Beko VRT 94929 VI : Vakum Tanpa Wayar Yang Serba Canggih

Boleh dikatakan hampir setiap rumah akan mempunyai satu set vakum wayar ataupun tanpa wayar dalam penggunaan seharian. Macam Mamu, selalunya 2 hari sekali vakum akan digunakan untuk membersih kawasan ruang tamu ataupun bilik tidur di rumah.

Kali ini, Mamu berpeluang untuk mengulas vakum dari Beko model VRT 94929 VI, model tanpa wayar dari mereka. Sebelum kita tengok lebih lanjut tentang produk ini, mai Mamu ceritakan serba sedikit spesifikasi vakum ini.

Spesifikasi Beko VRT 94929 VI

Kuasa Motor 450W
Masa Operasi 45 minit
Kapasiti  0.9 liter
Jenis Bateri Lithium Ion
Kuasa Sedutan 165W
Jenis Motor BLDC
Masa Pengecasan 4-5 jam
Kadar Bunyi 83 dBA
Pelarasan Kuasa Sedutan Di Pemegang Vakum
Volt 100-240 V
Tinggi 112cm
Lebar 32cm
Kedalaman 27cm
Penunjuk Kuasa Bateri Ada
Berat 2.8kg
Airwatts Low = 45AW

Medium = 89AW

Turbo = 203AW

 

Kotak vakum ini agak besar dan berat sekitar hampir 10kg. Vakum ini disusun secara 2 tingkat seperti dalam gambar di bawah ini :

Tingkat pertama hangpa akan dapat tengok aksesori seperti tiang untuk vakum disimpan masa pengecasan, tiub sambungan untuk vakum, nozel fleksibel, nozel untuk habuk dan juga nozel digunakan untuk sofa.

Iklan Google

Tingkat kedua pula hangpa akan disambut dengan unit utama penyedut vakum, tapak untuk vakum disimpan, filter HEPA extra, tapak pengecasan vakum, 2 unit kepala vakum bermotor, palam pengecas, roller untuk kegunaan vakum dan aksesori berkaitan.

Vakum Beko VRT94929VI hampir sama seperti vakum tanpa wayar yang lain, walaupun ia mempunyai beberapa ciri yang menarik. Sebagai contoh, pemegangnya mempunyai getah yang sesuai dipegang di antara jari hangpa. Ini menjadikan pembersih vakum lebih mudah untuk diangkat terutamanya jika hangpa ingin mengangkatnya tinggi dan membersihkan siling ataupun di atas almari. Dengan berat sekitar 2.9kg, vakum ini agak mudah diangkat walaupun digunakan oleh isteri Mamu sendri.

Beko telah menyediakan tapak lantai untuk vakum ini daripada menggunakan tapak dinding seperti vakum jenama lain. Tapak ini dapat menyimpan semua aksesori yang ada dengan vakum ini. Mungkin dalam versi akan datang, Beko boleh letakkan satu klip simpanan untuk membawa aksesori yang biasa digunakan di vakum itu sendri.

Vakum ini juga boleh berdiri secara sendiri tanpa ada tapak simpanan. Pastikan tempat yang hangpa dirikan tu rata dan tak menghalang laluan. Kalau dah jatuh, masalah lain pula akan timbul pada motor penyedut vakum ini.

Batang penyambung vakum ini boleh dilipat & memudahkan kerja mevakum di bawah kerusi ataupun meja di rumah hangpa.  Isteri Mamu memang suka fungsi boleh lipat pada vakum ini. Kalau ada anak, semestinya makanan mereka makan akan bersepah dibawah kerusi ataupun meja. Tugas menjadi lebih mudah untuk surirumah.

Kepala vakum utama Beko ini agak menarik. Kepala yang dilengkapi dengan motor menyenangkan proses mevakum. Ia juga mempunyai lampu terbina dalam untuk memudahkan tugas mevakum diruang kurang cahaya seperti dibawah kerusi atau meja. Roller pada kepala ini juga boleh ditukar mengikut kesesuaian penggunaan. Hangpa hanya perlu syiling untuk membuka kunci pada kepala vakum ini.

