Sudah lama saya tidak menulis tentang pengurus muat turun. Kali terakhir pun saya rasa adalah tentang FlareGet. Kalau tak silaplah..
Begitu pun, saya masih belum berpuas hati lagi. IDM pada saya bagus, cuma bila terpaksa beli lesen lagi untuk komputer di pejabat, saya rasa perlu mencari alternatif. Pakai crack? Anda tahu saya sebolehnya berkeras tidak mahu. Beli lagi? Paling murah saya jumpa local seller jual pun dalam RM80. Oh tidak. Boleh beli beras mahal 10kg tu. Huhu.
Jadi selidik punya selidik, saya ‘terserempak’ dengan pengurus muat turun ini. Ninja Download Manager. Apa pendapat saya mengenainya? Jom kita selak satu persatu.
Log Viewer
Apa yang saya suka tentang sesuatu aplikasi, contohnya KnightVPN, adalah ia mempunyai penyemak log. Sama seperti itu, Ninja Download Manager atau NDM ini juga mempunyai penyemak log (log viewer).
Pada sesetengah orang ianya tidak kritikal pun, tetapi pada saya penyemak log adalah segalanya. Di situlah kita boleh mencari punca masalah atau kelemahan yang ada, sama ada pada aplikasi atau laman web tertentu.
Download Summary/Speed Graph
Satu lagi ciri yang saya suka ialah NDM mempunyai graf kelajuan muat turun yang membolehkan kita untuk memantau atau merumus kelajuan semasa.
Saya mendapat kelajuan muat turun yang sangat konsisten. Oh ya, bagaimana pula jika dibandingkan dengan IDM?
NDM vs IDM
Anda boleh nilai sendiri melalui gambar-gambar di bawah.
Nota: NetSpeedMonitor tidak ‘tally‘ atau bertepatan dengan kelajuan muat turun semasa. Ianya hanya boleh dijadikan rujukan kelajuan internet sahaja.
Penutup/Ringkasan/Kesimpulan
Boleh dikatakan NDM ini dapat menggantikan IDM sekiranya kita rajin ‘tweak’ segala tetapan yang ada di dalamnya. Saya malas nak buat tangkap layar atau screenshot lagi, anda pandai-pandailah kaji sendiri ya. Apa yang boleh saya katakan, pilihan tetapan yang ada dalamnya adalah lebih kurang serupa dengan IDM. Kalau anda pandai godek-godek, rasanya prestasi tak kalah dengan IDM pun.
Hei, tak lupa juga NDM berpaparan gelap, dan ini adalah satu bonus ataupun plus pada saya!
Bab YouTube, walaupun ia tiada bar automatik seperti IDM, tetapi ia ada butang YouTube di depannya. Anda klik pada butang tersebut, dan tampalkan pautan video YouTube yang anda mahu muat turun.
Contohnya adalah seperti di bawah (haih, nampaknya saya ambil juga tangkap layar yang baru).
Cuma setakat ini saya tak dapat lagi versi 1080p untuk muat turun video di YouTube ini. Mungkin kerana ia versi percuma agaknya? Entah. Nanti saya cuba dapatkan kepastian dengan menghubungi pembangun NDM.
Baiklah, jika anda mahu muat turun NDM, anda boleh klik pautan di bawah sekarang!
(Sila nyahaktif AdBlock anda dahulu! Terima kasih.)