Dari siri animasi ke aksi langsung. Filem Keluang Man kini sah jadi realiti!
Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran filem Keluang Man dari Astro Shaw. Agak terkejut juga dengan kostum yang ditayangkan. Bukan terkejut kerana rupanya, tapi terkejut kerana betapa hampirnya ia dengan sumber asal. Ya, Keluang Man sememangnya berwarna ungu. Apa yang dimodenkan oleh Astro Shaw adalah topengnya yang kelihatan agak keras dan seperti zirah perisai.
Dalam animasi asal, Keluang Man tak ada “6 pack” pun. Topengnya ada ekor dan rambu-rambuan seperti topi pemandu jet pejuang Jepun zaman perang dunia ke-2 berwarna coklat. Tak ada topeng keras, tak ada padding.
Maka ramailah mengutuk kostum semalam dan tunjukkan “rekaan” masing-masing yang kononnya “lagi cantik” tu. Rekaan lah sangat dengan taip-taip keluar gambar. Dalam penghasilan kostum, bukan setakat lukis saja. Perlu fikir juga proses penghasilan, saiz, material, dan jahitan. Selain itu, perlu diambil kira juga faktor fizikal model dan keselesaan pemakai. Kalau setakat taip-taip keluar gambar, gajah pun boleh terbang. Dengan kotak kadbod pun boleh buat kostum. Lagi senang.
Secara peribadi, kostum yang dilancarkan semalam dah cukup “advance”. Nampaklah elemen dan proses penghasilan moden. “6 pack” pun dibuat dengan jahitan, bukan lukis guna marker saja. Ada 3 tona warna ungu di seluruh kostum, menjadikan kostum nampak “hidup”. Kalau nak diikutkan sumber asal, kostum Keluang Man hanyalah kain biasa seperti kostum Power Rangers. KALAUlah Astro Shaw ikut betul-betul sumber asal, tak tahulah apa yang orang akan kutuk. 😂
Ada juga yang bandingkan dengan kostum Captain America. Ini pun sama juga kelakar. Chris Evans tu badannya macam mana? Kalau dia pakai baju kelawar pun nampak macam kostum adiwira tau? Ambil kira jugalah faktor bajet dan sumber di Hollywood sana.
Apa pun, tahniah Astro Shaw kerana telah merealisasikan impian kami semua golongan boomer dan separa boomer ini yang telah lama menanti. Syabas!