Pemberian Trafik Percuma : Bagaimana Mereka Melakukannya??

Salam semua sahabat-sahabat MyHAC atau aku gelarkan korang sebagai Hyckerz..ok tak nama fan tuh? ke nak nama lain? heheh..
ye la..macam Slipknot, nama fans dorang Maggots, Cromok pulak Cromers..so fans MyHAC ialah Hyckerz la..
(ehem..MyHAC dah ade fans ke?? hehehe..ni kes syok sendiri tau! jangan tiru~)

Ok-ok..cukup-cukup la aku merepek..
sebelum aku habiskan posting entry aku kali ni, aku nak korang pegi cari makna-makna bagi perkataan di bawah:

Iklan Google

1. bot
2. ping
3. Internet Protocols

dah cari? kenapa aku suruh korang cari? sebab aku tak sempat nak tulis panjang-panjang..heheh..

Iklan Google

ok la..aku dah puas mengkaji dan mencari melalui pelbagai sumber terutamanya melalui Hackers Seach Engine..
ape? Hackers pun ada search engine tersendiri? mesti la! hahaha..hari ni sehari suntuk masa aku habiskan mencari maklumat berkenaan kaedah yang blogger-blogger kontemporari gunakan untuk ‘memberi trafik percuma’ kepada sesiapa yang menampalkan ‘banner’, atau ‘backlink button’ yang akan di-linkkan kepada pemunya blog tersebut..hahaha..ada yang kata pemunya blog tu CURI trafik dari mereka-mereka yang menampalkan banner atau backlink button tadi..hmmm..bagi Mr.HAC, ini isu panas..jadi biarla Mr.HAC menjelaskannya secara terperinci..

Begini..aku telah menjumpai lebih dari 5 perisian yang menawarkan fungsi yang serupa..namun untuk entry kali ini, aku akan jelaskan hanya satu sahaja..aku jumpa satu perisian yang dinamakan sebagai ‘Fake Referral Link
(NAMA SEBENAR PERISIAN DIRAHSIAKAN..kenapa?? nanti aku jelaskan!)
Bagaimana ia berfungsi?? sebelum tu aku nak korang tahu yang walaupun namanya FAKE tapi TRAFIK yang masuk ke blog korang adalah BENAR…
Perisian ini berfungsi dengan cara melakukan ‘lawatan’ atau istilah orang sekarang ping kepada setiap url yang berada dalam senarai data basenya..ianya boleh di-setting dengan menetapkan satu REFERRAL LINK (sebagai contoh aku letak refferal link tu link blog aku ni haa..) dan kemudian aku senaraikan semua url blog yang dah tampal banner dari blog aku..
selepas tu aku boleh tetapkan berapa kali aku nak ‘ping’ senarai url blog-blog tersebut, berapa ratus kali, atau berapa ribu kali trafik yang nak masuk, aku punya suka, aku punya setting,
 dan aku juga boleh menetapkan sela masa atau jangka/jarak masa (interval) bagi setiap ping yang telah dilakukan..
ia juga mampu berkomunikasi dengan Nuffnang, Google Stats dan lain-lain lagi..
Internet Protocols (IP) yang melawat ke blog korang memang akan datang dari SELURUH DUNIA..perghh..kalau korang dah cari makna BOT, korang akan lebih faham la..
dahsyat? hahaha..aku dah jumpa yang jauh lebih dahsyat dari tu..tapi hari ni cukup la aku jelaskan hanya satu aje..
takut-takut korang tak faham pulak..

Kenapa aku rahsiakan nama perisian tu? sebab aku tak nak dikemudian hari SEMUA BLOGGER yang dah baca entry ni BERLUMBA-LUMBA NAK JADI MACAM MATAHAW DAN OHDAUS!!
korang kena faham..dorang buat semua tu, biarpun ada code ‘blog tumpang’ di blog kita, biarpun page kita kena load dua kali disebabkan oleh code tersebut, tapi dorang memang BAGI KORANG TRAFIK!! sebab pemberian trafik tu kena buat secara manual terlebih dahulu dengan membuka perisian, dan kemudian auto ping akan menjalankan tugasnya..
aku ada bukti! korang tengok gambar kat bawah ni..



ni merupakan screenshot dari salah satu jenis perisian yang aku jumpa..aku tak tipu ok..
aku bukan jenis suka cakap kosong..
aku tak nak korang semua berlumba-lumba nak jadi PEMBERI TRAFIK sampai korang lupa tanggungjawab korang sebagai seorang blogger untuk jaga blog korang..daripada korang jadi pemberi trafik, lebih baik la jadi macam aku..aku TERIMA aje trafik yang bro HAW bagi kat blog aku ni..tu lagi senang..apa? korang nak aku pulak bagi trafik? hmmm..bagi aku, korang amek la trafik dari Matahaw atau ohdaus tu ok..aku lebih senang jaga blog aku ni..
bukan keje senang yeop nak bagi trafik kat orang sebab PC kena laju!
malas la aku..perisian ni boleh didapati di Forum Hackers Antarabangsa yang terkenal..korang kena daftar dulu baru boleh muat turun..apa urlnya?
korang cari sendiri ok!

jadi apa komen korang? korang PUAS HATI tak dengan penjelasan aku kali ni?
sila tinggalkan komen kat bawah ye..

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

23 KOMEN

  1. akak memang dah paham dah pasal tu..sebab tu lah..akak terima je bila Haw bagi traffic..Kalau Mat Hac (heh..heh..heh..) nak bagi..pun akak terima jugak..

  2. betul tu hacker, main2 plak buat tajuk sbb nk tarik trafik..hu hu..sy guna totalping..& geng jg dgn Haw

  3. korang ni nak ke generate traffic dengan menggunakan software yang aku dapat ni?
    kalau nak aku bagi la..
    tapi personal la..
    heheh..
    belanja KFC ke..
    ok jugak~ :P

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img