Cara Lindungi PC Dari Keylogger

Intro: Letih nak taip intro.

Keylogger: Ada sesiapa yang tak tahu lagi keylogger tu apa?
Kalau ada, RUJUK -> Google

Iklan Google

Secara asasnya, sebaik-baik perlindungan adalah dengan cara pencegahan. Ini termasuklah tabiat pelayaran internet anda, tabiat muat turun dan juga perkongsian fail melalui storan bergerak anda, iaitu pemacu kilat (Flash drive @ USB Pendrive) dan cakera keras luaran (External HDD).

Tetapi jika semua langkah berjaga-jaga telah diambil, namun akhirnya PC anda menunjukkan tanda-tanda dijangkiti keylogger, seperti taipan pada papan kekunci menjadi lambat, prestasi PC merosot dengan mendadak (kerana keylogger juga menggunakan RAM dan memori yang sama pada PC anda) dan juga proses-proses pada PC anda terasa begitu ‘berat’, apakah lagi yang mampu anda lakukan selain format semula PC anda?

Iklan Google

Baiklah. Sebelum format PC tersebut, anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga supaya segala apa yang anda taip pada papan kekunci tidak berjaya direkodkan dan dihantar kepada penggodam. Jadi bagaimanakah caranya?

Terdapat satu perisian yang mampu membantu anda mengenkripsi setiap apa yang anda taip dan menyebabkan data yang sepatutnya gagal dihantar kepada penggodam. Ia dipanggil Keyscrambler.

Menawarkan 3 pakej untuk komputer dengan sistem operasi Windows, ia boleh mencegah data sulit seperti nama pengguna dan kata laluan daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.

Muat turun versi percumanya di sini -> Keyscrambler Personal Free

Selepas pemasangan, anda hanya perlu restart PC anda, dan selepas itu segala aktiviti pada papan kekunci dan pelayar web anda akan terenkripsi oleh perisian ini seperti mana gambar di atas. Keylogger tetap akan merekodkan taipan pada papan kekunci anda, namun data yang diperolehinya adalah berbeza.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img