Firefox 10 Kini Dilepaskan!

Sepertimana yang umum ketahui, Firefox 10 telah pun dilepaskan kepada umum untuk dimuat turun dan dipasangkan pada komputer masing-masing. Pada yang ingin menaik taraf boleh juga melakukannya dengan cara klik pada butang Help > About Firefox > dan tunggu ia mengemaskini versinya lalu mulai semula (Restart) pelayar web anda.

Pada mereka yang menggunakan Ubuntu (tidak kira apa versi), tunggulah dalam beberapa hari lagi pasti anda boleh memasangnya melalui Update Manager, atau buat yang tidak sabar lagi boleh menggunakan PPA (Sila cari sendiri caranya) atau boleh juga menggunakan cara INI.

Anda boleh lihat apa yang baharu dalam versi 10 ini DI SINI. Agak banyak juga Pepijat (Bugs) yang telah dibaiki.

Pengguna Arch Linux tak payah mengada nak tunggu. Kemaskini dan naik taraf sistem anda, Firefox versi terbaru sudah tersedia. AUR memang cemerlang!

Iklan Google

UPDATE:

Selepas anda siap memasang Firefox 10, cubalah gunakannya. Anda akan dapat rasai perubahan dari segi kelajuan. Kemudian apabila anda pasang mana-mana Addon, dan kemudian mulai semula (Restart) pelayar web Firefox anda, akan muncul tetingkap untuk mengesahkan pemasangannya. Apabila anda mengesahkannya, anda perlu mulai semula sekali lagi. Memang agak menjengkelkan, tetapi mungkin pembangunnya ada sebab-sebab yang tertentu. Selain itu, butang ‘Forward’ akan disorokkan melainkan ada laman yang benar-benar boleh ‘dikehadapankan’ (Forward).

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img