Views: 1
Orang miskin dilarang malang, orang kaya digalakkan menipu?
Sedih saya lihat macam mana ibu yang menyebabkan kematian anaknya secara tidak sengaja dilakukan. Sumber: Sinar Harian
2 bulan bersalin bukan tempoh yang senang. Badan penat, sakit. Bukan sahaja mental, fizikal juga masih lagi tidak stabil. Sosioekonomi rendah, maka perlu lakukan semuanya sendiri. Tertidur penat lalu tertindih bayi sendiri. Bukannya sengaja bunuh.
Tapi dibawa me mahkamah dengan bergari walau bengkak susu. Di mana kemanusiaan dan empati? Tahukah anda betapa sakit tangan dipaksa ke belakang sebab bengkak susu? Pesalah rasuah boleh pula dieskot tanpa bergari ke mahkamah.

Ibu baru 2 bulan bersalin, awak ingat dia larat nak larikan diri dari polis? Adakah dia sudah diberikan kaunseling? Tahukah kalian dengan “postpartum disorder” atau ‘meroyan’? Ibu yang baru bersalin sangat berisiko untuk mengalami masalah psikologi terutama sekali jika terlalu tertekan atau kepenatan.
Itulah ketidakadilan. Orang pecah amanah, tipu duit orang, scammer bebas ke sana ke mari siap boleh buat Live. Ibu kepenatan yang baru kehilangan bayi pula dilayan seperti penjenayah.