Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Artikel ini saya ingin membuat satu review mengenai Dash Car Charger.
Adakah ia sepantas Dash Power Adapter? Mari kita usya kat bawah ni
Mari kita lihat spesifikasi benda ini :
Oh ya sebelum itu, gambar-gambar dalam artikel ini diambil menggunakan janda OnePlus 3T Midnight Black saya (Oh rindunya)
- Input : 12V/24V=2.5A
- Output : Dash Charge: 3.4V~5V=3.5A dan Standard 5V=2A
- Warna : Hitam
- Dalam kotak : Dash Car Charger dan Dash Cable Type-C
Ciri keselamatan yang terdapat pada benda ini ialah jika peranti anda panas, dia akan cas standard sampai la peranti anda berada dalam suhu selamat, dia akan bertukar kepada Dash Charge. Cuma benda ni akan jadi panas sedikit, sebab salurkan tenaga dekat peranti anda (mode Super Saiyan, cuma tak menjerit la dalam kereta tu hahaha)
Jika cas biasa, akan keluar cahaya gelung warna putih manakala jika dah bertukar mode Super Saiyan Dash (SSD), akan keluar cahaya gelung warna biru! Tonton video di bawah sambil ratah Milo, jangan bagi kantoi sudah ? (dirakam menggunakan Screen Recorder)
Oh ya, tak silap saya produk di bawah ni juga ada sokongan Dash Charge pada peranti OnePlus selain daripada sokongan Quick Charge
Boleh la anda cuba, Sumber info mengenai produk bawah ni : OnePlus Android Community (Malaysia)
Ni saya belanja sedikit gambar seketul Dash Car Charger :
Setakat itu sahaja saya merapu dan menaip mengenai produk ni, bagi saya ia amat berbaloi kerana ada sokongan Dash Charge hahaha. Jika sebarang soalan mengenai produk ini, sila komen di bawah.
Terima kasih kepada CGS OnePlus kerana menjual produk ini kepada saya ?