Friday, 12 September 2025
UtamaBeritaAMD Kata iGPU Baru Mereka Boleh Lawan RTX 4060 – Fakta atau...

AMD Kata iGPU Baru Mereka Boleh Lawan RTX 4060 – Fakta atau Gimik?

Views: 1

Selama ini, iGPU (grafik terbina dalam CPU) dianggap tak mampu lawan kad grafik berdedikasi macam Nvidia RTX 4060. Tapi sekarang, AMD buat kejutan dengan dakwaan bahawa generasi CPU seterusnya mampu bawa iGPU setaraf RTX 4060.

iGPU jadi pilihan sesetengah pemilik PC kerana mereka tidak mahukan kuasa pemprosesan grafik yang tinggi. Dengan iGPU, mereka tidak perlu beli kad GPU kerana pemprosesan grafik dilakukan semuanya dalam satu pada CPU. Selain daripada menjimatkan kos, iGPU juga jadi pilihan bagi mereka yang mahukan sebuah PC yang bersaiz kecil. Dengan kemajuan besar iGPU, pembina PC bajet dan PC kecil kini boleh menikmati sebuah CPU dengan kuasa pemprosesan grafik setara dengan kad GPU terpisah. Tak perlu korbankan nikmat gaming lagi!

Apa yang ada sekarang?

iGPU paling kuat AMD sekarang ialah Radeon 780M. Ia mampu capai sekitar 4.1 – 4.3 TFLOPS, tapi hanya kira-kira 30–40% prestasi RTX 4060 versi Laptop sahaja (9–14 TFLOPS). Maksudnya, masih jauh ketinggalan untuk gaming AAA. Hanya sekadar mampu untuk gaming ringan-ringan dengan tetatan rendah pada 1080p.

Apa yang bakal datang (RDNA 3.5)?

AMD sekarang ini dikatakan sedang menguji iGPU mereka yang baru, Radeon 8050S & 8060S (Strix Halo). Bocoran benchmark 3DMark menunjukkan Radeon 8050S mencatat skor 10,106. Manakala RTX 4060 versi desktop mencatatkan skor 10,365. 10,106 vs 10,365, hampir sama!

Radeon 8060S dengan 40 Compute Unit pula mencecah 12,516 markah, ada review dari beberapa laman web teknologi yang kata prestasinya lebih tinggi daripada RTX 4060 versi laptop Tapi bila dibandingkan dengan RTX 4070 laptop, masih kalah sekitar 40–55%. Pun begitu, bagi kami, secara jujurnya, boleh tahan!

Kenapa ini besar?

Kalau betul iGPU AMD boleh lawan RTX 4060, gamer boleh main game AAA tanpa perlu bawa laptop bak batu bata dengan GPU terpisah.

Laptop akan jadi lebih nipis, ringan, jimat bateri, dan mungkin lebih murah sebab tak perlukan GPU tambahan. Pembina PC mini juga tak perlu pening-pening nak fikir GPU apa yang muat dalam casing kecil mereka. Tak perlu belanja lebih mahal untuk dapatkan GPU low profile atau small form factor.

Untuk content creator, ini bermakna rendering, editing video dan AI task boleh dibuat dengan lebih lancar hanya dengan APU tunggal dengan CPU yang berkuasa.

Ringkasnya:

  • Radeon 780M sekarang → kuat, tapi hanya 1/3 prestasi RTX 4060.
  • Radeon 8050S → hampir setara RTX 4060 desktop.
  • Radeon 8060S (Strix Halo) → boleh lawan RTX 4060 Laptop, tapi masih di bawah RTX 4070 desktop.

Jadi, kali ini nampaknya dakwaan AMD bukan gimik semata-mata. AMD betul-betul cuba pecahkan dominasi Nvidia dalam dunia grafik laptop. Kalau berjaya, kita mungkin akan nampak laptop nipis tapi power gaming macam desktop mid-range.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttps://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com
RELATED ARTICLES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Most Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x