Sesi Soal Jawab OnePlus, Edisi OnePlus 3T

Carl Pei (kanan sekali), bersama pasukannya pada sesi AMA (Ask Me Anything), kredit pada xda-developer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
OnePlus telah mendapat sambutan yang hangat (seperti pisang goreng) pada tahun ini, berbanding dengan sambutan biasa-biasa pada produk tahun 2015.
Mereka berjaya menyampaikan salah satu pengalaman yang terbaik dan konsisten bahawa seseorang itu mampu membeli dalam harga yang tetap. OnePlus sekali lagi dalam berita dengan pelancaran OnePlus 3T yang “keluaran yang dipertingkatkan semula” produk terbaik mereka, yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu daripada barisan syarikat-syarikat besar.

Perlancaran OnePlus 3T yang lalu meninggalkan persoalan pada pengguna lama dan baru, dan boleh lihat pada artikel ini dan pasukan OnePlus menawarkan satu sesi AMA (Ask Me Anything) dekat Reddit. Lima orang dari pasukan OnePlus yang datang iaitu Carl Pei (Co-Founder), Aaron (pasukan ROM), Jonathon (pasukan Customer Service), Steven (Logistics) dan Caio (pasukan EU). Sesi AMA mendapat sambutan yang mengagumkan. Anda boleh rujuk link ini jika nak baca satu-satu atau baca di bawah ni yang telah himpunkan kesemua jawapan pada sesi AMA.

Mengenai kemaskini:

  • OnePlus 3/3T akan dapat official Android 7.0 Nougat dan Android 7.1 Nougat akan dilancarkan pada pertengahan kitaran pembangunan OnePlus dan dengan itu, mengintegrasikan akan menangguhkan jadual mereka untuk menyediakan Nougat.
  • Mengenai kemaskini Android 7.0 Nougat, kedua-dua peranti tersebut akan dapat kitaran kemaskini yang sama.
  • Kemaskini akan datang membawa Enhanced EIS (Electronic Image Stabilization) pada kedua-dua peranti untuk sensor kamera IMX298.
  • Tiada ETA (Estimated Time of Arrival) yang diberikan untuk kemaskini Nougat pada OnePlus 3, tetapi ia adalah “lebih cepat daripada apa yang anda fikirkan”.
  • Gabungan antara OxygenOS dan HydrogenOS sangat membantu syarikat bergerak lebih pantas dari sebelum ini yang mana kena menyelenggara dua produk yang berbeza dengan pasukan yang sama.


Mengenai OnePlus 3T, khususnya:
  • OnePlus 3T dilancarkan kerana OnePlus mempunyai keupayaan untuk meningkatkan produk mereka
  • Untuk memberi pencerahan pada yang keliru, kamera hadapan ialah Fixed Focus, bukan PDAF (Phase Detection AutoFocus).
  • Aksesori OnePlus 3 (casing, screen protector) boleh digunakan pada OnePlus 3T tanpa ada masalah (ye la luaran dia sama -_-).
  • Meningkatkan voltan bateri kepada 4.4v tidak berkompromi terhadap keselamatan peranti, tapi OnePlus mengesahkan Dash charger akan keluarkan haba dari peranti, sama seperti OnePlus 3.
  • Tiada naik taraf perkakasan kamera belakang OnePlus 3T.
  • OnePlus 3T tiada antena MIMO (Multiple Input, Multiple Output), tetapi ia menyokong MU-MIMO (Multiuser-Multiple Input, Multiple Output).
  • OnePlus 3T (dan juga OnePlus 3) tidak menggunakan Hybrid SIM dan menggunakan Dual SIM? Carl menjawab yang penyimpanan 128GB UFS 2.0 lebih baik daripada implementasi kad MicroSD.
  • Sebab kenapa MicroSD tidak dipilih kerana untuk mengelakkan masalah kepada pengguna.
  • OnePlus 3T menggunakan fail sistem F2FS manakala OnePlus 3 menggunakan EXT3, tapi kedua-duanya menggunakan UFS 2.0 untuk stor penyimpanan.
  • OnePlus 3T sudah ada Enhanced EIS 2.0.
  • Warna Gunmetal Grey pula atas permintaan pengguna forum dan reddit. Pengguna mahukan warna gelap, gelap itu menawan. ehemmm


