Biasanya kita buat bootable USB drive ni bila kita nak ‘burn’ ISO Windows atau Linux dan jadikan ia bootable supaya kita tidak perlu lagi bergantung harap kepada DVD. Zaman DVD mungkin sudah berlalu, mungkin.
Tetapi ada benda lain yang kita boleh buat sebagai bootable untuk mendapatkan manfaatnya. Antara ‘benda’ tersebut ialah antivirus.
Dengan hadirnya Windows 10, Microsoft telah menaik taraf Windows Defender menjadi satu bentuk antivirus yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Mungkin ia tidak begitu hebat dan efisien seperti antivirus terkemuka lainnya, namun ia tetap dapat menjadi perlindungan atau ‘insuran’ kepada komputer anda di lapisan kedua yang ampuh.
Windows Defender Offline ialah tool yang boleh anda gunakan untuk menjadikan pemacu USB anda mempunyai Windows Defender versi offline di dalamnya.
Apakah manfaatnya kepada kita? Windows Defender Offline ini tidak akan membuat imbasan ketika Windows sedang dijalankan. Ia akan melakukannya selepas memulai semula komputer anda dan membuat imbasan ‘di luar’ Windows yang sedang aktif. Nama pun bootable bukan?
Disebabkan ia mengimbas Windows ketika ia tidak dijalankan, mana-mana malware atau virus yang berada dalam sistem operasi tidak akan dapat mengganggu proses tersebut.
Integrasi Dengan Windows 10
Tahukah anda, ciri ini telah diintegrasikan di dalam Windows 10? Juga, jika anda menggunakan Windows versi sebelumnya, anda boleh membuat pemacu USB sebagai Windows Defender Offline.
Rujuk gambar di bawah.
Anda boleh klik pada bar carian di bawah (task bar), dan taip ‘defender’. Klik pula pada Windows Defender settings. Anda boleh tatal sehingga ke bawah dan seterusnya klik di butang Scan Offline.
Komputer anda akan memulai semula dan melakukan imbasan ketika booting.
Buat Bootable USB Untuk Sistem Operasi Windows 7/8/8.1
Untuk membuatnya mudah sahaja, yang penting anda kena buat ia melalui PC yang anda pasti tidak dijangkiti virus.
Pergi ke pautan
Windows Defender Offline dan muat turun versi yang serasi dengan sistem operasi anda sama ada 32-bit atau 64-bit.
Jalankan aplikasi yang telah anda muat turun tersebut. Anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah.
Kemudian, klik pada Next. Anda akan diberi pilihan seperti berikut. Pilih ‘On a USB bla bla bla’. Ambil perhatian, cari pemacu USB yang anda tidak gunakan, kerana pilihan ini akan format pemacu anda.
Sebaik selesai, keluarkan pemacu anda dan gunakan ia pada komputer yang anda ingin imbas. Mulai semula komputer tersebut dan ia akan boot kepada USB dengan syarat anda kena buat tetapan seperti itu terlebih dahululah. Tak tahu caranya rajinkan Google ya.
Apabila ia telah boot ke USB, anda akan dapat lihat paparan lebih kurang ini.
Jika anda telah selesai melakukan imbasan, anda boleh reboot. Selesai sudah. Tapi jangan lupa cabut pemacu USB. Kalau tidak komputer anda akan boot berulang kali pula kepada Windows Defender Offline ini. Heh.