Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berjumpa lagi kita kali ini dalam artikel mengenai produk OnePlus
OnePlus telah mengeluarkan kemaskini bagi kedua-dua peranti jahat mereka, iaitu OnePlus 3 dan 3T dan kemaskini tersebut ialah OxygenOS Beta 12 yang mengandungi 7.1.1 Nougat!
Ada apa dalam Beta 12 ni? Berbaloikah berhijrah dari Custom ROM kepada Stock ROM?
Untuk maklumat anda semua, ini changelog bagi OxygenOS Beta 12 :
- Upgraded to Android 7.1.1
- New Shot on OnePlus wallpaper option
- Gallery Improvements
- New photo editor with watermark and photo straightening options
- Newly added media will be highlighted in Photos section
- Image location will be displayed on grid view
- Media can be grouped by month and year
- Folders and individual media can be hidden
- General bug fixes
Bawah ni pulak screenshot About Phone :
- OxygenOS Beta 12, OnePlus 3
- OxygenOS Beta 3, OnePlus 3T
- TWRP v3.0.4-1 (katanya untuk 3 dan 3T, boleh cuba)
- SuperSU 2.79 SR3
Cara pemasangan dia pula
- Jika anda sudah unlock bootloader, boleh teruskan dan jika belum, kena unlock bootloader dulu tau, kemudian pasang TWRP. Boleh nak pakai stock recovery, leceh adb sideload hahaha
- Letak ROM, SuperSU, dan TWRP dalam internal storage anda.
- Masuk Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan USB-OTG.
- Masuk Install>Flash ROM, kemudian Back, Flash SuperSU dan tekan Flash Image untuk flash recovery (ambil recovery tau, kalau pilih lain tak hidup la hahaha)
- Siap semua Reboot to System (jika naik no OS Installed tu abaikan, tiada masalah)
- Versi kali ini smooth dari kemaskini sebelumnya
- Gallery mempunya ciri-ciri baru dan penambahbaikan yang baik.
- Patch keselamatan yang terkini, 1 March
- Ada ralat sebelum ini dah baiki
- DPI normal dah kecil, nampak cantik
- Google VR ada, tak pasti boleh guna atau tidak Daydream tu.
- AM/PM takda, lupa letak ka hahaha
- DPI macam pelik, beza dengan Beta 11
- Walaupun 7.1.1, tiada app shortcut dan Google Assistant seperti Google Pixel.
Jika ada sebarang pertanyaan atau nak kongsi ilmu serta pengalaman, sila komen kat bawah tu ye :)