10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 17.10

Gambar dari Source Digit

Telah beberapa minggu berlalu sejak Ubuntu 17.10 dilepaskan. Buat para veteran Linux, mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan setelah siap memasang.

Namun buat pemula, pasti akan tertanya-tanya dari mana hendak mula. Atas sebab itu, artikel ini menyusul bagi membantu pemula ‘menyiapkan’ sistem operasi mereka ke tahap optimum.


Jadi, tanpa membuang masa mari kita mulakan.

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 17.10 (Artful Aardvark)

Gambar hiasan (siapa masih ingat zaman CD ni?)
1. Periksa Kemaskini
Setelah siap pemasangan, perkara paling munasabah untuk dilakukan ialah kita perlu periksa terlebih dahulu ada atau tidak kemaskini bagi sistem operasi.
Memang benar, ianya baru lagi dilepaskan, namun pembangunan Linux khususnya Ubuntu adalah agak laju. Jadi pemeriksaan kemaskini adalah perlu bagi memastikan sistem operasi mendapat tampalan terkini dan penambahbaikan mahupun naik taraf.
2. Pasang codecs
Kebiasaannya saya tidak akan memilih untuk memasang codecs secara terus ketika proses pemasangan Ubuntu untuk menjimatkan masa. Oleh itu, pemasangan codecs selepas siap Ubuntu dipasang adalah sesuatu yang bagus untuk dibuat.
Ubuntu tidak memasangnya secara lalai atas isu sebahagian dari kumpulan atau kompilasi codecs adalah bukan sumber terbuka. Ubuntu memilih untuk hanya menyertakan aplikasi dan pemacu bersumber terbuka berbanding derivatifnya, sebagai contoh Linux Mint.
Gunakan beris perintah di bawah untuk memasang codecs:

sudo apt install ubuntu-restricted-extras

3. Jalankan Aplikasi Grafik Sebagai Root
Kebanyakan aplikasi seperti Synaptic Package Manager, Grub Customizer, Gparted, dan Ubuntu Tweak tidak dapat dijalankan dalam Wayland. Sekiranya cuba dijalankan melalui perintah dengan gksu, anda tetap akan mendapat ralat:
Failed to run *** as user root. Unable to copy the user’s Xauthorization file.
Sekiranya menggunakan sudo, akan mendapat ralat ini pula:
No protocol specified. Gtk-WARNING **: Cannot open display: :0
Cara untuk menjalankan aplikasi-aplikasi seperti ini ialah dengan menggunakan xhost secara sementara untuk membenarkan pengguna root mengakses sesi X pengguna biasa.
Gunakan perintah:

xhost si:localuser:root

Selepas menjalankan perintah ini, aplikasi-aplikasi tersebut boleh dilancarkan dari menu atau melalui perintah sudo, gksu, pkexec sehinggalah anda log keluar.
Jika anda hendak buat perintah ini dijalankan secara automatik selepas setiap log masuk, buka Startup Applications, klik butang add, dan masukkan perintah tersebut:
Name: Namakan ia apa sahaja yang anda suka.
Command: xhost si:localuser:root
Comment: Ikut suka nak letak apa

4. Pasang GNOME Tweak Tool
GNOME Tweak Tool ni boleh dikatakan sebagai ‘ibu segala tetapan’. Ianya melengkapkan pengalaman pengguna dalam melakukan pengubahsuaian kepada Ubuntu untuk mengikut citarasa masing-masing.
Gunakan perintah berikut untuk memasangnya:

