Views: 0
AMD baru-baru ini tersilap apabila mereka terlepas muat naik source code penuh FidelityFX Super Resolution 4 (FSR 4) dalam kemas kini SDK di GitHub. Walaupun fail tu cepat-cepat ditarik balik, ramai developer sempat fork (salin) dan simpan. Jadi, walaupun AMD cuba padam, ramai dah sempat “cop” dulu.
Yang buat kes ni jadi lebih pelik ialah source code tu dilepaskan sekali dengan MIT License. Ini jenis lesen open source yang tak boleh ditarik balik. Maksudnya sesiapa yang dah sempat download, boleh guna, ubah, atau kongsi balik secara sah. Jadi, walaupun AMD tak berniat nak open source FSR 4, realitinya kod tu dah “bebas” untuk digunakan.

Dalam kod yang bocor tu jugak, ada penemuan menarik. Ia menunjukkan penggunaan INT8-based shader libraries. Ini bagi petunjuk bahawa AMD mungkin sedang cuba buat FSR 4 boleh digunakan pada GPU lama macam RX 7000 series (RDNA 3), bukan hanya terhad kepada RDNA 4 sahaja seperti yang orang sangka.
Ada juga yang mengatakan, FSR 4 malah akan menyokong kad tanpa RDNA pun! Benda dah open, mungkin ada yang akan masak sendiri coding FSR 4 untuk kad lama. Tak boleh bayang kad lama macam RX580 masih lagi dapat update terkini FSR 4. Haha…
Kebocoran ni bagi kesan besar dari segi strategi. FSR 4 adalah teknologi upscaling yang AMD nak gunakan untuk bersaing dengan NVIDIA DLSS. Bila source code dah tersebar, pesaing dan komuniti boleh kaji pendekatan AMD dengan lebih mendalam. Walaupun bukan semua orang boleh tiru bulat-bulat, rahsia dalaman dan hala tuju teknologi AMD dah terdedah.
Tak sama Nvidia yang kedekut dan acah ekslusif dengan DLSS mereka, AMD pilih pendekatan komuniti. Mereka cipta satu produk, dan serahkan pada komuniti untuk tambah baik. FSR 1-3 terdahulu juga dibuat terbuka. Ini bukan saja menguntungkan AMD dengan buruh percuma, malahan disukai komuniti kerana dapat berkongsi.
Kesimpulannya, walaupun AMD cuba kawal keadaan dengan tarik balik fail tu, kerosakan dah berlaku. Dengan lesen MIT yang dah terlepas, FSR 4 kini berada di tangan komuniti. Sama ada ini akan jadi kelebihan (dengan lebih ramai developer bantu kemajuan FSR 4) atau jadi kelemahan (pesaing ambil kesempatan), hanya masa akan tentukan.
P/S: kalau tanya saya, macam “sengaja” pun ada kod bocor ni.