Mengenai Sokongan Developer untuk OnePlus 3T:

Sokongan developer merupakan perkara yang serius. Kami mula jatuh cinta dengan custom ROM dan oleh sebab itulah membenarkan rooting/installing custom ROMs tanpa kehilangan jaminan (warranty) serta kami sentiasa keluarkan sumber kernel dan devices trees super awal-awal lagi, seperti disebut di dalam OP. Bagi devs yang mana kecewa mengenai 3T, kami dengar anda, kami paham dari mana anda datang dan kami ada menyediakan sesuatu untuk anda. Kami sebenarnya dah merancang sesuatu (yang mana tidak boleh diumumkan) mengenai hal ini. Jadi, tunggu sebentar, kami cari anda. – Bradon



Mengenai OnePlus 3:

Iklan Google
  • Anda tidak boleh menukar bateri OnePlus 3T pada peranti anda. Ini memang 100% jaminan anda tidak sah (void for warranty) dari OnePlus mengenai pengubahsuaian ini. Tidak ada silang-keserasian berkaitan dengan bateri. (baru Admin plan nak tukar bateri OnePlus 3T hahaha)
  • OnePlus 3 akan menerima juga EIS 2.0, tapi tidak umumkan ETA
  • Kenapa OnePlus 3 tidak terima bateri 3,400mAh pada awal pembinaannya? Mereka memaklumkan bahawa ia masih di dalam fasa percubaan untuk memeriksa kebolehpercayaan sel ketumpatan yang lebih tinggi dan ia tidak bersedia untuk dipasangkan pada OnePlus 3 pada ketika itu. Sejak bateri merupakan perkakasan yang mementingkan kualiti, dan syarikat memilih “play-safe” dan tidak kompromi keselamatan pengguna.


Mengenai jualan dan negara:
  • OnePlus 3T akan datang ke India, tapi bila masanya itu tidak dimaklumkan dan sosial media OnePlus India akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
  • Ketersediaan di beberapa kawasan adalah terhad kerana perlu tingkatkan pengeluarkan peranti.


Mengenai sokongan Daydream:
  • Kedua-dua peranti OnePlus 3 dan 3T tidak serasi lagi dengan Daydream dan tiada lagi perancangan mengenai sokongan Daydream pada masa ini.
  • Daydream diumumkan selepas OnePlus 3 direka, jadi rekabentuk kekal tidak terpengaruh oleh spesifikasi keserasian Daydream.


Mengenai pengajaran dari masa lalu:

Mengenai pengajaran dari OnePlus X dan 2, kami berfikir dan mencerminkan dengan lebih serta untuk lebih mengenali diri kita dan keadaan kita dan melakukan perkara yang betul. Dalam erti kata lain, untuk mencari diri kita yang sebenar, dan tidak mengeluh seperti pasaran atau persaingan yang membawa kita. – Carl Pei



Mengenai masa depan produk OnePlus:

  • Tiada lagi rancangan untuk teruskan edisi “T”. Syarikat akan suka untuk menilai penerimaan untuk model semasa, jadi ini terlalu awal untuk mengulas mengenai perkara ini.
  • Adakah terdapat lebih talian produk? Carl menjawab mungkin bila mereka “10x” dari saiz asal mereka dan banyak kerja perlu diselesaikan untuk sampai ke tahap itu.
  • Adakah harga produk masa hadapan bergerak ke hadapan pada skala harga? Adakah mata harga semasa yang mampan untuk syarikat? Pada masa ini, OnePlus gembira tapi ia merupakan pasaran yang sukar sehingga mereka tidak pasti untuk masa hadapan.
  • Adakah terdapat pek bateri Dash Charge pada masa akan datang atau simple cases (silikon/kelabu lutsinar) untuk OnePlus 3? Tidak ada rancangan lagi untuk mengesahkannya.
Seperti tajuk AMA (Ask Me Anything), harap terjawab sebarang persoalan yang bermain di minda anda. Jika ada sebarang pendapat dan persoalan, sila komen di bawah :). Harap apa yang maklumbalas dari pihak OnePlus, tidak mengecewakan pengguna setianya.Sumber, xda-developer

Iklan Google
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img