Thursday, 11 September 2025
UtamaPilihan OMGArtikelMenangkap “Hantu Scroll” di WhatsApp Web

Menangkap “Hantu Scroll” di WhatsApp Web

Solusi :

1) Install TamperMonkey kat browser korang
2) Create satu script dalam Tampermonkey tu, copy dari link bawah ni
–> https://pastebin.com/MwbYBWqy

Kalau takut min hejes pc korang boleh lah rajin-rajin godek-godek Gemini ai dengan Tampermonkey tu

Permulaan Cerita

Pagi tadi, min tengah sembang santai dengan geng OMG Hackers dalam WhatsApp group. Topik pun macam-macam, kejap pasal laptop, kejap pasal phone baru seperti OnePlus 15 dan Oppo Find X9 yang dah lepas 3C certification.

Tiba-tiba, bila min guna WhatsApp Web di Chrome, scroll jadi pelik. Mula-mula min ingat salah Chrome. Arya Putra sempat bahan min, katanya dia guna Edge (engine sama) tapi tak ada masalah. Amir OMGH pula cadangkan cuba:

  • Tutup buka balik WhatsApp Web
  • Atau install versi desktop dari Microsoft Store

Katanya dia pernah terbaca di Reddit, bug ni wujud sejak 3 tahun lepas. Lama gila umur bug ni.


Eksperimen Browser

Min cuba Firefox, tapi masalah sama juga. Scroll kejap ok, kejap tersekat-sekat macam flow sangkut bila taip sambil reply mesej.
Anehnya, Arya cakap kat dia semua ok, tapi bila min wasap dia direct, terus kat dia pun jadi rosak. Macam kena sumpahan pula!

Masa tu min yakin masalah bukan dari browser sebab website lain ok je. Jadi fokus min beralih kepada WhatsApp Web itu sendiri.


Minta Bantuan AI (Gemini)

Min tanya Gemini untuk buat skrip checklist troubleshoot. Dia bagi 3 skrip JavaScript untuk test dalam Dev Console Chrome.

Skrip 1: Check “Penjaga Pintu”

const chatPanel = document.querySelector('div[data-testid="conversation-panel-messages"]');
console.log(getEventListeners(chatPanel));
  • Tujuan: nak tengok kalau ada event listeners block scroll.
  • Hasil: kosong. Tiada event pelik.

Skrip 2: Pasang “CCTV”

window.addEventListener('wheel', function(event) {
  console.log('Is "preventDefault()" being called?:', event.defaultPrevented);
}, true);
  • Tujuan: kesan siapa tahan scroll.
  • Hasil: console asyik keluar true → confirm ada skrip tahan scroll dengan preventDefault().

Skrip 3: Cari Dalang Sebenar

const originalPreventDefault = Event.prototype.preventDefault;
Event.prototype.preventDefault = function() {
  if (this.type === 'wheel') {
    console.warn('"preventDefault()" was called…');
    console.trace();
  }
  originalPreventDefault.call(this);
};
  • Tujuan: trace siapa panggil preventDefault().
  • Hasil: Console tunjuk function bernama a.maybePreventScroll dalam file WhatsApp Web JS.
  • Konklusi: punca masalah memang datang dari WhatsApp Web sendiri.

Solusi: Tampermonkey “Penghalau Hantu”

Bila dah tahu punca, min minta Gemini buat userscript ringkas untuk override perangai WhatsApp tu.
Min apply patch tu melalui Tampermonkey → hasilnya scroll kembali normal.


Refleksi

Bila semua ni selesai, min rasa betul-betul lega. Rasa puas bila dapat tahu masalah yang ganggu tu bukan berpunca daripada browser atau PC sendiri, tapi datang daripada kod WhatsApp Web itu sendiri. Dalam masa yang sama, pengalaman ni bagi satu rasa menarik sebab walaupun min bukan seorang programmer, dengan bantuan AI macam Gemini, min boleh faham apa yang berlaku dan cari jalan untuk betulkan balik. Macam ada kuasa tambahan bila kita tahu cara untuk melawan balik bug yang selama ni buat kita sakit hati.

Yang buat min senyum sendiri, terfikir jugak mungkin dekat pihak Meta ada developer junior yang guna AI untuk tulis sebahagian kod WhatsApp Web, dan sebab tu lah bug pelik ni wujud. Ironi betul kalau memang macam tu.

Tapi dari sudut lain, inilah sebenarnya dunia teknologi sekarang. Kadang kita bukan sekadar pengguna, kita kena jadi “doktor” untuk software juga. Hari ni min berjaya “sembuhkan” WhatsApp Web dengan bantuan Tampermonkey. Esok lusa, mungkin ada pula bug lain yang menunggu giliran. Apa pun, pengalaman ni buat min lebih yakin bahawa dengan gabungan kesabaran, sedikit keberanian, dan teknologi yang betul, banyak masalah boleh diselesaikan.


RELATED ARTICLES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Most Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x