Dictionary Based Attack atau Dictionary Attack adalah kaedah menceroboh/memasuki komputer yang dilindungi kata laluan atau pelayan dengan sistematik memasukkan setiap perkataan dalam kamus sebagai kata laluan. Dictionary Attack juga boleh digunakan dalam usaha untuk mencari kunci yang diperlukan untuk mendekripsi mesej atau dokumen yang terenkripsi.
Dictionary Attack terjadi/ditemui/dicipta kerana banyak pengguna komputer dan peniaga menggunakan kata-kata biasa daripada kamus sebagai kata laluan. Dictionary Attack jarang berjaya terhadap sistem yang menggunakan beberapa frasa-kata, dan gagal melawan sistem yang menggunakan kombinasi rawak dari huruf besar dan huruf kecil dicampur pula dengan nombor. Dalam sistem tersebut, kaedah Brute Force Attack (di mana setiap kemungkinan kombinasi karakter dan ruang dicuba sehingga panjang maksimum yang tertentu) kadang-kadang boleh berkesan, walaupun pendekatan ini memakan masa yang lama untuk berhasil.