Material Design bukan benda baru. Tetapi Google, biasalah, mereka yang mencipta garis panduan, mereka yang paling lambat mengaplikasikannya.
Dalam pengumuman blog Chrome Releases, versi terbaru 59 kini membawakan ciri tersebut dalam laman tetapannya.
Buat anda yang ingin jadikan ia sebagai rujukan, gambar di bawah adalah bagaimana rupa laman tetapan dalam versi 58.
Ini pula adalah bagaimana Google mengimplimentasi Material Design ke dalam laman tetapan terbaru.
Urghhh, walaupun saya amat menyukai Material Design, namun pada pandangan saya melalui tangkap layar di atas, Google boleh buat lebih baik lagi dengan ‘mengurangkan’ ruang pada tepinya. Ia nampak seperti ‘out of place’ dengan ketara sekali.
Berbanding tetapan lama yang meletakkan kesemua pilihan di satu bahagian, Material ini nampaknya menyusun pada menu ‘hamburger’ di sebelah kiri. Bukanlah ia suatu perkara yang buruk, namun sedikit-sebanyak telah menambah bilangan klik untuk mencapai sesuatu pilihan.
Apapun pembaharuan kali ini tetap di alu-alukan. jika anda masih menggunakan versi lama, muat turun atau naik taraf secara manual melalui Help > About Google Chrome.