Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah, niat untuk menyumbang maklumat di MHAH tercapai ^^
Nak update selalu rasanya boleh “kot”
InsyaAllah jika kelapangan saya update.
Back To Topic,
Tutorial ini boleh ikut pengguna yang pakai Sony Ericsson Xperia X8.
Tapi kena ingat, Xperia X8 ini ada dua jenis. E15i dan E15a.
E15i senang sikit kerana tidak perlu untuk menukarkan baseband version.
E15a pula kena tukar baseband version kerana sesetengah ROM tidak support E15a.
Barang yang anda semua perlu ada ialah :
- PC Companion / Update Service
- Xperia Stuff
- SuperOneClik
- Charge Handphone
- Cable Handphone
- Sebarang air untuk minum ( untuk ketika menunggu =P )
Pastikan anda ada barang di atas baru boleh ikut step seterusnya na?
Attention : Sila disable antivirus anda, kerana ia detect Virus pada file ” GingerBreak “. Lepas sudah download no.2 dan no.3, hendaklah diextract dahulu yer =) dan pastikan ada berada di tempat yang ada WIFI.
p/s : maaf kerana tidak bekalkan gambar =(
Charge Handphone
Pastikan handphone anda semua “fully charged!” atau 50% ke atas. Kerana bawah 50% tidak boleh untuk update firmware dan install ROM. Pernah sekali saya lupa charge. Install ROM dalam keadaan mengantuk, sampai terpadam X8 kawan saya. Nasib ok balik, install semula update tu.
Backup Contact
Pastikan anda semua backup dahulu contact yang ada dalam X8 kerana selepas Update/Install ROM, contact akan hilang. Caranya senang sahaja. Hanya menekan Softkey ( atas softkey tu ada 4 kotak kecil) lalu memilih ” Import/Export “. Cadangan saya, pilih “Export to SD card ” kerana ia akan disimpankan dalam Memory Card anda!. Boleh anda simpan, dan jika memakai Handphone baru yang menggunakan konsep “Android” hanya tekan contact tu lalu akan di simpankan dalam contact handphone.
SD card
SD card atau bahasa manjanya, Memory Card hendaklah dipasang dalam X8 anda kerana ia sememangnya perlukan Memory Card untuk update/repair X8 anda.
Dah sedia?
Jom melangkah step seterusnya! ^^
Step 1
- Cucuk/Connect cable anda pada X8 dan PC anda. ( pastikan bateri anda 50% atau full)
- Tekan ” Start ” di column ” Support Zone “. Dan tunggu ia download. Tidak lama, hanya 2MB saja filenya. Kemudian anda akan masuk satu tempat, di mana ada 3 bahagian, lupakan 2 bahagian tersebut, cuma anda perlu tekan Update sahaja.
- Sila pilih jenis Handphone anda. Jika X8, pilih Xperia X8, abaikan warna tu. Jika anda pakai case hitam, boleh juga. ” Tidak menjejaskan X8 anda melainkan pilih jenis lain ==” “
- Jika ia mengatakan latest update, kira OK la. ^^ Kalau tidak ikut langkah2 yang keluar di screen anda.
- Ini untuk yang firmware lama, selepas ia download file update, sila ikut betul2 langkah yang keluar di screen tu tau. ” Jangan lupa cucuk cable di X8 dahulu, tekan butang Back selepas cucuk cable di PC “
- Jika anda pertama kali guna, lambat sedikit la. Harap sabar yer :3
- Selesai update semua itu, anda dapat latest firmware pada X8 anda ^^
Extra :
- Sila pergi ke Settings>Applications>” Unknown sources ” dan ✔. Sama juga ✔ ” USB debugging ” dalam Development.
Step 2
- Buka file yang bernama SuperOneClick
.exe. Kemudian connect X8 anda, tapi jangan tekan apa2, cuba connect sahaja X8 anda. - Selepas connect cable, anda boleh tekan Root.
- Anda perlu tekan YES saja. Kecuali ending proses ada butang Donate. =P
- Maka X8 anda telah diROOTkan.
p/s : Jika anda ROOT X8 anda, maka terbatallah warranty anda. Jadi, tanggungjawab anda 100% jika anda buat. Saya hanya beri langkah dan bantu jika ada kesulitan saja ^^
Step 3
Ingat lagi Step 2? Jika tidak ingat, tu lihat atas =P. Barulah boleh tekan Connect Phone. ( eh, lebih kurang la. Sebab saya tak boleh set semula X8 saya kerana petang ni balik Sg. Petani da =(. Maaf sangat2 )
- Buka folder ” xperia x8 “
- Copy folder xRecovery, kemudian paste dalam SD anda.
- Buka folder Root Explorer, copy Root.Explorer.2.14.2
.apkdan letak dalam SD anda. - Connect wifi, dan buka Market, Update/Install SuperUser dan Install Astro File Manager. Kemudian buka Astro lalu install Root Explorer yang anda copy dari PC ke SD anda..
- Selepas update, reboot X8. ( Reboot tu turn off dan on balik. Stock ROM tiada Reboot )
- Pastikan anda connect wifi, kemudian buka SuperUser, tekan softkey kiri dan pilih Preferences.
- Scroll bawah sekali pilih Su binary #version SU anda.
- Tekan Allow. ( Jangan tekan lambat, nanti failed )
- Keluar Apps SuperUser, buka Apps Root Explorer.
- Tekan Allow untuk guna. Jika naik Restart Apps itu kerana anda tidak update SuperUser anda.
- Buka folder xRecovery dengan menggunakan Root Explorer, kemudian masuk sdcard,masuk folder xRecovery lalu tekan softkey kiri itu, pilih Multi-Select, ✔ 3 file yang ada dalam folder tu. Busybox, chargemon, dan xrecovery. Tekan Move boleh, Copy pun boleh.
- Tekan softkey back 2x tau. Masuk folder system>bin. Nampak tak ada perkataan ” Mount R/* “. Cuba paste, jika tidak boleh tekan Mount R/* lagi sekali.
- Sudah paste, turn off X8 anda. Tunggu 5 saat dan BINGGO! xRecovery dah install dalam X8 anda.^^
Cara2 Menggunakan xRecovery
Volume UP – Untuk tekan atas
Volume DOWN – Untuk tekan bawah
Sofkey Menu – Untuk Enter
- Sila pilih ” Backup and restore “
- Tekan Backup. ( ini untuk persediaan jika berlakunya pekara tidak diingini. Sediakan payung sebelum hujan ^^ )
p/s : pastikan SD anda lebih 500MB ke atas. untuk backup data. file tersebut boleh dicari di SD anda, nama xRecovery.
Extra : kalau download ROM, paste dalam folder xrecovery supaya senang nak flash^^
Untuk install custom ROM hanya melakukan Full Wipe dahulu baru pilih Install Custom Zip>Choose custom zip from sdcard>xrecovery. Full wipe lepas install ROM. Jika banyak, banyak la. Sampai last update tu tidak perlu full wipe dah ^^
Custom ROM cadangan saya GingerDX by Doixanh. Gempak!
Lepas anda pakai, dalam ROM itu ada Terminal Emulator ^^
Berita Buruk : Windows 7 dan XP boleh la buat, Linux/Ubuntu saya tidak tahu =(
Jika ada keraguan dan pertanyaan sila respon yer ^^
p/s : maaf jika silap.