Rangkaian Kendiri 5G Singtel, Pertama Di Asia Tenggara Mencapai 5.4Gbps

Masih lagi kita berkisar tentang 5G, dan disebabkan hangpa suka bandingkan dengan negara luar, maka kita cuba toleh sebentar ke negara jiran iaitu Singapura.

Iklan Google

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Singtel berkata ia adalah syarikat telekomunikasi pertama di Asia Tenggara (SEA) yang mencapai kelajuan muat turun 5.4Gbps dengan rangkaian kendiri 5G (5G SA).

Singtel berkata bahawa kejayaan ini dapat dicapai melalui gabungan Radio-Dual Connectivity (NR-DC) baharu dengan peralatan rangkaian capaian radio 5G Ericsson, pelaksanaan penyelesaian rangkaian Teras 5G dwi-mod, dan peranti ujian yang menyerupai telefon pintar moden dengan Sistem Modem-RF Qualcomm Snapdragon X65 5G terbina dalamnya.

NR-DC menggabungkan frekuensi jalur pertengahan dan mmWave untuk menambah baik atau mempercepatkan sambungan.

Iklan Google

Dalam kes Singtel, mereka menggunakan spektrum 3.5GHz dan 28GHz, iaitu jalur 5G yang diberikan kepada mereka selepas mengundi melalui IMDA. Selain itu, modem 5G yang disebutkan juga terdapat dalam pemproses Qualcomm untuk telefon Android gred perdana tahun 2022.

Kejayaan ini dibina atas usaha Singtel ke arah 5G yang lebih mudah diakses, lebih pantas dan lebih baik untuk pengguna Singapura. Singtel menambah bahawa kejayaan itu membolehkan syarikat tersebut memberikan prestasi terbaik untuk aplikasi sensitif kependaman.

Idea baharu dan inovatif dapat dirangsang menerusi teknologi ini, antaranya seperti permainan awan, media imersif, AR, VR, XR, serta kenderaan autonomi atau kawalan robotik.

Sumber: HardwareZone

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img