Nikmati Semula Kegembiraan Masa Kanak-kanak: Gamepad Teleskopik Terbaik Bawah RM200
1. Samsung Glap Play
Gamepad rasmi daripada Samsung yang dikeluarkan khas untuk siri Galaxy S. Samsung Glap Play direka dengan rekaan yang unik dan tersendiri. Disambung dengan Bluetooth pada telefon, ia menyokong Xinput. Samsung menyokong kawalan secara rasmi untuk beberapa permainan mudah alih seperti COD: Mobile dan beberapa permainan utama lain. Ia juga boleh digunakan untuk Steam Link.
Kekurangannya adalah saiz yang agak besar dan butang R1&L1 yang terlalu. R2&L2 menggunakan Hall Sensor tetapi diletakkan agak terkebelakang dan agak kekok untuk digunakan. Produk rasmi dari Samsung, jadi anda tahu ianya berkualiti. Cuma anda perlu mengambil kira faktor dimensi dan rekabentuknya yang agak unik.
Shopee: https://shope.ee/5UxaKOmqPY (RM159)
Lazada: https://invol.co/clgezm4 (RM155)
2. Razer Kishi V1 Xbox
Razer Kishi V1 nampaknya semakin murah di kedai rasmi mereka di Shopee. Daripada harga asal RM389, kini ia dijual pada harga bawah RM200! Gamepad yang paling banyak direview dari jenama terkenal, Razer Kishi adalah pilihan mudah sekiranya anda tidak cerewet. Beli dan main saja. Disambung ke telefon dengan port USB-C, ia menyokong Xinput menggunakan suis analog linear untuk butang R2&L2.
Shopee: https://shope.ee/20NcDZRGbO (RM179)
Lazada: https://invol.co/clgezst (RM179)
3. Gamesir X2 Bluetooth
Gamesir X2 mempunyai reputasi yang bagus dalam dunia gaming. Rekaan yang bagus dan kualiti binaan yang kukuh. Gamesir X2 Bluetooth adalah gamepad yang sama dengan versi Gamesir X2 biasa cuma ia menggunakan sambungan Bluetooth. Menurut beberapa pengguna, Gamesir X2 Bluetooth menyokong sambungan Xinput dengan pada MediaTek. Jadi, mereka dengan telefon MediaTek kini dapat menikmati permainan dengan menggunakan Gamesir X2. Gamesir X2 Bluetooth tidak mempunyai suis analog untuk butang trigger R2 & L2
Shopee: https://shope.ee/408mZIHcg4 (RM190)
Lazada: https://invol.co/clgf021 (RM190)
4. SOE N1 Pro Type C
Gamepad ini mungkin akan hadir dalam pelbagai nama kerana ia produk ODM. Namun ia akan sentiasa dikenali sebagai N1. Butang D-pad dan butang utama menggunakan suis getah membran dan selesa digunakan terutamanya untuk permainan berlawan seperti Super Street Fighter. Butang R2 & L2 tiada suis analog dan D-pad menggunakan rekaan butang berasingan.
Kuakiti binaan yang boleh dipuji terutama sekali bahan plastik dan warna hitam yang cantik. Butang pada SOE N1 boleh diprogramkan menggunakan aplikasi SOE Game Center. Salah satu alternatif gamepad yang berkualiti dan boleh dipertimbangkan.
Shopee: https://shope.ee/cdogVaoj (RM169)
Lazada:
5. Huawei Beitong Betop G2
Gamepad hibrid ini direka untuk pemain yang lebih gemar menggunakan kawalan butang gamepad dan kawalan pada skrin telefon. Menggunakan thumbstik ALPS asli buatan Jepun dan D-pad bulatan di sisi kanan untuk kawalan gamepad yang tepat dan selesa. Di bahagian kiri pula hanya terdapat butang R1. Menyokong Direct Play pada Huawei dan Honor. Gamepad ini ‘bercerai’ untuk bahagian kiri dan kanannya, jadi ia sangat sesuai untuk telefon yang terlalu lebar.
Shopee: https://shope.ee/8euc9VKaNk (RM199)
Lazada: https://invol.co/clgf0im (RM239)
6. FlyDigi Wee 2T
Gamepad bluetooth dari FlyDigi. Ia dilengkapi dengan 6-axis gyroscope untuk kawalan gyro. Pasti sesuai untuk permainan perlumbaan dan permainan video penerbangan. FlyDigi mengiklankan gamepad ini dengan fungsi Flash Play yang dikatakan lebih pantas dan stabil. Anda boleh menggunakan extension keyboard dan mouse supaya boleh digunakan bersama FlyDigi Wee 2T ini.
Shopee: https://shope.ee/6Uq7abx6Tg (RM179)
Lazada: https://invol.co/clgf0r1 (RM138.68)
7. Ipega PG-9023
Gamepad paling overkill yang pernah saya lihat. Ipega PG-9023 dipasarkan untuk digunakan bersama peranti yang besar dan juga tablet. Menyokong Direct-Play dan Android HID mode menggunakan Bluetooth. Selain daripada butang untuk permainan video, ia juga mempunyai butang multimedia untuk Volume+/- , Play/Pause dan Last/Next. Memang overkill!
Shopee: https://shope.ee/4fOTPnYLVA (RM159)
Lazada: https://invol.co/clgf0y0 (RM149.90)