Telco Malaysia Memintas Semua DNS Dalam Polisi Baru

Ujian Mendapati Banyak Laman Yang Disekat Kini Tidak Boleh Diakses Walau Dengan Menggunakan DNS Google dan Cloudflare

Sambungan Dengan DNS Dihala Semula ke Alamat Telco

Awal tahun ini, kami ada menulis tentang ura-ura telco di Malaysia akan melaksanakan transparent DNS proxy. Transparent DNS Proxy adalah satu teknologi yang boleh digunakan telco untuk menapis semua DNS ‘terbuka’ dan memaksa pengguna untuk menggunakan DNS mereka sendiri. Caranya, mereka akan memintas semua permintaan DNS pada protokol TCP/UDP dan seterusnya menapis permintaan DNS ke arah DNS mereka.

[Kemaskini 9/8/2024@1:30PM] Laporan daripada iMAP dan beberapa media tempatan seperti SoyaCincau dan MalayMail juga turut mengesahkan berita ini. Bagi kami di OMG Hackers, langkah ini ada kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan Transparent DNS Proxy

  1. Kerajaan, melalui telco boleh memantau aktiviti dalam ruang internet negara.
  2. Pengesanan ancaman keselamatan dan keganasan yang lebih mudah.
  3. Penapisan kandungan internet yang lebih menyeluruh bagi kandungan yang disekat kerajaan.
  4. Menyekat penyalahgunaan trafik telco, sekaligus meningkatkan prestasi rangkaian telco.
  5. Telco sebagai pertahanan pertama terhadap sebarang serangan siber dan DDoS.

Kekurangan Transparent DNS Proxy

  1. Satu bentuk kawalan kerajaan ke atas kebebasan internet.
  2. Masalah dengan sambungan internet sekiranya telco gagal untuk meyediakan tetapan yang terbaik.
  3. Kebocoran data sekiranya penggodam berjaya masuk ke dalam sistem DNS telco.
  4. Menyukarkan aktiviti pelaporan jenayah dan keselamatan data apabila orang awam tidak lagi dibenarkan mengakses laman pasaran penjualan data.
Gambarajah menerangkan tentang Transparent DNS Proxy.

Apa Itu Transparent DNS?

Dalam bahasa mudahnya, apa itu transparent DNS? Bayangkan anda menaiki motosikal. Walaupun ada jalan utama, anda memilih untuk melalui jalan alternatif. Jalan alternatif ini anda pilih mungkin kerana ia lebih sunyi, lebih healing, ada pemandangan menarik, lebih laju sampai ke destinasi, ataupun memang anda tak nak melalui pemeriksaan pihak berkuasa. Dengan transparent DNS, bayangkan semua laluan alternatif ini telah disekat dan anda kemudiannya dipaksa untuk melalui jalan utama sahaja. Jadi, sekarang anda terpaksa melalui satu jalan sahaja dan tidak boleh menikmati jalan lain yang anda suka.

Adakah anda terjejas? Boleh cuba sendiri ujian DNS anda di sini.

Iklan Google

Bagaimana Caranya Untuk Mengelakkan Tapisan DNS Malaysia?

Kebiasaanya, banyak cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan diri daripada tapisan DNS seperti menukar sendiri alamat DNS di tetapan sistem operasi, menukar tetapan DNS di router, dan juga menggunakan DNS awam di tetapan pelayar web anda secara terus menggunakan DNS over HTTPS (DoH). Ini dipanggil DNS Spoofing. Namun begitu, kesemua cara ini SUDAH TIDAK BERKESAN.

Sebaliknya, anda kini terpaksa menggunakan VPN yang bagus untuk menghadapi tapisan DNS ini. Saya secara peribadi sudah menggunakan SurfShark selama 4 tahun dan ia berfungsi baik dengan telco CelcomDigi dan Unifi saya. Boleh dapatkan akaun percubaan SurfShark selama sebulan di sini.

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img