Benda yang paling abam tak boleh nak tengok ialah bila melihat kawan-kawan, tambah yang rapat dengan kita ni, main beli je adapter (kepala charger tu) apatah lagi powerbank tanpa mengira pakai teknologi apa yang digunakan olehnya.
Biasanya dibeli sebab harga murah la. Adapter atau powerbank yang disahkan dan autentik selalunya berharga ‘premium’, manakala OEM atau ‘after market’ ni memang mampu milik.
TAPI..
Kapasiti memang sedap mata membaca. 60,000, kekadang 100,000mAh. Kemain besar. Heh. Tapi output? 5V/2.1A = 10.5W.
Mende korang?
Cuba fahamkan dulu, bahawa kebanyakan peranti yang korang miliki sekarang ada charging protocol tersendiri.
Banyak telefon guna protokol khas, sebagai contoh VOOC/SuperVOOC, FlashCharge, HyperCharge, SuperCharge, USB-PD, PPS, Quick Charge.
Kalau powerbank / charger tak sokong protokol yang sama, ia akan cas lambat walaupun mAh besar. Ngerti?
Rugi beli walaupun harga murah, tambah kapasiti bateri telefon sekarang dah mula mencecah kapasiti powerbank itu sendiri. 6000-7000mAh sudah menjadi norma sekarang ni.
Jadi, jika pengecasannya lambat, bayangkan saja nak penuhkan 6000-7000mAh. Berdarah bijik mata menunggu, silap-silap kuasa powerbank habis dulu, telefon masih belum selesai dicas.
Checklist sebelum beli adapter / powerbank:
- Semak output (W) port, bukan cuma mAh.
- Pastikan protokol pengecasan serasi dengan telefon (USB-PD/PPS untuk kebanyakan telefon a.k.a universal; yang mana jenama lain ada protokol tersendiri).
- Guna kabel yang betul (untuk >60W perlukan USB-C 5A, E-marked).
- Periksa output per port — total ≠ output tiap port.
- Tukar mAh → Wh kalau nak bawa naik kapal terbang (≥100Wh ada sekatan).
Telefon korang sokong protokol apa? Berapa watt adapternya keluarkan? Kalau tak tahu, tanya.
Ambil tahu, jangan keliru.
