Waldo Vision adalah AI sumber terbuka yang diajar oleh komuniti. Ia menerima rakaman video sesi permainan dan menganalisa rakaman untuk mengenalpasti penipu. Apa yang membuatkan Waldo Vision lebih ke hadapan berbanding sistem anti-cheat yang biasa adalah kebolehannya untuk mengesan perubahan yang sangat kecil dan menganalisa gaya bermain pemain.
Namun, apa yang paling menarik bagi saya adalah kemampuan Waldo Vision untuk membezakan yang mana bot dan yang mana manusia sebenar yang benar-benar hebat dalam bermain permainan. Setiap pemain yang dinilai oleh Waldo Vision akan disimpan dan diingati Waldo Vision dalam bentuk AI Biometric Profile.
Jadi, walaupun ID penipu asal telah diban, Waldo Vision tetap dapat mengenalpasti penipu tadi walaupun telah membuat akaun baru. Ini bermakna, penipu akan di-ban seumur hidup walaupun telah menukar akaun dan alamat IP mereka.