Jejak Laptop Yang Hilang Dengan Prey

Agak sedih apabila kita ada kelebihan teknologi yang cukup canggih, namun apabila laptop hilang kita lebih mempercayai ‘firasat’ dan ramalan dari seorang bomoh.

Baru-baru ini itulah yang terjadi sehingga kita kehilangan seorang bakal wira negara apabila nyawanya menjadi galang ganti kepada kepercayaan rakan-rakannya kepada bomoh yang menuding jari kepadanya selaku pencuri.

Enggan melihat perkara seperti ini berterusan berlaku, maka saya terpanggil untuk membuka mata para pengguna internet ini untuk menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada bagi mendapatkan kembali laptop yang hilang.

Ianya tidak susah, dan tidak perlukan kemahiran tahap paling hebat untuk menguasai caranya.

Iklan Google

Cukup sekadar dengan memasang sebuah perisian yang bernama Prey, dan paling penting ianya adalah PERCUMA.

Iklan Google

Prey ialah sebuah perisian yang perlu dipasang pada PC/laptop atau telefon pintar, yang akan ‘menanti’ isyarat dihantar kepadanya untuk diaktifkan. Signal ini akan dihantar sama ada melalui internet (e-mel) atau mesej pada SMS.

Ia membenarkan anda mendapatkan informasi mengenai lokasi, keadaan dan kedudukan semasa di mana alat (komputer, telefon pintar) anda berada. Ia juga akan menunjukkan siapa yang sedang menggunakan komputer anda, dan apa yang sedang dilakukan olehnya.

Ia boleh mengambil tangkap layar pencuri peranti anda secara senyap, dan ini adalah amat penting sebagai bahan bukti untuk laporan polis.

Untuk mendapatkan kesemua kemudahan ini adalah mudah – pasang Prey, ikut sahaja arahan fail pemasangnya, daftar akaun melalui fail tersebut, dan kemudian siap. Tiada apa-apa tetapan lanjut yang perlu anda lakukan, cuma anda perlu log masuk ke dalam panel Prey yang akan diberikan melalui emel yang telah anda gunakan untuk mendaftar, dan kemudian tetapkan (set) geolokasi di mana anda berada pada waktu itu.

Sebaiknya tetapan ini dilakukan di rumah atau di tempat peranti anda akan selalu berada, jadi jika ia hilang atau tidak berada dalam radius yang telah ditetapkan, maka peranti anda akan ditandakan sebagai hilang dan anda akan mendapat amaran dari Prey.

Mudah bukan?

Baiklah, jika anda rasakan artikel dan aplikasi ini berguna, kongsikan dengan semua orang yang anda kenal. Jangan biarkan hidup anda diselubungi bomoh.

Iklan Google
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img