Saya kemaskini satu lagi permainan untuk anda hari ini sebelum saya pulang ke Ipoh untuk berbuka di sana. Siapa yang tidak kenal dengan permainan yang popular dari Gameloft ini, Asphalt 7? Err.. sebenarnya saya sendiri pun baru mengenali siri Asphalt ini dari versi 6. Haha..
Permainan ini bagi saya sangat menarik. Sepadanlah dengan harganya. Apa yang buat saya teruja bukan saja dari kualiti kepermainannya (gaming experience), tetapi juga dari segi kualiti grafik yang dibuat dengan teliti.
Anda bolehlah teliti pula gambar-gambar berikut:
Kesemua fail yang anda perlukan ada di dalam folder Minus.com yang boleh anda muat turun melalui pautan di bawah:
Jika sebelum ini anda pernah memasang Asphalt versi terdahulu, sila nyah-pasang ia (uninstall) keseluruhannya iaitu APK, OBB dan SD Data. Kemudian, pasangkan fail APK yang baharu. Salin dan tampal fail OBB ke dalam direktori sdcard/Android/Obb/ dan ekstrak fail A7 v1.0.0 TB .rar ke dalam folder Titanium Backup. Buka Titanium Backup dan pilih ‘Restore Data’. Setelah itu jalankan permainan dan tunggu sehingga paparan Asphalt 7 muncul.
Jika ia tertutup selepas anda jalankan buat pertama kali, sila pastikan fail obb berada dalam folder yang sepatutnya iaitu (sdcard/Android/obb/com.gameloft.android.ANMP.GloftA7HM). Jika ia tiada di dalam folder tersebut, maka anda cuma perlu salin ia kembali dan jalankan semula Asphalt 7. Naaahhh.. mari kita berlumba!
Via: APK Mania
salam, nak brtanya..
utk download, hp perlu root dulu ker..??
sorry, new android user here…