Allahu, semoga mangsa selamat. Seorang mangsa tanah jerlus masih lagi cuba diselamatkan oleh pelbagai agensi keselamatan termasuk Bomba Malaysia. Pelbagai teknik telah dicuba termasuk membuat lubang dengan JCB. Setakat ini, lubang sedalam 8 meter telah dikorek.
Kerja-kerja penyelamatan menghadapi cabaran kerana lubang tidak berbentuk segi empat dan dipenuhi dengan saluran utiliti dan infrastruktur bawah tanah. Kerja-kerja penggalian perlu berhati-hati daripada merosakkan aset utiliti dan infrastruktur lain.