Apple App Tracking Transparency

Kalau ada satu ciri pada iOS yang abam harap sangat akan diimplimentasi ke dalam Android, ialah App Tracking Transparency.

Iklan Google

Apa Itu App Tracking Transparency?

Ia merupakan satu ciri baharu pada iOS, iPadOS, dan tvOS 14.5 yang memerlukan aplikasi untuk meminta kebenaran terlebih dahulu dari pengguna, sekiranya ia mahu membuat penjejakan atau tracking, terhadap aktiviti pengguna di sepanjang pelbagai aplikasi dan laman web oleh syarikat lain.

Setiap peranti Apple mempunyai nombor unik digelar sebagai ‘advertising identifier‘ yang boleh digunakan untuk melabel peranti secara unik untuk tujuan iklan bersasar.

Dengan menghubungkan nombor ini dengan maklumat lain, pembangun aplikasi dapat membuat catatan terperinci mengenai bagaimana anda menggunakan iPhone atau iPad, termasuk dalam aplikasi lain dan di seluruh web.

Iklan Google

Kerangka AppTrackingTransparency perlu digunakan oleh semua aplikasi selepas selesai pemasangan iOS 14.5 apabila aplikasi tersebut mahu menjejak aktiviti anda – di luar aplikasi rasmi syarikat terbabit.

Sebagai contoh mudah, Facebook memiliki aplikasi Facebook (duh), Messenger, Instagram, dan WhatsApp. Atas sebab ini, Facebook dibenarkan untuk membuat penjejakan ke atas semua aplikasi mereka tanpa perlukan sebarang kebenaran.

Tetapi, sebaik sahaja mereka mahu tahu bagaimana anda berinteraksi dengan aplikasi dari syarikat lain, atau mahu tahu laman web apa yang anda sering lawati, Facebook perlu meminta kebenaran anda dahulu.

Menarik!

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img