Apabila menyebut tentang internet, tidak dapat tidak kita tak boleh lari daripada menyebut tentang kedua unit ini. Bytes vs Bits. Berikut adalah terjemahan unit-unit tersebut yang saya salin dari About.com:
A bit is a single numeric value, either ‘1’ or ‘0’, that encodes a single unit of digital information. A byte is a sequence of bits; usually eight bits equal one byte.
1 Byte =8 Bits
Jadi, untuk kelajuan SEBENAR, bagi kelajuan muat turun 10Mbps (Megabit-per-second) adalah:
10 Mbps [Megabit-per-second]
=10000 Kbps [Kilobit-per-second]
=1.25 MB/sec [Megabyte-per-second]
=1250 KB/sec [Kilobyte-per-second]
Bergantung kepada perisian yang anda guna, sebagai contoh Internet Download Manager yang menggunakan Megabyte-per-second sebagai unit kelajuan, maka kelajuan ‘sebenar’ bagi 10Mbps adalah secara purata maksimanya = 1.25 MB/sec.
Saya berharap penjelasan ringkas ini mampu membuatkan anda faham, bahawa kelajuan muat turun yang sebenar diukur atau kebiasaannya ditunjukkan melalui/menggunakan unit MB/sec. Unit Megabit hanya digunakan oleh ISP untuk tujuan promosi kepada pengguna purata yang kebiasaannya hanya akan nampak nombor-nombor yang lebih besar.
Siapa yang tidak suka dengan kelajuan 30Mbps bukan?
30Mbps = 3.75MBps
Sekian.