Insert the coin!
Sebelum ini saya telah memakai CyanogenMod 9 pada HTC One X. Tak sampai dua hari saya sudah tidak tahan lagi dengan bateri yang begitu cepat sekali kadar penurunan kuasanya. Maaf developers/chefs, bukan sengaja mahu membuat perbandingan. Tetapi hanya menyatakan kebenaran. Tambahan pula Beats Audio tiada pada CM9! Mana boleh tahan!
Jadi saya flash pula InsertCoin setelah beberapa hari membelek forum xda-developers dan membaca reviu dari para pengguna. Woahaa! Super awesome! Terdapat InsertCoin Tweak yang boleh mengubah beberapa tetapan umum seperti bateri, jam, dan beberapa tetapan lain yang lebih kedepan (advance).
Selain itu prestasi bateri juga agak cemerlang. Setelah melakukan kalibrasi dengan baik, saya dapati dalam waktu 7 Jam 40 minit 8 jam, bateri masih berbaki 94%. Ini menunjukkan kadar penurunan kuasa yang sangat perlahan! Tak lupa juga Beats Audio yang dapat berfungsi dengan cemerlang selain kesemua bloatware telah dibuang secara default.
Anda boleh tonton video di bawah untuk review penuh dan gambaran kasar/umum mengenai ROM ini:
Peh…bole laa ak wt ni bb ak pkai htc one x..urm.