Nak buang bloatware tak perlukan root pun. Cukup sekadar sedikit pengetahuan tentang adb dan kerajinan menaip baris perintah, semua bloatware yang ada dalam telefon pintar baru, boleh dibuang asalkan anda berani membuat perubahan tersebut.
Ada yang boleh dibuang (selamat), dan ada juga yang apabila dibuang akan menyebabkan sistem tidak berfungsi, atau bootloop.
Untuk itu, bagi memudahkan kerja pembuangan bloatware yang tidak diingini, wujudlah beberapa debloader yang berlegar di arena forum.
Antaranya seperti Xiaomi ADB/Fastboot Tools yang dikhususkan untuk peranti Xiaomi dan POCO, manakala Universal Android Bloater pula, seperti namanya adalah dibuat untuk pelbagai jenis peranti dari berbagai jenama.
Ini sedikit sebanyak memudahkan penghapusan bloatware tanpa perlu berurusan dengan cmd. Hanya perlu klik butang ‘Uninstall’, dan bloatware tersebut akan segera dinyahpasang.
Universal Android Debloater telah dibuat oleh seorang ahli forum XDA iaitu w1nst0n_fr. Ia merupakan skrip shell yang bergantung pada senarai bloatware khusus OEM yang diselenggara oleh komuniti. Beberapa bulan yang lalu, dia menulis semula aplikasi tersebut dalam Rust dan mengubahnya menjadi bentuk berpaparan antara muka pengguna (GUI).
Anda yang berminat, bolehlah muat turun di: GitHub