Review: Noontec Moviedock A3 Media Player

Zaman moden ini, kita tidak lagi bergantung harap kepada Blue Ray player, apatah lagi DVD player kerana buat mereka yang biasa bergelumang dengan dunia internet, muat turun adalah pilihan utama. Meskipun ada yang gemar kepada produk asli Blue Ray, kerana katanya lebih cantik serba-serbi, namun fakta lebih ramai yang gemar muat turun tidak dapat dinafikan lagi.

Jadi di sinilah sebuah Media Player atau Multimedia Player menyerlah. Kerana apa? Kerana saya yakin lebih ramai juga yang gemar menonton filem atau rancangan kegemaran di televisyen berbanding di hadapan skrin komputer mahupun laptop.

Iklan Google

Noontec bukan jenama baru dalam industri pembikinan gajet-gajet media atau barang elektronik. Pelbagai produk dari syarikat ini telah berada di pasaran, termasuk Noontec Zoro, iaitu sebuah headphone entry level yang pernah saya review suatu ketika dahulu.

Baru-baru ini saya berasa teruja untuk mencuba model Noontec Moviedock A3, iaitu Media Player yang dicipta khas oleh Noontec buat para penggemar muat turun. Media Player ini hadir dengan set yang bagus iaitu Media Player itu sendiri, alat kawalan jauh, kabel HDMI, kabel standard Composite/Audio R/L RCA, USB to mini – USB adapter, bateri AAA sebanyak 2 biji untuk alat kawalan jauh, kabel kuasa dan juga manual.

Iklan Google

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil:

Klik untuk paparan lebih jelas

Daripada gambar di atas, kita dapat simpulkan bahawa pemain media ini boleh memainkan hampir kesemua format-format utama baik video mahupun audio. Sedikit tips, untuk mereka yang berminat, jika anda ingin pemain media Noontec Moviedock A3 ini membaca sari kata (subtitle) video anda yang disertakan sekali dalam satu folder, sila namakan semula (rename) sari kata itu kepada nama yang sama dengan video tersebut.

Buat mereka yang menggunakan televisyen skrin rata (plasma, LCD, LED) yang mempunyai port HDMI, maka anda boleh menikmati filem kegemaran anda dengan paparan definisi tinggi penuh 1080P. Sangat berbaloi sekali dengan harga yang ditawarkan. Oh ya, sebut mengenai harga, anda boleh membelinya pada harga serendah RM199 di mana-mana kedai IT terpilih. Jika anda mempunyai keahlian di kedai IT Challenger, harga yang ditawarkan adalah RM176. Sangat murah dan berbaloi bukan?

Sekali lagi ini bukan entri tutorial cetak rompak!

Sekian. Harap anda mendapat sedikit info dari entri ini. Jika anda berminat, jangan lupa cepat-cepat singgah di kedai IT berdekatan kerana model ini sedang laris bak pisang goreng panas di tengah kawasan perumahan teres. Haha! Chow sin chiiiii!

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img