Pelarasan kuasa sedutan semua boleh dilaras terus pada unit ini. Hangpa kemudian boleh menggunakan butang ‘+’ dan ‘-‘ untuk menambah atau mengurangkan kuasa, bermula antara mod Rendah, Sederhana dan Turbo. Tiada penunjuk untuk menunjukkan mod yang anda gunakan, walaupun cukup mudah untuk mendengar perbezaannya dari bunyi kuasa sedutan yang terhasil.

Unit penyedut yang merupakan nadi pada vakum ini dilengkapi dengan filter HEPA. Fungsi filter ini untuk menapis segala debu yang disedut dari vakum ini dan menghasilkan udara yang lebih bersih yang keluar dari vakum ini.

Iklan Google

Setiap bahagian boleh dicuci tanpa masalah. Bateri pada vakum ini juga boleh dicabut. Sekira ada masalah dengan bateri di masa hadapan, hangpa takkan ada masalah untuk tukar pada bateri baru.

Hangpa ada binatang peliharaan & banyak bulu berterbangan di ruang tamu macam Mamu? Jangan risau. Vakum ini juga didatangkan sekali dengan kepala vakum lebih kecil untuk mevakum sofa ataupun bulu kucing yang ada dalam rumah.

Tapak pengecas dia pula menggunakan magnet untuk menghalang vakum ini dari jatuh bila hangpa letakkan pada tapak vakum ini. Magnet dia bagi Mamu agak kuat daya tarikan dia. Masa penggunaan vakum ini lebih kurang 45 minit sekali cas. Masa pengecasan agak lama iaitu atara 4 hingga 5 jam. Kalau masa pengesan ini dapat dipendekkan sehingga sekitar bawah 2 jam ataupun dapat disertakan bateri ekstra, itu cukup baik bagi Mamu. Mamu dapat mevakum ruang tamu dan bilik tidur Mamu dengan sekali pengecasan dengan kuasa sedutan antara rendah dan sederhana.

Disebabkan reka bentuk kepala vakum yang rata, terdapat kedapan yang baik di antaranya dan lantai justeru kuasa sedutan digunakan terus ke lantai tanpa banyak kebocoran kuasa sedutan. Tetapan Rendah adalah lebih berkuasa daripada yang hangpa fikirkan pada mulanya. Pada mod Turbo ia boleh menjadi agak sukar untuk menolak vakum kerana kepala hampir melekat pada lantai. Mamu hanya guna kuasa sedutan Rendah atau Sederhana selama penggunaan dalam tempoh 2 minggu dari ulasan ditulis. Hasil dengan menggunakan kuasa Rendah pun lebih dari mencukupi bagi Mamu.

Iklan Google

Debu yang dapat disedut menggunakan vakum ini. Agak mengejutkan bagi Mamu pasal Mamu ada menggunakan vakum tanpa wayar jenama lain tapi tak dapat sebegini rupa debu yang terkumpul.

Iklan Google

Mana hangpa nak beli untuk isteri hangpa tanya? Hangpa boleh lawati pautan yang Mamu sertakan di bawah :

Beko Cordless Vacuum Cleaner

Facebook Beko Malaysia

Iklan Google

Instagram Beko Malaysia

Laman Beko Malaysia

Beko Official Store Shopee

Sehingga kita bertemu lagi di ulasan akan datang. Stay safe guys!

Iklan Google
Plaqi Kincin
Plaqi Kincin
Kincin vara. Mana ada barang free, saiya eda. Ada barang, simua saiya punya. Saiya kasi saiya punya bini, saiya punya anak, saiya punya bapak sodara. Saiya plaqi pun seya ada hansom juga. Ada gadis kalu, saiya kijar-kijar juga. Meses-meses di wasup macam saya banyak hero serupa rajnikanth juga.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img