peranti tak sokong Lossless, ia automatik fallback ke aptX Adaptive atau codec lain.
Apa Syarat Untuk Guna?
Bukan semua peranti boleh terus menikmati aptX Lossless. Untuk menggunakannya, anda perlukan:
- Telefon pintar / peranti sumber yang menyokong Snapdragon Sound dengan aptX Lossless (contohnya telefon dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan ke atas).
- Fon kepala atau fon telinga yang turut menyokong aptX Lossless.
Jika salah satu tiada sokongan, sambungan akan jatuh ke codec biasa seperti aptX Adaptive, AAC atau SBC.
Adakah aptX Lossless Sama Dengan Hi-Res?
Tidak. aptX Lossless fokus pada kualiti CD (16-bit/44.1 kHz). Untuk Hi-Res (24-bit/96 kHz), Qualcomm masih gunakan aptX Adaptive, tetapi ia tidak dianggap benar-benar lossless kerana tetap ada pemampatan tertentu.
Kesimpulan
aptX Lossless ialah langkah besar ke depan dalam dunia audio tanpa wayar. Dengan sokongan yang semakin meluas dalam telefon pintar dan fon telinga moden, kita semakin hampir kepada pengalaman muzik tanpa wayar dengan kualiti setara berwayar.
Buat masa ini, senarai peranti yang menyokong masih terhad, tetapi trendnya jelas — masa depan audio Bluetooth akan lebih berkualiti, stabil, dan mesra pengguna. Dengan peranti yang tidak menyokong aptX-LS, anda boleh membeli portable DAC pasaran yang menyokong aptX-LS adalah Fiio BTR17 yang baru. Fiio BTR17 turut dilengkapi Headphone Amplifier Dual ES9069Q2.
