Alhamdulillah. Segala puji bagi Tuhan Rabbul Izzati, kerana dengan limpah rahmatnya, masih lagi saya, Arya Putra a.k.a Mr.Hac menulis lagi di sini. Sekembalinya Mr.Hac, tidak lain dan tidak bukan Mr.Hac nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Mungkin ada yang sudah pulang ke kampung halaman, mungkin ada juga yang masih menunggu ‘jualan raya’ untuk membeli-belah dengan keluarga masing-masing. Apapun, satu saja pesanan Mr.Hac, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. Perghhhh.. Syahdunya ayat ni!
Yup. Malam tu memang pantas. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Bukan salah sesiapa, tetapi lumpur di jalan menjadi punca. Motorsikal yang ditunggangi Mr.Hac tergelincir dan terbabas, manakala Mr.Hac sendiri jatuh tersembam dan bergolek. Sakit tu!
Hampir saja ia meragut kesucian semangat Mr.Hac daripada menulis kembali di blog ini!
Paling menyakitkan, bila kesemua anggota-anggota WUDHUK terlibat dengan LUKA. Meskipun tak parah, tapi dari mulut (bibir) hingga ke kaki, ada saja anggota yang mengalami luka-luka. Ini menyukarkan Mr.Hac untuk mandi dan mengambil wudhuk! Sakit peritnya Tuhan sahaja yang lebih mengetahui. Sebab tu Mr.Hac harap, kepada mereka yang ingin pulang beraya di kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati dan kalau boleh, ELAKKAN KEMALANGAN.
Kepada mereka yang mendoakan Mr.Hac, Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.
Berkat doa anda, luka ini semakin pulih (pantas sekali!)
Sekali lagi Mr.Hac ingin mengucapkan selamat berbuka tengahari
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Kalau Mr.Hac ada terkasar bahasa, ampun maaf jualah yang dipinta!
Hasta pronto evelibody! Em koi sai aaa!! Haha!