Jika anda masih belum membaca entri sebelumnya DI SINI, silakan membacanya terlebih dahulu kerana di situ Mr.Hac telah senaraikan 30 ENTRI yang berkaitan dengan apa yang perlu dilakukan selepas siap pemasangan Ubuntu.
Entri ini ialah versi 2.0 kepada entri tersebut. Silakan menyambung perjalanan anda dalam dunia Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot!
1. Pasangkan Codecs:
sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras
Apabila keluar tetingkap seperti di bawah, anda hanya perlu klik ‘Ok’ dan ‘Yes’:
2. Pasangkan Flash Player:
sudo apt-get install flashplugin-installer
Atau anda boleh pasangkannya melalui laman web rasmi Adobe : Flash Player
Setelah selesai dua perkara penting itu, tiba masa untuk kita ‘tweak’ Ubuntu.
3. Pasangkan Unity 5.0
sudo add-apt-repository ppa:unity-team/staging
sudo apt-get update && sudo apt-get dist-upgrade
Bagaimana jika terdapat masalah dengan Unity 5.0? Jika ada masalah, sila buangkan PPA sebentar tadi:
sudo apt-get install ppa-purge
sudo ppa-purge ppa:unity-team/staging
4. Disebabkan Mr.Hac terbiasa dengan ciri Arch Linux yang sentiasa berada dalam ‘Bleeding Edge Moment’, maka tidak teragak-agak untuk Mr.Hac memasang Firefox Aurora pada Ubuntu 11.10:
sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/firefox-aurora
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
5. Pasangkan versi terbaru Transmission
To all SOPAK lovers out there, you should love this software too!
6. Memasang plugin ekstra untuk Compiz (Ini akan dibincangkan dalam entri seterusnya!)
7. Mengaktifkan Multiverse Repository:
Buka Software Sources, tandakan (centang) ‘Software restricted by copyright or legal issues (multiverse)‘.
Buka tab ‘Other Software’, sila tandakan pada kotak yang tidak ditandakan:
Ok. Cukup lah 7 tu kan? Campur dengan 30 entri lagi sebelum ni, dah jadi 37, ye tak! Salam hormat dan jumpa lagi!