sudo apt install gnome-tweak-tool

5. Pasangkan Pelbagai Aplikasi/Perisian Lain Untuk Melengkapkan Ubuntu
Diakui aplikasi/perisian yang didatangkan dengan Ubuntu adalah terbaik. Dari pelayar web hinggalah kepada perisian pejabat, semuanya sudah tersedia. Hanya tinggal pengguna sahaja yang akan menggunakannya apabila Ubuntu telah siap terpasang.
Namun, dengan memasang beberapa lagi aplikasi/perisian lain, ianya akan menambahbaik lagi ciri dan kepenggunaan Ubuntu ke tahap maksimum. Berikut adalah contoh:
5.1 Google Chrome
Anda boleh muat turun Google Chrome secara terus dari pautan ini: Google Chrome
5.2 GIMP
Kalau hendak dikatakan ia setanding dengan perisian Photoshop, mungkin itu agak melebihi dari ciri dan kemampuan sebenar aplikasi GIMP ini. Namun sebagai satu alternatif sumber terbuka dan PERCUMA, ianya mempunyai ciri yang lebih dari mencukupi untuk melakukan kerja-kerja penyuntingan dan manipulasi gambar.
Anda boleh pasang ia melalui Ubuntu Software Center atau jika akan lebih selesa menggunakan PPA, maka anda boleh masukkan perintah berikut ke dalam Terminal:
sudo add-apt-repository ppa:otto-kesselgulasch/gimp
sudo apt-get update
sudo apt-get install gimp
5.3 Spotify
Siapa yang tidak suka dengan aplikasi penstriman muzik ini? Ianya telah melengkapkan lagi setiap sistem operasi apabila tidak perlu lagi bergantung harap kepada fail-fail muzik yang disimpan dalam cakera keras.
Pasang Spotify menggunakan perintah ini:
# 1.
sudo apt-key adv –keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 –recv-keys BBEBDCB318AD50EC6865090613B00F1FD2C19886 0DF731E45CE24F27EEEB1450EFDC8610341D9410
# 2.
echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/spotify.list
# 3.
sudo apt-get update
# 4.
sudo apt install spotify-client

5.4 SM Player
Saya akui juga ramai yang sukakan VLC. Namun VLC pada saya masih belum dapat menandingi ciri apa yang ada pada SM Player.
Tak perlu cerita panjang, anda cuba sendiri untuk memahami kenapa saya katakan begitu.
sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install smplayer smtube smplayer-themes smplayer-skins
5.5 OpenShot
Satu-satunya aplikasi penyunting video kegemaran saya, OpenShot tidak pernah sekali-kali menghampakan. Anda boleh dapatkan fail pemasangnya melalui laman web atau boleh juga pasang ia menggunakan PPA:
sudo add-apt-repository ppa:openshot.developers/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install openshot-qt
6. Pasang Gnome Shell Extensions
Gnome Shell Extensions ialah ialah kod ringkas yang ditulis oleh pembangun pihak ketiga. Bahasa mudah untuk menerangkannya, ia seakan Chrome Extensions atau Firefox Addons.
Untuk menggunakan Gnome Extensions, anda perlu pasangkan terlebih dahulu extension/add-on pada pelayar web yang anda gunakan.
Google Chrome: GNOME Shell integration
Setelah itu, jalankan pula perintah ini:
sudo apt install chrome-gnome-shell
Kemudian, pergi ke extensions.gnome.org (menggunakan pelayar web anda semestinya), dan pasangkan mana-mana Gnome Shell Extension dengan hanya menekan butang ‘ON’ di laman tersebut.
7. Pasangkan Tema Dan Ikon
Seperti biasa, bab ini saya serahkan kepada anda untuk terokai sendiri mana-mana tema dan ikon yang anda gemari.

8. Pasang TLP
TLP digunakan bagi mengawal suhu laptop anda supaya ia sentiasa dalam keadaan suhu yang optimum/sejuk. Ia mempunyai tetapan lalai dalam membantu kernel dan sistem operasi untuk beroperasi dengan mengekalkan suhu yang baik.
sudo add-apt-repository ppa:linrunner/tlp
sudo apt update
sudo apt install tlp tlp-rdw
sudo tlp start
9. Pasang Aplikasi Pengekstrak Fail .rar/.zip
Anda akan memerlukan ‘alatan’ ini untuk membuka mana-mana fail .rar dan .zip. Gunakan perintah di bawah bagi memasang alatan berkaitan.
sudo apt install rar unrar unzip
Ya, ianya seperti WinRAR, tetapi kesemuanya adalah PERCUMA. Tak perlu cari ‘cracked version’.
10. Pasang OpenVPN
Ini juga adalah suatu ‘bab’ yang tidak memerlukan intro panjang dari saya, dek kerana sudah terlalu banyak artikel mengenai OpenVPN yang telah saya catatkan di blog ini. Gunakan sahaja bar carian di atas untuk mencari artikel-artikel mengenainya.
Jika anda ingin memasang OpenVPN, gunakan perintah:
 
sudo apt install openvpn network-manager-openvpn
Baiklah, diharap anda berpuas hati dengan artikel kali ini. Kepada semua yang menggunakan Ubuntu, enjoy! Rilisan terbaru ini akan buat anda tak tidur malam kerana leka membuat pengubahsuaian. Semoga anda sukses dalam menjadikan ia persekitaran meja yang tepat dengan apa yang anda sukai.
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img